Wednesday 18 December 2013

POSITIVE kerana jatuh cinta! (PART 1)

Assalammualaikum and greeting to allz~!
Alhamdulillah kali ini Ezie berpeluang untuk kembali bercerita, berceloteh dan berkongsi~!
Yeaaaaayyyy!!!!

Haaa... nampak tak tajuk entry Ezie pada kali ini?
macam ada bunga kembang tak?
Nampak jambu nampak jiwang dan nampak macam comel jerr!
kan?? =D
Ahakz!!!

Sebenarnya guys,
semalam masa Ezie tengah otw nak balik kolej...
Tiba-tiba ada satu suara yang merduuu milik seorang lelaki....
terjerit-jerit memanggil nama Ezie...
So, of course laa Ezie menoleh ke arah pemilik suara itu...
Kalo korg pun mesti sama laa kn??
Ezie nampak dia dok melambai-lambai dengan penuh semangatnya sambil tersenyum...
Lambaian tangannya lembut bak lilin yang meliuk-lentok ditup angin...
Ezie pun tersenyum dan balas balik lambaiannya...

And then ade laa sorang mamat ni tegur Ezie...
(barangkali dia  ada tengok kot Ezie balas balik lambaian budak tadi tu)
Katanya dengan tiba-tiba...
~ Sotong tu jugak yang kau nak layan?~

Uishhh! Kejamnya statement tu!
Ya!!! Memang Ezie tahu budak yang tangannya dok meliuk-lentok tu memang lembut orangnya...
Tapi tak baik dok kata lagu tuu kat dia...
kan? kan? kan? kan?
At least dia x berpakaian seperti seorang perempuan malah dia masih tahu dia itu LELAKI...
Sembahyang jumaat dia pergi jgk pakai baju melayu...
Tak daak pulak Ezie tengok dia pakai telekung... -_-

Ezie hanya senyum malas nak layan...
Dia kan MACHO.... -_-
BTW.........
Bila sampai kat rumah...Ezie terimbau kenangan lama...
Teringat kepada seorang sahabat...
Yang spesisnya lembut jugak...
Tapi kini telah pun bergelar seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak...
Semuanya kerana CINTA...!!!

Dia tua 3 tahun dari Ezie...
Masa Ezie kenal dia, namanya masih lagi SAFURA (bukan nama sebenar)
Dia seorang "gadis" yang cantik, manis, lembut dan baik!
Pandai sangat bersolek dan kalau hanya sekali pandang...
Mesti ada yang terjatuh hati tanpa mengetahui jantinanya yang sebenar...

Ezie x pernah tanya kenapa dia jadi macam tu...
Walaupun hati neh gatai sangat nak tahu tapi x pernah plak tanya...
Ezie selesa berkawan dengan dia...
Walaupun dia seperti seorang "perempuan"...
Tapi dia tahu batasnya dengan Ezie...
X pernah pegang-pegang and x pernah abaikan Ezie...

Hinggalah pada suatu hati tu...
Dia mengaku kat Ezie yang pintu hatinya telah dicuri oleh seseorang...
Dan yang lebih menggemparkan orang itu adalah seorang perempuan!
Dia kata hati jantannya yang berdebar...
Dan dia mintak tlg Ezie untuk kembalikan dia seperti seorang lelaki...

Terharu dengan permintaannya...
Ezie dan kawan-kawan mulakan misi kami...
Kami gunting rambut dia...
Oh! BTW kebetulan Ezie pernah kerja di salon
Kalu x naya owwww!!!
HAHAHAHA... =p

Lepas tu kami transform kan gayanya...
pemakaiannya...dan pooofff!!!
Ibarat magik dia berubah menjadi seorang lelaki yang handsome!!!
Serious talk guys... dia memang handsome!!!
Semuanya kerana cinta!!!
Bunyiknya macam menipu jeer kan tapi inilah kenyataan...

Cinta mampu merubah seseorang...
Dari baik ke jahat...dari jahat ke baik..
Dari sotong ke putera..dari putera ke duyung...
Er? Ape yang Ezie merapu nih? Hahaha...

So, dipendekkan cerita...
Jodohnya dan perempuan itu pun sampai...
Lalu lahirlah sepasang kembar yang comel...
Tak lama lepas tuu..lahir pula seorang lagi bayi yang chuumelll jgk!!!

Tapi guys...bukan senang untuk berubah...
jiwa mesti kuat dan semangat kena kental...
Kalau tak susah wooo!!!
Nak tahu apa cabaran kawan Ezie ni?
Okay...kalu gtu kena tunggu next entry ya sayang?

JUMPA DI LAIN MASA... =D

Wednesday 11 December 2013

Bilakah diri ini diuji?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Kepada kengkawan Ezie comeiiii belako ini...
Rinduuuuuueeeee sesangat nak berceloteh tapi...
Permulaan sem baru ini terlampau busy laa pulak!!!
Nak duduk bukak blog pun takde mase...

=(
(Hangpa tak kecian ke kat Ezie ni haa??)
Mehh nak critaa sat kat hangpa sumaa....

Minggu pertama dh kena wat roleplay...
Minggu kedua kena wat poem...
Minggu ketiga kena wat presentation...
Minggu keempat roleplay lagi...

Pernah jugak keluar keluhan dari mulut Ezie ni...
"Arghh! Ponat sungguh!"

Tapi suddenly Ezie terfikir...
Adakah ini jugak ujian yang DIA berikan?
Jadi...
Adakah ini bermakna keluhan Ezie tu ditujukan kepada ujian yang DIA berikan???

Bila Ezie tengok kiri-kanan masa kat stesen bas depan kampus...
Ada yang tertawa, ada yang marah-marah, ada yang muram jerr...
Malah ada jugak yang muka macam x der feel terhadap apa yang berlaku kat situ...
Oppss!!! But guys jangan pulak salah faham pulak!!
Dengan mengatakan Ezie ni Stalker ya?
Hahaha... no! no! no!
Heee.... =P

Berbalik kepada cerita tadi...
Tetiba terdetik dalam diri Ezie ni...
Mereka juga sedang diuji...
Kenapa Ezie kata macam tu?
Kerana bagi Ezie DIA senantiasa menguji kita hamba-Nya...
Percaya atau tidak?

Okay...cuba kawan-kawan cantik molek comei bergaya sekalian try
Imbas balik the things or situation yang kerap berlaku
Di mana akan terbitnya ayat ini...

"SABARLAH....INI SEMUA UJIAN ALLAH"

Get the point? Cuba tanya balik bila ayat ini akan keluar dari bibir seseorg?
Always masa seseorg yg lain tu dalam keadaan yg susah atau berduka...
Betul ke idakk?
Ya...!!!memang Ezie tidak menafikan dia sedang diuji...
Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang sedang bergelak tawa tu?
Tidakkah kegembiraan itu juga merupakan satu ujian???

Yang kedana katanya ujian dari ALLAH...
Yang kaya berharta katanya rezeki dari ALLAH...
Ya..!!!memang Ezie tidak menafikan jugak yang kedana itu sedang diuji...
Tapi bagaimanakah dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada yang kaya?
Tidakkah kekayaan itu juga merupakan satu ujian???

Sebenarnya guys...
Ezie selalu terfikir...
Kita (termasuk diri Ezie sendiri) selalu lupa pada ALLAH...
Bila sedang gembira, tertawa, tiada masalah, semuanya okay...

Tapi bila sedih, ditimpa masalah yang bertingkek-tingkek...
Baru ingat pada DIA...
Berdoa dan meminta agar mendapatkan kembali ketenangan dan kebahagiaan itu...
Dan ALHAMDULILLAH kerana masih ingat untuk kembali kepada DIA...
Tapi sayangnya kita pergi semula dari DIA yang baru didekati... =(

Bagi Ezie ya sayang-sayang ya?
ALLAH senantiasa menguji kita kan?
Apa kata kengkawan pulak?
Apa pandangan kengkawan Ezie nih pulak?
Meh kita berkongsi pendapat dan persepsi kita yukkk...

"TEGUR-lah diri ini jika ada SILAP...janganlah DIHINA mahupun DIMARAH...Ezie hanyalah insan BIASA yang masih mencari jalan PULANG kepada-NYA..." =(

Wednesday 20 November 2013

Lidah itu bahaya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Bersua lagi kita pada kali ni...
Dengan entry yang baru and of course topiknya pun mestilah baru...
Alhamdulillah masih lagi bernafas ya?

Kali ni Ezie nak bercakap tentang lidah...
Yang sememangnya lembut tidak bertulang...
Tapi awas kerana selembut-lembut lidah...
Ia mampu menusuk perasaan, merobek jiwa dan menghancurkan sekeping hati...!!!

Okay, let we see...
Pernah dengar tak " kerana lidah badan binasa"?
Persoalannya kenapa?
Haa... ini sebabnya kata-kata yang dilenggokkan dan dialunkan oleh lidah itu
Memberi kesan ke atas diri kita mahupun kepada mereka yang ada di sekeliling kita...
Err...faham tak?

Baiklah biar Ezie sertakan satu situasi...
Bila kita berada di tempat public...
Hmm... contoh mudahnya di restoran ya?
Bila waiter salah ambik pesanan
Lidah pulak sesedap rasa mengadun patah-patah perkataan
sebelum memuntahkannya dengan secukup rasa...
contohnya seperti ini " Hoi vangang! Tadi gua order lain bukan ini! Gua tau laa lu macam badak tapi tak sangka pulak gua telinga lu pun pekak macam badak!"

Huish...!
Apa komen anda? Kurang ajar ke tidak tu?
Haa... kerana lidah yang seperti itu laa badan menjadi mangsa...
Kita tak tahu waiter tu macam mana orangnya...
Kalau dia pun jenis yang baran...
Mahu nya anda dah lunyai di wrestling dek waiter...
Semuanya kerana apa kalu bukan kerana lidah tadi tu?

Guys, kerana lidah jugak bukan hanya badan kita yang boleh binasa
Orang lain pun sama tau...!!!
Nak tahu macam mana boleh jadi macam tu??
Well, begini keadaannya...
bila anda memutar-belitkan sesuatu
atau boleh jugak kita sebut sebagai FITNAH

Contoh situasinya begini...
" Pea'ah, si Poet tu beranak je reti tapi tak reti jaga anak! Di bioor nye anaknya sakit. Bukannya reti nak bawak p sepital sana tuu!"
Padahal sebenarnya si Poet tu dah bawak dah anak dia pi sepital
But masih menemui jalan buntu...

Contoh lagi...
"Malam tadi aku tengok si Meon pegi umah si Muir memalam buta! Gay ke hape budak dua ekor tu?"
Hek eleh... tu pun kecoh?
kot-kot depa 2 tengok bola ke... Main playstation ke...an???
Kerana lidah sudah menyebut "GAY"
Tak mustahil orang akan tertelan kata-kata itu
dan mula mempercayainya...

Guys masalah lidah ni nampak macam remeh
tapi sebenarnya amatlah berbahaya...
Manusia boleh berperang sesama mereka...
Malah sesuatu kaum boleh runtuh kerana lidah...

So please!
Peliharalah lidah anda supaya bila di akhirat sana nanti...
Lidah anda akan memelihara anda juga...
Kerana pada masa itu nanti lidah akan berkata-kata...
Menjadi saksi kepada semua yang pernah diucapkan...

--- Allahualam ---

Dunia oh Dunia!

Assalammualaikum semua...
Dan....
Salam sejahtera, Salam Sayang serta Salam menyalam... ^,^

Agaknya sudah berapa lama kita tidak bersua ya?
Hmm... maaflah semua ya sebab Ezie busy sikit...
Maklumlah semester ini baru bermula...
So, paham-paham laa masih kalut sikit ya?
Hohoho... ^o^
Sebenarnya Ezie kalut nak carik butang on/off mode study Ezie ni haa..
Kihkihkih...!!! (Masih mode cuti lagi ni) 

---HOMESICKNESS---

Ehem-ehem....!!!
Lupakan tentang mode cuti Ezie tu...okay?
SO... meh kita pergi ke perkara yang seterusnya...
Sebenarnya teman-temanku yang cantik manis ayu jelita serta handsome macho kacak bergaya sekalian...
Tujuan Ezie mengetuk-ngetuk papan kekunci ini bukanlah untuk berkongsi tentang cuti semester Ezie...

BUT...

Ezie nak share tentang satu perkara...
Yang sedari haritu lagi dah berlegar-legar dalam kepala nih...
Hmm... macam mana nak mula ek?
Hmm... Okay!

Sekarang ni kita tinggal dalam sebuah planet ( BUMI ) yang indah...
Dan dalam planet ni macam-macam ciptaan ALLAH yang boleh kita tengok...
Sebagai contohnya kita sendiri ( MANUSIA )...
Contoh lainnya pulak macam tumbuh-tumbuhan dan haiwan...
Malah dari planet ni jugak kita boleh tengok matahari dan bulan...
Yang letaknya diluar planet iaitu nun di galaksi sana...

Hebat tak ALLAH?
Hmm... but kerana janji syaitan untuk menyesatkan anak cucu ADAM...
Ada makhluk ALLAH yang telah dikurniakan akal...
Untuk berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara...
Tewas juga dengan godaan Syaitan Laknatullah...
Ini kerana syaitan itu kreatif!

Pelbagai kaedah akan digunakannya untuk menyesatkan kita...
Pelbagai idea baru akan difikirkan sekiranya cara lama tidak berkesan...
Iman yang dibina sedaya upaya cuba untuk diruntuhkan...
Hati yang bersinar sedaya upaya cuba digelapkan...

Kalau kita tengok di sekeliling kita pada hari ini...
Nilai dosa dan pahala seolah-olah semakin sikit malah...
Perkara wajib juga sudah tidak menjadi "wajib"...
Kita semakin hanyut dalam dunia yang indah ini...
Dunia yang penuh dengan hiburan, keseronokkan dan kemewahan...

Ezie akui iman di dada tidak tinggi malah lagi masih goyah...
Godaan syaitan juga masih lagi tidak mampu tertepis...
Dan kerana inilah Ezie mula terfikir...

Ini baru sikit ciptaan Allah yang Ezie lihat...
Ini baru DUNIA belum lagi SYURGA...
Malah bau syurga pun tak pernah hidu!
Tapi walaupun hanya DUNIA  tetap juga diri ini hanyut...
Kerana DUNIA ini begitu indah dan seronok!

- R A S A N Y A -

Kita  sendiri tahu bahasawanya SYURGA itu jauh lebih indah dan seronok dari DUNIA...
Tapi terlampau payah untuk menidakkan DUNIA...
Betul ke tidak?

Teman-teman chomel sekalian...
Bagaimana jika kerana DUNIA kita hilang SYURGA?
Astagfirullah!!!
Mintak dijauhkan...!!!

*Tepuk dada tanya selera... mau dunia atau syurga?*

<Terasa tak layak untuk syurga tapi tak sanggup menahan seksa api neraka>
__('_')__



Sunday 27 October 2013

Face your problem do not FACEBOOK them...!!!

Assalammualaikum sayang-sayang sekalian
Apa khabar? Semoga sihat hendaknya yerrr
Kalau ade yang sakit tu, demam ke...
Semoga cepat-cepat laa sihat yerr...

Guys, kali ni Ezie nak share satu kisah
Berlaku lebih kurang tak berapa lama yang lepas
Hehe... Ape punyer bahasa laa yang Ezie guna ni kan?
Hohoho... Baiklah Ezie serius mentaaa...

Pada suatu hari,
Sang kancil bersiar-siar di hutan...
Eh? Sorry...!!!
Salah cerita pulak yang di share...

 Chop chop ini baru kisah yang sebetulnya..
Hehe.. sengaja nak bergurau...
Maklumlah nak mengeratkan silaturrahim antara kita semua laa katakan...
Hehehe...

Ehem-ehem (buat muka serius tahap maksima)
Sebenarnya pada suatu hari tu...
Seorang kenalan Ezie sedang berhadapan dengan masalah...
Bukan sebarang masalah but masalah rumah tangga...
Dan Ezie ni dijadikan sebagai pendengarnya...

Bagi Ezie kalau dia nak share secara personal dengan Ezie
It's okay and orait
Sebab masalah rumah tangga tu bukannya boleh dishare kepada umum
But suddenly Ezie suprise banget deh
Bila Ezie on FB (facebook bak kata org puteh)
Semua status yang dia update pasal rumah tangga dia

Ish! Melompat Ezie dek terkojut
Hmm...mane boleh gitu kan? So.....
Kerana dia itu adalah sahabat
Ezie pun tegurlaa perbuatannya tu salah
Membuka aib rumah tangga
dan memburukkan nama suami

Tapi hanya ini yang dijawabnya
"Semua keperitan ini aku yang rasa kau mana tahu!"
and satu lagi...
"Kau cakap suruh sabar senang laa! Hati aku yg tanggung sakit!"

Alahai... tersentap jugak hati ni
Tapi bila memikirkan mungkin dia sedang kusut
Fikirannya dah bercelaru
Lalu Ezie diamkan saja

Tujuan serta objektif mahupun matlamat Ezie share kisah ni
Bukanlah untuk mengaibkan sahabat Ezie itu
Namun hanya ingin sahabat-sahabat Ezie yang comel ni
mengambil iktibar dan moral value yang tersembunyi iaitu....

Yang PERTAMA :

Do not share everything in facebook!

  • Sebabnya semacam dah jadi trend sekarang ni semua masalah diluah di facebook dan parahnya masalah rumah tangga pun sama!  Alahai... nape? Boleh selesai ke masalah tu bila dah di update kat facebook tu? Memang tak salah nak share masalah but pandai-pandai laa pilih masalah apa yang boleh di share dan masalah apa yang seharusnya disorok dan disimpan... Alaa... tapis-tapis laa cket...

Yang KEDUA :

No need to kutuk-mengutuk or perli-memperli each other!
  • Sebabnya ini bukan nak kurangkan masalah tapi memperburukkan lagi keadaan. So, lebih baik masalah itu diselesaikan secara baik di luar facebook @ mana-mana media sosial. Kalu nak selesaikan dalam media sosial tu pun boleh, tapi Ezie rasa lebih baik tok sah. Err... pendek kata pilih jalan yang terbaik laa yer...

Yang KETIGA :

Make yourself clam and get out from the anger
  • Rasanya inilah yang paling penting. Semua orang tahu marah itu tidak baik so keluarkan diri dari kepompong kemarahan. Cara yang paling mujarab ialah solat. Mana ada orang yang marah-marah mengerjakan solat. Betol idak? Huhu.. paling-paling kurang pun ambik wuduk laa... Biar api kemarahan tu terpadam dengan air suci wuduk... Dannnn bukannya dengan update status pasal masalah kita tu. Bukan luahkan kat dalam tu! No no no no! Cara tu tak kan boleh buat kita tenang pon... so tok sah buat laa!

Sayang-sayang sekalian, masalah itu hanyalah ujian. Hadapilah dengan tenang. Lebih tenang dari saat-saat anda menduduki peperiksaan ya? Hee... hidup tanpa masalah memang mustahil sebab DIA memang akan senantiasa menguji hamba-Nya dengan ujian hidup yang dikenal pasti sebagai MASALAH. Baiklah semua, setakat ini sajalah share Ezie pada kali ini sebab dah terlampau panjang dan melebar sangat dah ni haa... HAHAHA!! Semoga kita bersua lagi di lain waktu dan hari ya? Tata titi tutu... Sayonara!!!

Sunday 29 September 2013

Bila Jahat ingin menuju kebaikkan

Assalammualaikum semua!
Hai dan Hello serta salam sejahtera!

Kawan-kawan semua,
memang dah sekian lama kita tahu
bahawasanya manusia itu sering berubah
Dari jahat berubah jadi baik
Dari baik berubah jadi jahat pun ade

Tapi kali ni Ezie nak sentuh pasal berubahnya seseorang itu
Daripada jahat pergi ke baik....
Orang selalu kata yang jahat itu tidak akan selamanya jahat
kerana jika ALLAH membukakan hatinya
maka teranglah jalannya menuju kebaikkan

Namun begitu lontaran pandangan yang diberikan
Tidak sama dengan kata-kata yang dilontarkan
Persepsi yang kukuh tidak dapat diubah
Jika dikatanya Hitam itu buruk dan jahat
Maka buruk dan jahatlah ia

Baiklah, Ezie tak mahu membuatkan kawan-kawan semua berteka-teki lagi
Apa sebenarnya inti kepada bicara Ezie pada kali ini
Tapi sebelum Ezie berbicara dengan lebih lanjut
Ingin Ezie kongsikan sebuah kisah benar
Yang terjadi suatu ketika dahulu
Untuk membuatkan kalian lebih mudah faham
dengan apa yang Ezie cuba sampaikan

Ada seorang gadis yang selama ini tidak pernah menutup aurat
Bajunya ketat kadang-kala lengan putihnya ditayangkan sengaja
Rambut hanya disembunyi dengan tudung sekolah
Itupun hanya pada waktu persekolahan
Bila loceng sudah berbunyi maka terbanglah tudung itu

Suatu hari terdetik hatinya untuk berubah
Dinyatakan hasrat kepada sahabat namun dia terkedu

"Kau? Tudung? Hahaha!!! Tak payah...! Jangan buat lawak! Tak pernah-pernah kau bertudung, apsal buang tabiat pulak ni?" balas sahabat berulam tawa.

Niatnya dijadikan bahan jenaka
Namun dia nekad juga dan kerana bertudung
sahabat mula menjauh

Maka dalam mencari permata berharga (iman)
Dia mula mendirikan solat
Yang mana sudah belasan tahun dia hidup
Ditinggalkannya begitu saja

Dia mula mencapai Al-Quran
Terdetik di hati kali pertama dan terakhir dia khatam Al-Quran
Hanyalah ketika dia di sekolah rendah

Tapi, kerana masa silamnya dia jahat
Orang sering memandang serong kepadanya
Dengan mengatakan dia hanya berpura-pura baik
Orang katakan dia munafik
Orang kata dia tu bajett jerr baik tapi hampeh

Kawan-kawan sekalian,
Cuba tengok di sekeliling kita
Ada tak mereka yang masih tergapai mencari cinta hakiki?
Ada tak mereka yang bersendirian kerana dosa silam?
Ada tak mereka yang disisihkan kerana kejahatan yang pernah dilakukan?

Orang kata manusia itu akan berubah
Layak diberikan peluang untuk berubah
Tapi majoriti manusia pada hari ini
Hanya tahu melontar kata
Tapi tindakannya langsung tiada

Yang jahat kekal jahat
Yang baik dipandang mulia
Bila yang jahat ingin menuju kebaikkan
Yang jahat masih juga kekal jahat

Apa pendapat anda?
Tepuk dada tanya selera

Monday 23 September 2013

Manusia lebih takutkan manusia berbanding Tuhannya???

Assalammualaikum and hello everyone!
Bersua lagi kita pada kali ini...!
(Yeaayyy)

Ape pendapat korang dengan statement ini?
"manusia lebih takutkan manusia itu sendiri berbanding Tuhannya"
Betul ke?

Kalau bagi Ezie sendiri mungkin jugak ada betulnya...
Kenapa?
Okay, meh kita tengok sekeliling kita sekarang ni...

Untuk contoh yang pertama ni,
Ezie ambik contoh isu yang sentiasa hangat diperkatakan...
Bukannya apa sebab semua orang tahu tentang isu ini...
Well, isu apa lagi kalau bukan isu pembuangan bayi...

Pernah tak korang terfikir kenapa bayi-bayi  ini dibuang?
Dilempar, dibunuh dan ditanam?
Mungkin ada yang akan menjawab...
"Bayi haram sebab tu mereka buang"

Chopp!!!
Siapa kata bayi itu haram?
Mereka tidak haram malah mereka itu suci...
Yang haramnya ialah perbuatan si pembuang bayi...
So, tetttt...!!!
Secara automatiknya jawaban anda salah!

Mungkin akan ada jawaban lain pulak berbunyik seperti ini...
"Anak luar nikah biasalah tu..."

Atau jugak seperti ini...
"Lelaki tak nak tanggungjawab..."

Atau mungkin seperti ini...
"Entah ke manalah sifat keibuan mak bayi ni haa..."

Walau ape pun jawaban yang diberikan...
Ezie rasa statement tadi itu lebih sesuai...
Kerana pada pendapat Ezie 
manusia lebih takutkan manusia itu sendiri berbanding Tuhannya 
kerana...

  • Sifat manusia yang suka menghukum!     

- Ini kenyataan! Walaupun manusia tidak layak untuk menilai apatah lagi untuk menghukum manusia yang khilaf itu, namun mungkin sudah fitrah semula jadi manusia ini. So, kerana lebih takut dihukum oleh manusia-manusia ini, manusia yang berbuat salah akan sedaya-upaya menyembunyikan kesalahan yang dilakukan demi mengelakkan diri daripada dihukum oleh manusia-manusia tersebut dan secara automatiknya menjadikan manusia khilaf ini meletakkan rasa takutnya kepada Tuhannya di tempat yang kedua.

  • Risau dicemuh!
- Bertitik-tolak dari perkara yang kat atas ni, manusia khilaf risau akan dicemuh sekiranya kesalahan atau kesilapan mereka diketahui umum! Jika ini berlaku, sudah semestinya aib mereka akan terbukak! Jadi mereka simpan kesilapan mereka diam-diam tapi lupa Allah itu maha mengetahui. Mereka mungkin akan berbohong bagi menutupi aib mereka dan secara automatiknya dosa berbohong akan dicatit. Percayalah mereka akan terus berbohong demi menyelamatkan diri.

  • Risau dibuang keluarga!
- Semua orang tahu keluarga itu sangat penting. Pendek kata tanpa keluarga siapalah kita tapi manusia (kita) selalu terlupa tanpa Tuhan (ALLAH) siapalah kita? Tepuk dada tanyalah selera. 

Sebenarnya banyak lagi sudut yang boleh kita lihat...
Bukannya setakat isu buang bayi jee...
Mencuri pun sama jugak...
Kenapa?

Well, cuba fikir balik kenapa pencuri tutup muka dengan topeng?
Itu sebabnya mereka takut orang akan kenal mereka!
Mereka takut kalau identiti mereka terdedah!
Nanti mesti akan ada manusia kata...
"Tuuu laa anak Pak Mamat ada kebun, pencuri rupanya!"

Lepas tu mesti ada jugak desas-desus angin bertiup...
"Jangan kawan dengan si pencurik tu!"

Bila kelurganya dah tahu mesti drama melayu akan ditayangkan...
Free show tak perlu bayar tiket kat pawagam...
"Kau bagi malu keluarga! Keluar kau dari rumah ni...!"

Well, sama jugaklah kalau perogol...
Mereka tak kan merogol dpn orang ramai...
Amatlah mustahil mereka ini akan merogol di tengah jalan raya yang tengah sibuk!
Mesti mereka akan carik port luuu...

Port tak elok pun tak apa...
Asalkan takde orang boleh nampak..
Sebabnya nanti kalau orang nampak naya laa..
Kantoi laa!

So, ape pendapat korang sekarang?
Ada betulnya ke tidak statement di atas?

Tuesday 17 September 2013

Less talk, more act!

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera...
Apa khabar agaknya anda-anda semua ya?
Harapnya sihat walafiat...
Kalau ada yang demam atau berhingus sikit tu harapnya cepat sembuh!

Anyway guys, pernah tak korang mengalami situasi yang begini?
Apabila kita buat sesuatu tugasan secara ber-partner atau groupping,
ada tak sorang member dalam group tu atau mungkin partner korang,
yang bijak semacam dalam menutur kata...
memuntahkan ayat dan mengalirkan perkataan demi perkataan...

Kononnya itu adalah sumbangan yang dia berikan,
But tak bersangkut-paut langsung pun dengan tugasan korang...
Insan ini hanya akan petah dan lancar bercakap mengenai isu-isu seperti berikut...
Ehem-ehem....!!!

**********

Pasal artis...
Ahemmm- Ahemmm (adjust suara sikit)

"Eh? Kau tahu tak artis ni nak kawen dgn ketua kelas dia masa zaman sekolah dulu? Haaa...kau jangan tak tahu! Dia kapel dengan mamat hensem tu tapi kahwennya dengan orang lain!"

Menganyam Ketupat (MENGUMPAT)

"Siapa? Minah yang pakai make up tebal 5 inci tu ka? Arghh... dia memang hampeh! Memang dasar perampas! Dulu bukan setakat pakwe orang dia kebas, tapi ayam golek aku pun disambarnya!"

Naik profesion sikit jd Dr. Cinta

"Janganlah heartbroken sangat... kumbang banyak lagi di luar nun... Kau tangkap je mana-mana kumbang yang kau berkenan... kalau ade pape jgn malu share... bukankah sharing itu caring?"

Isu panas (jiran Sebelah)

"Aku dengar Peot tu dah kawen dengan si Pokpet tapi tak tahu lerr apa kisah sebenar... dengar-dengarnya depa dua tu kena tangkap basah...aku tak nak laa cakap lebih-lebih tentang hal ni... tapi kan hari tu Bla bla bla bla...."

Ish...katanya tak mahu cakap lebih tapi dia bercakap jugak.... huhuhu


Tiba-tiba jadi ketua kumpulan

"Aku rasa kalau nak jayakan tugasan ni, kita perlukan idea yang hebat dan bernas. Kita perlukan sesuatu yang lain dari lain. Jadi, dengan ini aku arahkan kau dengan kau jana idea yang betul-betul brilliant. Kau dengan kau pulak kena senaraikan seberapa banyak langkah atau cara untuk kita jayakan tugasan ini. Aku pulak duduk saja...well aku kan ketua?

**********

Seriously kadang-kadang Ezie pun pernah ter-group dengan orang-orang seperti di atas...
Bercakap lebih tapi kurang pada perbuatan...
Hanya satu je nasihat yang boleh diberikan...
Less talk, more act!

Tak perlu bercakap benda yang tak sepatutnya...
benda yang tiada kaitan abaikan saja...
benda yang tak penting lupakan saja...
betul tak? betul tak?

Jangan sampai suatu hari nanti orang dah tak nak grouping dengan kome...
So...andai paham BISA...!!!

Friday 13 September 2013

[Take Note] Kononnya nak tunjuk sporting tapi...

Sebelum bermula salam dihulur
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kawan-kawan,
Kali ini Ezie nak bercakap tentang sesuatu yang mungkin kita x sedar
Atau mungkin kita x nampak dalam kehidupan realiti ni
Tapi kita boleh nampak jika dalam dongengan
So, mari belayar sejenak ya?

Kawan-kawan sekalian,
Ingat tak lagi kalau dalam sesebuah cerita dongeng
Mak ayah depa mesti (kebanyakkannya) sporting terhadap anak-anaknya
kan?
Sporting yang bagaimana?
Baiklah...Kali ini kita lihat dari sudut hubungan istimewa ya?
(Pakwe/makwe)

Kita boleh tengok mereka biarkan je anak depa pi dating,
Pi jejalan berdua malah...
Jika mereka kelihatan tidak mesra atau sudah lama tidak berhubung...
Mesti mereka akan bertanya tentang hubungan tersebut kan?
Menampakkan bahawasanya mereka concern tentang anaknya
Kita yang melihatnya mungkin hanya akan berkata
"Alah...lakonan je pon! Maklumlaah kisah dongeng!"

Guys, sedar tak sebenarnya cerita dongeng ini turut terdapat dalam realiti?
Dalam drama melayu pun banyak memaparkan kisah macam ni...
Kononnya mak ayah sporting...
Sama saja mcm cerita dongeng tadi...
Tapi mari kita lihat dari sudur realiti pulak...

Bagi Ezie,
Sebenarnya apa yang ditayangkan dalam drama atau dongengan
Semua itu datang bersama dengan sindiran halus
sampaikan kita tak terasa langsung dengan sindiran itu
Sebabnya terlampau halus!
Dan kita ingatkan ia hanyalah biasa-biasa aja...
Tapi sebenarnya tidak...
Kenapa?

Sebabnya begini ya, guys?
Kononnya anda dah ada anak dan anak itu pulak ada special person/ tunang
Then bila kita lihat mereka jarang bersama
Jarang mesra atau berjumpa
Memang kita kena ambil berat tentang mereka
Apatah lagi kalau dah ada ikatan tunang
Sebabnya kalau putus di tengah jalan
Mesti malu sebab nanti orang kiri kanan mesti kata macam-macam kan?

Lalu akan terkeluarlah dialog yang lebih kurang macam ni bunyiknya...
"Mana tunang kau? Tak keluar gi jejalan ke? Lama dah tak nampak korang bersama...gaduh ke?"
Guys...memang baik kalo nak jadi parents yang mengambil berat tentang anaknya kan?
But at the same time jangan menggalakkan mereka menuju ke jalan yang x sepatutnya...

Kita kadang-kadang lupa...
"Tunang" itu bukanlah tiket untuk selalu keluar dating bersama...
Masih boleh jugak mendatangkan fitnah yang bernanah...
Jadi adalah lebih bagus jika dielakkan...ya dak?

"Tunang" bukan tiket untuk act macam laki bini...
Terutamanya jika hanya pakwe makwe...
Mesra tu kalau dah jadi legal life partner x pe laa...
Malah memang digalakkan but...
Jika belum ada lafaz akad yang sah...
Lebih baik kita elakkan...

Ada banyak cara lain untuk tunjukkan kita punya concern kepada anak-anak...
Jangan tersilap pulak...
Kerana secara tak sedar kita seolah-olah menggalakkan mereka...
Menuju ke jalan kemaksiatan...
Berhati-hati dalam mendidik...
Kerana anak itu amanah dan anugerah dari ALLAH...
Jangan nanti di akhirat kita disoal tentang amanah dan anugerah ini ya?

Semoga kita bijak
Semoga kita mampu mengelak...
Amin...~

Pameran Sempena Hari keamanan Sedunia... Kita aman tapi mereka?

Assalammualaikum w.b.t
Selamat sejahtera semua

Kawan-kawan ingat lagi tak post Ezie yang lepas?
Ezie ada berjanji nak kongsikan tentang saudara seislam kita di dunia sana, kan?
Apa? Tak faham?
Maksud Ezie ialah saudara kita yang berada di dunia penuh pergolakkan itu...
Dunia di mana tanahnya adalah darah merah pekat...
Burungnya adalah bom yang dasyat...
Kumbangnya pula peluru tak bermata...

Kebetulan pulak UPSI ada buat pameran sempena Hari Keamanan Sedunia...
Pameran di buat di Perpustakaan Tunku Bainun...
Tergerak hati Ezie untuk share dengan semua pulak...
So, Ezie siap ambik gambar masa pameran tersebut...
Dan buat keputusan untuk uploadkan di ruangan Kisah Dongeng Ciptaan Ezie ni...
Supaya kawan-kawan dapat melihat realiti ini...
Yang langsung tidak sama dengan keindahan dongeng...

Err... Walaupun di uploadkan di ruangan Kisah Dongeng Ciptaan Ezie...
But ini bukan dongengan...
Ini adalah betul-betul punya kejadian...
Ezie sebenarnya mengharapkan keindahan ala-ala dongeng akan terjadi...
Buat mereka ini...
Berdoa sajalah buat mereka...

Pameran Hari Keamanan Sedunia...! Kita memang aman di sini, tapi mereka...
Siapa lagi yang akan membantu mereka?
Ini kisah saudara kita...
What kind of products? Let's check out for more!

Products ini laa yang mereka maksudkan... Macam-macam reaksi dari kawan-kawan Ezie bila tengok senarai produk yang disenaraikan... Produk famous di tempat kita inilah yang menjadi penyumbang untuk menambah derita mereka! Nasib baik Ezie x makan McD sebab itu dalam carta teratas!

Kanak-kanak di sini di dera sampai mati... Kanak-kanak mereka dijadikan mangsa kerakusan kepada kekejaman juga.... Tapi dengan cara yang berbeza!

Kenapa mesti Palestin jadi Sasaran? Pertama, sebab Palestin Bumi Para NABI. Kedua, Rebutan 3 AGAMA. Ketiga, Rebutan Tamadun DUNIA dan yang keempat Petanda kuasa DUNIA
Siapa lagi yang akan membantu jika bukan kita? Tidak mampu dengan duit bantulah dengan doa... Berdoalah agar pertumpahan darah akan berhenti, pergolakkan menjadi kedaiman, Peperangan menjadi ukhwah yang utuh... Itulah yang Ezie harapkan dan Ezie percaya ada di antara kalian turut mengharapkannya...


 Hanya sedikit gambar yang Ezie boleh kongsikan...
Sebab tadi bateri hp dah low sangat...
Maklumlah teda kamera mahal guna kamera hp pun boleh...
Asalkan perkongsian itu tetap ada...

Guys, tahu tak apa pekerjaan mereka?
Sesungguhnya mereka berkerja di jalan JIHAD...
Jalan Allah yang maha kuasa...
Ezie berharap agar keindahan, kedamaian dan kesejahteraan yang selalu ada dalam kisah dongeng...
Turut menjadi realiti bagi mereka ini...

Jiwa mereka kental dan tabah...
Jihad mereka tinggi di jalan Allah...
Berdoa ya semua?
Semua iman mereka tidak goyah...

Amin...~


Sunday 8 September 2013

Salahkah cemburu?

Assalammualaikum...
Pernah tak dengar statement ini?
Cemburu itu tandanya sayang namun kerana cemburu cintaku melayang...
Jika itu terjadi dalam sebuah hubungan yang berlandaskan cinta seorang adam kepada hawa, siapakah yang harus dipersalahkan?
Salahkah cemburu?

Bagi Ezie...
Terbitnya perasan cemburu itu tidaklah salah...
Itu adalah lumrah atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai perkara normal...
Jika berakhirnya sesuatu hubungan kerana cemburu,
Bukanlah cemburu yang bersalah kerana cemburu hanyalah sebuah perasaan...

Bila timbulnya masalah kerana sebuah perasaan yang digelar cemburu...
Bukankah lebih elok andai kita melihat dan berfikir semula...
Kenapa cemburu itu hadir?
Andai jawaban sudah ada,
maka bukankah lebih elok andai kita susuli dengan perbincangan?
Bincanglah punca atau faktor yang mengundang cemburu itu hadir...
Agar cemburu itu tidak tumbuh tinggi dan akhirnya menjadi racun dalam hubungan...

Jika cemburu datang tanpa henti...
Cubalah renungkan kembali...
Apakah kesan yang akan berlaku dalam hubungan itu?
Fikirkan semula wajarkah kita cemburu jika kesannya akan meruntuhkan sebuah ikatan...

Ingat...
Cemburu itu hanyalah sebuah perasaan...
Kita manusia yang mengawal cemburu...
Kerana itulah kita dikurniakan akal supaya jangan tewas terhadap cemburu...
Jangan pula cemburu yang mengawal kita...

Pernah dengar pepatah menyebut...
Kecil api menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...
Begitu juga dengan cemburu itu sendiri..
Sedikit cemburu tampak sweet dipandang tapi bila cemburu jadi buta...
Bersiap sedialah...

Cuba kenangkan kembali kisah dongeng...
Tapi kisah dongeng ini bukanlah ciptaan Ezie...
Di luar sana terdapat banyak kisah dongeng yang boleh kita lihat...
Mari kita ambik kisah dongeng Bawang Merah dan Bawang Putih...
Cuba ingatkan kembali...
Kerana cemburu pelbagai kejahatan yang dilakukan...
Kerana cemburu retaknya sebuah hubungan kekeluargaan...

Itu baru dalam dongengan...
Kita sudah boleh melihat kesannya cemburu itu bukan?
Bahaya jika tidak dikawal...
Ingat...hidup ini realiti...
Jika sesuatu terjadi kita yang merana sendiri...


Saturday 7 September 2013

Ezie Bermain-main dengan Blog!

Assalammualaikum semua!
Apa khabar? Alhamdulillah kita bersua lagi...
Hahaha... Nampak tak perubahan pada blog Ezie ni?
Hehehe... Tolong laa kata yang korang boleh nampak perubahannya ya?
Hahaha!!!

Sebenarnya malam tadi Ezie mengalami masalah untuk tidur...
So, Ezie pun pergi laa "berborak" dengan Pak Cik Google...
Last-last Ezie pun search sana, search sini...
Tiba-tiba terfikir untuk meng-girlish-kan lagi blog Ezie ni...
Dipendekkan cerita, Ezie terlebih enjoy pulak dalam usaha tersebut...
Hasilnya seperti yang anda boleh lihat!
Hehehe...

kalau you all nak tahu, Ezie ni jarang sangat-sangat ada masa untuk menghias blog...
Semalam tu pun disebabkan tak boleh tidur...
But never mind sebab Ezie rasa puas! (lagipun boleh bangun lambat)
Hohoho!!!
I am lucky because today is Saturday!
So, Ezie tak perlu laa nak paksa mata untuk terbuka seperti hari-hari lain...
Hohoho...!!!

Untuk pengetahuan you all jugak, Ezie ni tak berapa arif dengan Blog...
Ezie buat blog pun sebab Ezie suka menaip...
Ezie suka bercerita dan Ezie suka bermain dengan ayat...
(Bukan ayat-ayat cinta ya?) Hehehe...
Kalau you guys ada kaedah atau cara untuk menjadikan Ezie ni arif dengan blog...
Sila laa share ya? Ezie dengan hati yang terbuka akan menimba ilmu dari kalian itu...
Well, bukankah Sharing is Caring...
Betul tak? (Ezie angguk-angguk sendiri)
Hee... sendiri tanya sendiri jawab!!!

Okay laa adik-adik kakak-kakak abang-abang sekalian,
Gadis Sarawak yang diberi nama Ezie Fazira ini memohon diri dulu ya?
Tata...bubbye...
Senyum tak perlu kata apa-apa... =D

Friday 6 September 2013

Masalah dan Masalah Lagi?

Assalammualaikum dan Hi guys...
Sebenarnya kali ni Ezie bukanlah nak berkongsikan tentang masalah but...
Ezie sebenarnya Curious dan teringin nak tahu...
Hmm... Okay! Meh Ezie terangkan lagi apa yang Ezie cube untuk sampaikan sekarang ni ekk?

Situasi 1

Seorang gadis mempunyai masalah yang berlambak-lambak, berbukit-bukit dan bergunung-ganang... Dumpp! Bamm!!! Punyer laa kuat bunyik masalah yang menghempasnya...

Ezie yakin air mata si gadis akan mengalir kerana terlampau banyak benda yang terpaksa dia hadapi dan kadang-kadang, saat dia memohon/berdoa kepada ALLAH, pasti air matanya tumpah juga...

So, Ezie terbuat simpulan mengatakan air mata memang dah jadi peneman hidup seorang wanita kot dan atas sebab itu laa orang selalu kata hati wanita itu lembut... Kalau pun ia keras, mungkin hanya sekeras kerak nasi... Betul tak?

Dannnn.... Ezie sebenarnya curious macam mana kalau lelaki juga berhadapan dengan situasi di atas? Masalah yang datang sudah tidak tertanggung... adakah seorang lelaki itu akan menjadikan air mata sebagai temannya jugak? Hmm... Bukannya apa, sebab Ezie pernah dengar / baca kalau ada masalah, menangislah andai itu mampu menenangkan anda... Kenapa? Sebabnya air mata yang keluar itu adalah salah satu cara untuk meluahkan rasa/ mengurangkan stress...  (x ingat pulak kat mana Ezie baca sebab dah lama)

Kalau bagi Ezie, memang agak menenangkan laa jugak bila lepas menangis.... Apa komen anda? Dan... setahu Ezie lelaki memang payah nak keluarkan air mata... kononnya tak macho laa, hati ada taman laa and banyak lagi...!!!

So, guys...
Bleh share x macam mana cara lelaki berhadapan dengan masalah? Adakah air mata mustahil untuk jadi peneman kaum adam?

Hehe....
Ezie tiba-tiba terfikir..
Sekian saja,
Salam Sayang Kalian,
Semoga terus dirahmati dan dikasihi...
=D

Wednesday 4 September 2013

Ezie Can't Wait Anymore

Assalammualaikum and Hi to everyone....
Alhamdulillah we meet again...
Guys...Ezie dah tak tahan laaa...
Seriously Ezie tak sanggup!!!

Heee....Suspen tak?
Hahaha...
Sebenarnya Ezie tak boleh tahan dah nak tunggu semester break!
Sakit dan perit sangatlaa yang Ezie rasakan pada semester ke-3 ni...

Guys....boleh x kalo Ezie nak tanya?
Pernah x kome berasa bosan atau kome teringin sangat nak akhiri sesuatu?
Kalau pernah...boleh x kome share kat Ezie sedikit sebanyak cara kome sume nyahkan rasa tu?
Seriously guys...Ezie rasa semester ni terlampau mencabar
Ezie akui diri ini sedikit lemah dan semangat pun dah lama hilang
Help Me? Anyone?

Cer kome fikir ek?
Sekarang ni baru semester 3...
Belum lagi semester 4...
Malah jauh lagi kalo nak menuju ke semester akhir...
Macam mana Ezie nak cari balik semangat tu?
Alahai....

Mungkin ada benarnya apa yang cikgu Ezie katakan dulu...
"Buatlah sesuatu yang kita suka, supaya walaupun kita asyik buat benda yang sama,kita x kan pernah rasa jemu sebab kita terlalu sukakan benda itu"
Kalau nak diikutkan, minat Ezie ni banyak tapi kalo bab kerjaya masa depan,
Sebenarnya Ezie teringin nak bukak Salon & Butik Andaman Pengantin...
Hehehe...(rasa-rasanya ini semua dongengan je ke?)

Dulu Ezie pernah kerja di salon dan Ezie memang enjoy sangat!
Ezie pun pernah ambik kursus untuk Pola Pakaian dan Membuat Pakaian...
Dan Ezie pun memang enjoy buat design baju terutamanya baju pengantin!
Oleh sebab tu laa Ezie muncul dengan idea seperti yang diatas...
Nak combine-kan kedua-dua tu....
Mesti best kan???
=D

Ezie memang minat gila dengan bidang penulisan ni...
Malah Ezie tak pernah berhenti menulis sejak dari kecik!
(ni bukan dongengan tau...tapi realiti tau!)
Kehkehkeh!!!Tapi kan...
Ezie tak pernah pulak terfikir untuk jadikan kerjaya sebagai seorang penulis tu sebagai kerjaya utama Ezie...
Sebabnya Ezie suka buat income banyak2...
So...boleh kumpul duit banyak2...
lepas tu beli rumah beli kereta...
Malah Ezie nak berikan duit bulan kat Mak Ezie banyak-banyak...
Memang laa duit tu tak menjamin kebahagian dia...
Tapi Ezie x mo tengok mak susah daa...
(Harapnya semua ni jadi realiti bukan sekadar angan Mat Jenin)

Alahai....
Ape-ape pun guys...
Doakan Ezie yang terbaik tau?
Doakan supaya Ezie terus tabah dan cekal sebagai seorang pelajar!
Keh keh...Oh ya!!! Lagi satu Guys...
Jangan lupa doakan saudara kita di sana ya? Hmm?
Apa?? Tak tahu kenapa harus doakan mereka? Tak apalah...
Next post Ezie akan share kan tentang saudara kita itu...

Sekian sahaja daripada hamba,
Salam sayang penuh kasih aliran debunga....
Ezie Fazira

Monday 26 August 2013

Ini betul betul punya kejadian bukannya tipu-tipu

Assalammualaikum w.b.t dan hai kepada awak-awak yang comel-comel belaka ni yer? Eh? Apa yang betul betul punya kejadiaan bukannya tipu tipu sepertimana yang Ezie katakan di atas? Haa...sabaq na...ni laa Ezie nak habaq la ni...

Sebagai permulaan, awak-awak yang comel ni tahu x pasal majalah kecik yang diberi nama MASTIKA? Ada tak diantara awak yang comel molek ni penggemar majalah tersebut? Haa...kalau ada maknanya kita sama! Tapi kalau tak tahu atau tak minat tu tak apa laa ye? Minat kita yang namanya manusia ni memang lain-lain. Tak semuanya sama... betul tak? Walaupun berbeza tapi kita masih kawan kan? 

Hehehe...sebenarnya kan awak...hari tu Ezie ada laa berkongsi cerita dengan salah seorang wartawan majalah tersebut. Pada mulanya takut-takut jugak nak berkongsi sebab dia orang berkejaya...kerjaya dia sebagai wartawan membolehkan orang-orang tahu dan kenal siapa dia. Bagi yang minat majalah kecik ni mesti tahu siapakah gerangan beliau.

Ezie takut bukannya sebab saja-saja nak takut but Ezie takut kalau dia tak nak bagi respon. Sebenarnya Ezie pernah berjumpa dengan seorang pelukis komik yang agak dikenali ramai jugak dan sekarang dia ada laa salah seorang ahli keluarga PTS one. EH? Jap...hang pa suma tahu ka apa tu PTS one?

Haaa...kalau yang baca novel mesti tahu ni... Hehehe! Ezie jumpa dia masa bengkel penulisan kreatif yang diadakan di UPSI masa Ezie sem 2 yang lepas. Katanya dia akan bantu kami-kami (orang-orang yang berminat atau serius nak jadi penulis) untuk bernaung atau mencipta nama dibawah dia orang punya cabang tu (cawangan bak kata my grandmother) but when Ezie asked him question  that is related to the writing field (after bengkel tu habih laa)...until today he doesn't give me any answer...sob sob (nangis pilu)..BUT...!!!

Never mind, lupakan kisah sedih tersebut. (sambil lap air mata dan kesat-kesat hidung) Hehe... berbalik kepada wartawan tadi, dia tak sombong pun malah mempelawa Ezie untuk bersilaturrahmi dengan isterinya. Dia dengan penuh relanya ingin membantu Ezie merungkai satu persatu persoalan yang memerlukan jawapan....err...dah namanya persoalan mestilaa perlukan jawapan kan? Heh...ape laa Ezie ni...

Sesungguhnya Ezie amat-amatlah berbesar hati dengan beliau dan amat senang hati jugak laa... Ezie harap beliau akan terus suksess dan akan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjanganlah ya? Begitu juga dengan keluarga beliau, harapnya lebih bahagia hendaknya... AMIN~

Haa...nampak x kengkawan Ezie yang molek-molek sekalian? Kalau kita baik dengan orang, orang pun senang hati dengan kita, InsyaALLAH orang tersebut akan mendoakan kesejahteraan kita macam yang Ezie buat ni... disebabkan Ezie senang hati dengan beliau, Ezie nak beliau terus suksess dan dirahmati...

Harapnya ramai lagi yang seperti beliau. Terima kasih wartawan mastika Mohd Ali Atan kerana sudi mendengarkan kisah hamba ALLAH yang satu ini... Terima kasih juga atas nasihat supaya jangan pernah takut dengan apa yang hamba ALLAH ini alami kerana itu semua adalah kehendak Dia dan hamba beruntung kerana Dia sudi berkongsi dengan hamba-Nya yang satu ini. Terima kasih sekali lagi ya?

Baiklah semua, Ezie nak blah! Hehe...nak buat assgignment. Terimalah salam wangi penuh bunga-bunga mawar daripada hamba yang bergelar Ezie Fazira. Peace yo! Assalammualaikum!

Sunday 25 August 2013

Ezie dan tutorial

Assalammualaikum and Hi to all of you....
Okay, today Ezie would like to share a video that Ezie have to ( I mean forced to make it)...
Because this semester Ezie taking Multimedia and the web as my subject and making this video is also one of the assignment so Ezie don't have any choice...right?

Hahaha!!! Speaking orang puteh laa pulak! Aishehmen...hehehe...!!! Sebenarnya guys, video ni video pertama yang mana di dalam video ini hanya ada Ezie, dan Ezie lagi dan lagi. Idea untuk buat tutorial ni sebenarnya datang daripada seorang lecturer dan alhamdulillah idea ini diterima oleh lecturer Ezie yang mengajar subjek Multimedia and the web tu...

Sejujurnya, Ezie mana pandai nak belit tudung sana sini tapi kerana nak buat tutorial Ezie terpaksa belajar cara nak lilit sana lilit sini... Kalau tak percaya boleh tengok video ni tapi jangan menyampah pulak ya sebab muka Ezie ni x comel macam tutor-tutor tudung yang lain... (sambil main-main batu kecik)

Sudah laa muka macam orang kena paksa (well, memang kena paksa pun) but never mind laa... korang tengok laa sendiri ya? Maaf kalau ada salah dan silap. Ezie budak baru belajar dan kalau salah tolong laa tunjuk ye? Jangan tunjuk je tapi tolong ajar sekali tau...

Hehehe...okay now, here the video that Ezie talking about! Enjoy! (err....) Bukan enjoy but...tengok ya? Enjoy sudah semestinya bukan perkataan yang sesuai sebab video ni tak best langsung pon tapi jangan laa menguap pulak ye? Heee....


Malunya...!!! <---- nyorok bawah meja!
Hehe...Ezie mengundur diri dulu ya? Salam sayang salam penuh senyuman...
Tata....Assalammualaikum...

Saturday 17 August 2013

Ezie menang dapat hamper besar!



Cakkk! Haaa....assalammualaikum semua! Salam 1 Malaysia tiada 2 dan salam sejahtera pagi petang siang malam....

Besar tak Hamper ni? Hehe.. Ezie dapat sebab Ezie menang pertandingan menulis cerpen peringkat kolej! Haha..seronoknya!

Tahun lepas Ezie ada jugak mengikuti pertandingan yang sama tapi dapat tempat ke-3 jaa dan tahun ni Ezie dapat tempat pertama! Yeaay!!!

Kawan-kawan dah baca tak lagi cerpen yang Ezie karang tu? Kalau kawan-kawan nak baca, singgah lerr di ruangkaryaezie.blogspot.com ya? Post yang pertama adalah karya yang Ezie gunakan dalam pertandingan tu...

Ezie tak menjanjikan kawan-kawan terhibur membacanya tapi Ezie sekadar berkongsi. Ezie bukanlah penulis yang bagus. Masih banyak yang perlu dibelajar malah masih banyak rongak yang perlu ditampal.

Ezie hanya berkarya kerana hobi dan minat. Ezie suka bermain dengan ayat dan bahasa. Jadi kalau ada kekurangan maafkan Ezie ya dan harapnya sudi laa memberikan komen yang mampu membina Ezie untuk jadi lebih baik....

Sekian saja dari hamba ALLAH yang bernama Ezie Fazira, salam sayang penuh rindu, penuh bunga harum mewangi...see you soon!

Friday 16 August 2013

Pernah tak menghadapi situasi ini?

Asslammualaikum semua! Selamat sejahtera! Apa khabar? Harap sihatlaa hendaknya ya? Kali ini, Ezie nak tanya pernah tak anda semua menghadapi situasi seperti ini? Haa..nak tahu situasi yang macam mana? Meh laa teruskan bacaan anda ya?

Situasi 1

Anda berada di dalam tandas, pintu tandas dah elok-elok dah anda kunci. Tiba-tiba ada bunyi ketukan disusuli dengan soalan "ada orang tak?"

Pernah ke tidak? Hee...lain kali anda jangan laa jawab " ade" sebaliknya jawab laa macam ni "Tak ada orang, sekarang ni pun taik yang bercakap" =,=

Situasi 2

Jam telah pun menunjukkan angka 2 pagi, anda pulak tengah sodap-sodap tidur. Tiba-tiba hp anda berbunyi, dengan mata yang berat anda jawab telefon...rupa-rupanya kenalan anda yang telefon dan bertanya "wei, kau dah tidur ke?"

Jawab laa macam ni yer? "Pukul 2 pagi adalah waktu di mana mataku segar bugar mengalahkan burung hantu dan kelawar" halus je bunyi sindiran nye kan tapi mampu jugak nak buatkan orang sentap!

Situasi 3

Anda sedang berjalan menuju ke kedai makan. Terjumpa pulak kenalan di sana lalu dia bertanya kepada anda "eh? kau nak g mana ni?"

Chopp! Jangan jawab nak g makan (sbb dia sndri boleh nampak anda sedang berada di dalam sebuah kedai makan malah terserempak nya pun di dalam kedai makan) so, jawab je ape-ape yang sepatutnya...contohnya seperti ini...

"Aku...aku nak g johor. Boleh kan beli tiket kat kedai makan ni haa?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*Ini hanya gurauan semata-mata....hehe...peace =D
* Salam sayang penuh bunga daripada hamba,
* Ezie Fazira

Monday 12 August 2013

Sudi-sudi laa singgah ye?

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera ollz...

Rasanya masih tidak terlambat kalau Ezie nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang meraikan kedatangan syawal ya? Ezie nak mintak ampun kalau-kalau ade yang tersakit hati dengan Ezie ke, atau mungkin ayat Ezie terkasar ke, atau mungkin jugak Ezie ni membuatkan jiwa raga kome menggeledak ke, Ezie mintak maaf ya?

Anyway guys, Ezie buat blog baru! Blog ape? Haa...meh cnie datang dekat Ezie nak cerita....Seperti yang majoriti you guys sedia maklum, Ezie ni memang suka menulis (berimaginasi lalu menceritakannya dengan kaedah menulis)....dan atas sebab tu juga laa wujudnya blog kisah dongeng Ezie Fazira ni kan? Heee...tapi chop! Sekarang ni kita bukan nak bercakap tentang blog kisah dongeng tapi sebenarnya Ezie nak bercakap sekaligus memperkenalkan ruangkaryaezie.blogspot.com........

Apa yang ada di situ? Haa...inilah yang Ezie nak ceritakan! Bagi sesiapa yang suka membaca cerpen pendek, kome boleh laa singgah ke blog baru Ezie tu ya? Dekat situ Ezie akan muatkan semua karya Ezie (maybe majoritinya cerpen) atau mungkin Ezie akan selitkan jugak puisi... Ezie dengan senang hatinya nak share karya pendek Ezie (sharing is caring kan?) sebab Ezie nak tahu jugak tahap penulisan Ezie yang tak seberapa tu...nak tahu ape komen you ollz sume...so, feel free laa ya to drop some comments? =D

Ezie dengan rendah diri memohon kepada you guys semua untuk singgah ya? Jangan lupa komen tau... Ezie perlukan komen anda semua untuk Ezie perbaiki dan jadi lebih baik...=)
Selain tu jangan laa lupa follow Ezie sekali ya? Hehe...itu pun kalau anda sudi....(Ezie tidak memaksa) ikhlaskan hati laa ya...?

Akhir kata jangan lupa jenguk blog baru Ezie tu ya? Ezie promote sungguh-sungguh ni! Hahaha...jangan risau nak singgah, anda tak perlu bayar...jangan takut nak komen, Ezie tak marah...jangan teragak-agak nak follow, Ezie sentiasa terbuka hati menerima...=D

Sekian dulu ya awak yang comel? Ezie nak blah lu...jangan nakal-nakal nanti mak piat telinga baru tau....hee...=p


Feel free to visit ruangkaryaezie.blogspot.com
Feel free to comment
Feel free to follow
Ezie Fazira appreciate all very much
''\(^,^)/''

Wednesday 31 July 2013

Gara-gara belon Ezie tewas air mata!!!

Assalammualaikum and greeting to all.... Apa khabar kawan-kawan Ezie sekalian alam? Chewahh...hahaha!!! Ramai beno bunyik nyerr...

Anyway korang, tahu tak apa itu belon? Alaaa....tak kan laa tak tahu kot? Benda yang selalunya bulat warna-warni tu laa...tau tak? Hmm...kalau ada majlis atau party biasanya orang akan buat benda tu untuk hias...pendek kata benda tu seolah-olah membawa maksud kegembiraan... Hok aloh...dok tahu lagi? Ni haa...Ezie siap bubuh gambo dia ni haa....



Kenapa Ezie kata macam tu? Well, cer fikir....biasanya kalau ada majlis-majlis seperti majlis hari jadi, biasanya benda inilah yang akan ditiup dan digantung untuk dijadikan hiasan sebagai penambah kepada perisa suasana keceriaan...maklum laa dah warnanya pon berwarna-warni...kan? Cuba mai letak masa orang meninggal, mampuih la...bukan setakat tak sesuai malah dengan hang sekali kena tibai kang...mana tak nya hang dok macam meraikan kematian seseorang...seolah-olah engkau bergembira pulak! Nampak tak perbezaannya di situ? So, setuju ke tak bila Ezie kata belon ni mampu menaikkan semangat kegembiraan? (Ezie angguk-angguk sendiri).....

Nak dijadikan cerita (baru berlaku malam tadi, dunia realiti bukan fantasi)... Ezie punya group members tengah tiup-tiup belon untuk hiaskan booth yang akan digunakan exhibition bagi subjek Business in English yang Ezie ambik sem ni...

Ezie cuba berlagak cool dengan sedaya upayanya namun tidak jugak berjaya....kerana apa? Yes!!! It is because I am afraid of it!

Belon tu memang laa bulat, tak ada benda-benda tajam yang boleh mencederakan Ezie tapi rasa takut tu lebih menggila bila belon tu menjadi lebih besar dan besar.... Ezie sendiri tak pasti apalaa agaknya yang Ezie takutkan sangat-sangat tapi seriously, Ezie akan jadi takut bila mengenangkan bunyi letupan (pakkk!!!) yang kuat jika belon yang besar gemuk dan bulat itu meletup...

Ezie takutkan bunyi letupan? Yup! Ezie memang tak sukakan bunyi letupan sebab Ezie selalu terkejut mendengar sebarang bunyi letupan yang berfrekuansi tinggi (contohnya seperti mercun)....Pendek kata Ezie tak suka semua benda yang meletup-letup!

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan mengusik Ezie bila tahu Ezie asyik melarikan diri dari booth kami malah tak datang dekat sebaik saja belon pertama ditiup. Usik punya usik, entah macam mana tengah Ezie merenung belon yang bulat membesar tu, tiba-tiba salah seorang ahli group menyergah (dengan kuat) menyebabkan Ezie terkezut tahap maksima (apatah lagi masa tu tengah merenung belon!)

Tanpa dapat dikawal, Ezie mula menangis! Argh! Seriously, Ezie sendiri pun tak percaya! Ezie menangis di depan kawan-kawan kerana sergahan ahli group yang pada awalnya hanya untuk mengusik Ezie yang terlampau takut dengan belon. Tapi tak sangka pulak jadi macam tu!

Cengeng jugak Ezie ni rupanya! Malu? Tok sah katalaa kan sebab muka ni memang dah tebal 5 inci dah pon...mana tak nya...ada soalan yang berbunyi seperti "Why she is crying?" then the answer pulak macam ni "She is afraid of the balloons...we keep making fun of her about it..."

Ada jugak kawan-kawan yang memang dah tahu tahap ketakutan Ezie dengan benda alah tu, terharu jugak bila diorang kata "Wei, jangan bagi belon dekat Ezie...dia fobia benda bulat ni..." and bila Ezie nangis diorang mula memujuk...thanks korg! Korg memang betul-betul buatkan Ezie feel better.... :D

Lain kali, kepada sesiapa yang tak tahu tu...sebelum Ezie mula menangis akibat diusik (usik tu jangan melebih)...Ezie x pernah menipu bila Ezie kata Ezie takutkan sesuatu...Ezie rasa mesti masa malam kejadian ni diorg tak anggap Ezie serious sangat kot sebab kat luar sana ramai jugak yang takutkan belon but maybe tak sampai macam tahap Ezie....

Friends, Ezie pernah suka belon suatu ketika dahulu (of course waktu kecik) sampaikan Ezie tak boleh berpisah langsung dengan belon but satu incident tu telah merubah semuanya... tengah syok tiup (kecik lagi saiznya macam buah mangga) tiba-tiba belon tu meletup dan menyebabkan bibir Ezie pecah dan berdarah...Sakit? Tok sah cerita laa kan?

Ezie rasa semuanya bermula dari situ kot... Ezie pernah jugak nak overcome masalah fobia ni tapi tak boleh... Ezie takut dan tak kuat nak menyentuh benda alah tu lagi... walaupun belon tu berwarna-warni dan cantik, walaupun mampu melahirkan suasana yang lebih ceria....

Dulu kawan Ezie pernah kata, Ezie ni pelik sebab takut pada benda yang berwarna-warni... Haaa...kenapa dia kata macam tu? Well, sebab Ezie pun ketaq bila tengok badut dan custom (orang yang pakai custom panda ke rimau ke)... Even Ezie tahu yang badut tu orang and custom tu jugak dipakai oleh orang, but its looks very creepy! It's scary! Badut tersenyum lebar sampai ke telinga, seriously amatlah menakutkan! Make up nya yang terlampau berwarna-warni membuatkan Ezie gerun! Ezie pon tak tahu kenapa orang lain sukakannya padahal badut tu nampak menakutkan sangat-sangat! Custom pun macam tu! Dah laa besar semacam...asyik tersenyum pulak lepas tu cara jalannya, caranya menyentuh orang....argh! Menakutkan!

Ezie tak kisah kalau dilabelkan sebagai penakut as long as Ezie happy! Biarlaa orang kata heroin dalam cerita dongeng tak mungkin takut pada benda yang remeh seperti di atas sebabnya watak itulah yang nantinya berhadapan dengan ahli sihir jahat, raksaksa ganas atau mungkin ular tedung jadian! Tapi maaflah ya, barangkali ceritan dongeng Ezie ada kelainan berbanding dengan cerita dongeng yang lain.

Ahh...peduli apa? Kisah dongeng Ezie so suka suki Ezie je laa nak buat macam mana kan? Hahaha... itu barulah dikatakan kreatif! (ahaks..kreatif laa sangat!)

Okay semua.... Ezie nak blah lu... sudah sampai masanya untuk Ezie pergi berhadapan dengan ahli sihir jahat (dedebu bilik yang minta disapu / dilap) heee...maklum laa...raya dah dekat, sebelum balik ke kampung tu, bilik di kolej ni kenalah kasi bersih dlu...supaya nanti bila balik ke rumah, kita dah tak fikirkan sebarang debu di kolej...(erk? sebarang debu? buat apa nak fikir?) :3  <--- diri sendiri pon heran....


Thursday 25 July 2013

Move on kita dah besar!!!

Assalammualaikum w.b.t semua...selamat sejahtera dan moga selamat-selamat semuanya...

Ingat lagi tak post Ezie yang lepas iaitu RAMADHAN DAN BAZAAR? Haa...bukan ke Ezie kata Ezie nak p bazaar sebab tak pernah pergi sepanjang bulan puasa ni kan? So, dengan senang hatinya Ezie pun membuat keputusan untuk pergi menjenguk sendiri bazaar ramadhan Tanjung Malim....

Sebenarnya kawan-kawan, post Ezie kali ni ade kaitan dengan post minggu lepas iaitu berkenaan Ezie pergi ke bazaar ramadhan...Baiklah, biar Ezie mula bercerita supaya kome sume lepas jelas dan clear untuk memahami isi yang tersirat dan tersurat...

On that Saturday sunny day, Ezie membuat keputusan sebulat hati untuk menjenguk ke bazaar ramdhan di pekan Tanjung Malim memandangkan Ezie memang nak ke pekan so apa salahnya kalau menjejakkan kaki ke bazaarnya sekali kan?

After that, Ezie punyalah bersemangat pusing-pusing sekitar bazaar + pasar malam sekali gus! Tengah syok ronda-ronda tu, tiba-tiba Ezie bertembung mata dengan seorang lelaki...(pergh! Dah macam dalam movie plak dah...!!! ) Sebenarnya kitorang berselisih dan hampir berlanggar so atas sebab itu Ezie terpandang dia dan dia pon terpandang Ezie...

Opss!! Jangan salah faham dulu, walaupun dah macam dalam movie tapi tiada rasa cinta yang berputik ya? hahaha!!! Sebenarnya Ezie pandang dia lama sebab Ezie kenal dia. Budak lelaki tu dulu satu sekolah dengan Ezie so tidak dapat Ezie nafikan di hati ni memang suka giler kot sebab jumpa teman satu sekolah...maklumlah Ezie terpisah jauh dari kawan-kawan selepas SPM hari tu...mereka semua masih berada di Sarawak (UiTM & Politeknik).....Hanya Ezie je yang terpelanting ke bumi Tanjung Malim so tak hairanlah kalau Ezie suker giler terjumpa orang yang Ezie kenal, dah laa satu sekolah satu Tanjung Malim pulak tu, ditambah lagi dengan satu Malaysia....hahaha!!! (berapa banyak satu daaa)

Ehem!!! Okay, jom kembali kepada landasan cerita yang telah tersasar ckit tadi...Bila Ezie tengok dia dan Ezie kenal dia, mulut ni terasa ringan nak menegur "Eh? Kau pun belajar kat Tanjung Malim ke? Sebelum ni tak pernah jumpa pun? Ezie dah masok tahun ke-2 di bumi Tanjung Malim ni daa..." tapi semua tu tak terkeluar pon dari mulut Ezie sebabnya lidah terkelu!!!

Bukannya kelu sebab terkena penangan hangat cinta ya tapi sebab muka dia yang terlampau brutal. Tanpa secalit senyuman pon! Gayanya macam nak telan Ezie hidup-hidup je! Ezie tahu laa dia puasa tapi tak payah laa sampaikan Ezie ni pon nak dijadikan santapan buka puasa. Ezie pon puasa tapi tak terfikir lagi nak bukak puasa dengan meratah manusia, tetap jugak nasik yang jadi pilihan hati tapi dia....

So, Ezie pon blah...barangkali dia masih berdendam kat Ezie...well, dendam apa? Haaa...dulu masa sekolah dia tu ade la nak merisik khabar bertanya berita tapi Ezie pulak menolak lembut hati berpunya...(masa tu kecik lagi...baru f.4 - f.5) Masa tu Ezie memang selesa bersahabat dengan dia tapi tidak pula menyimpan rasa dan Ezie pon tak tahu yang dia ada rasa cinta tu untuk Ezie...

Sejak tu dia buat Ezie ibarat musuh....ish3!!! Macam budak-budak kan? Masa tu persahabatan pon takde daa... semuanya kerana perasaan yang terselit istilah cinta....Dulu dia bestfriend Ezie, depan dia Ezie boleh jadi apa pon...selesa sangat tapi disebabkan oleh luahan perasaan itu, Ezie jadi kekok gak dengan dia daa...terasa lain plak bila dah tahu....tapi Ezie tetap try tegur, borak dan sbgnya...sama seperti sebelum luahan perasaan berlaku...

Tapi dia tak dapat terima...dia marah dan mungkin berdendam... Masa tu Ezie takde laa ambik kisah sangat sebab masing-masing masih tak matang...baru budak sekolah menengah laa katakan... Then tak sangka pulak sekarang ni pon dia masih berdendam ke? dah 2 tahun kot benda tu berlalu...

Oh...tolonglah...move on laa ok? Kita dah besar...kalau dulu kita pernah bercakar bergaduh pon just move on ok? Hidup ni terlampau singkat untuk menyimpan dendam...tak ada gunanya berdendam pon..betul tak? Enjoy hidup ni...cipta laa kawan sebanyak yang boleh...nanti bila kita pergi, banyaklah sedekah yaasin atau paling kurang pon alfatihah yang kita terima...

Alahai...honestly, Ezie kecewa sangat sebab orang yang Ezie anggap kawan maseh membenci gara-gara cinta...adoihh...rumit tak cinta? Hahaha....kenali erti cinta sebelum terjun ke dalamnya...cinta itu sesuatu yang suci tapi dicemari oleh kita (insan yang bercinta) ....

Tolonglaa...walaupun di luar sana tu ada ex or maybe bekas-bekas kekasih anda semua...tapi tak semestinya lepas berpisah tu kita kena buat macam musuh...ingat tak dlu depa la yang hang syg...dok puja2...tak semestinya bila dh berpisah mesti jd musuh...kawan tak boleh ka?

Alahai...move on la...tak kan laa sampai ke tua macam tu? Kalau ade 30 orang ex so maknanya sampai ke mati pon 30 org tu yg dibenci? Yuhuu...come'on lerrr.....hadoi2....move onnnnn...move onnn!!!!

Tuesday 16 July 2013

Ramadhan dan Bazaar?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...
Bersua lagi kita pada kali ini...

Wah...sedar tak sedar sudah seminggu kita dengan jayanya menunaikan puasa! Bercerita tentang puasa, mesti ada bazaar Ramadhan yang akan dibuka khas buat semua, betul tak?
Ada tak sape-sape yang wajib/mesti pergi bazaar Ramadhan tiap2 hari? Atau mungkin jugak yang pergi selang-selang sehari je? Isnin pergi tapi selasa tak then rabunya pergi lagi...hehehe....mesti macam-macam karenah yang ade kan?

Mana tak nya, perut tengah lapar tekak tengah haus, tengok tu tengok ni rasa macam semua nak beli, betul tak? Well, itu namanya nafsu semata-mata. Syaitan memang tak ada bulan baik macam ni tapi Syaitan dah tinggalkan wasiat dah kat nafsu supaya meneruskan misinya...so kena laa pandai kawal nafsu ya?

Oh ya, sepanjang seminggu dah kita berpuasa ni kan...Ezie tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana (bazaar). Setiap hari Ezie hanya akan lalu je kawasan bazaar tu (sebab memang tak boleh nak singgah pon)....keinginan nak ke sana memang ada laa jugak sebab Ezie rasa macam rugi je kalau tak rasai suasana yang julung kali ada tu...dah laa kat tempat orang so rasa macam rugi sangat tak experience yang macam tu kat tempat orang...maklum laa lain tempat lain situasinya/keadaanya...betul ke tidak? So, ade tak sape-sape yang berkongsi nasib yang sama macam Ezie? Cer share sikit....nak tahu gak korang makan ape mase berbuka? bangun sahur ke tidak? Makin besar ke belanja yang keluar masa bulan Ramadhan ni? hahaha....

Insyaallah, sabtu ni nanti Ezie akan keluar ke pekan dengan the gurls yang selalu di samping Ezie tu (yeayy!)...sekaligus boleh laa pergi ke bazaar ramadhan sekali...tengok apa yang ada kat sana, mahal ke murah, nampak sedap ke tidak, sedap ke tidak dan sbgnya...

Apa yang berlaku masa hari tu nanti? Well, just wait and see sebab Ezie sure sangat mesti ada perkara menarik yang akan berlaku...(hrpnya begitulah ye?) Nanti Ezie akan ceritakan semuanya dalam kisah dongeng ciptaan Ezie ni then boleh laa kita nilai yang mana lebih indah...hehe...

Sampai di sini dulu ya coretan hamba yang tidak seberapa....sekadar berkongsi rahsia di hati...haha...assalammualaikummmmm!!!

Sunday 14 July 2013

Tak sahur bukan alasan untuk tidak berpuasa ya....

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1 malaysia, salam perpaduan dan salam menyalam antara 1 sama lain...

What? Tajuk post kali ni lain macam ke? Heee....sebenarnya Ezie nak share 1 kisah yang mana kisahnya bukanlah ciptaan dongeng semata tapi kisahnya betul-betul ada! Ini bukan cobaan ini betul-betul kejadian! Berlaku lebih kurang beberapa tahun yang lalu (masa tu Ezie baru f.4)

Pada suatu hari, sang kancil dan kura-kura...eh? Er....sorry! Sorry! Salah cerita pulak yang masuk! HAHAHAHA! Okay, now kita serius ek?

Adelah satu hari tu, seorang sahabat ni dia tidak berpuasa...disebabkan dia perempuan Ezie takde laa hairan tahap melampau bila tengok dia selamba je dok makan...almaklumlahh dah namanya perempuan, ada hari cutinya sendiri kan? (if you know what I mean...Heee)

So, Ezie pun dengan selamba hanya berlalu begitu saja (tanpa kisah sangat dgn sahabat tersebut yg tgh menyumbat makan) Tapi apa yang menghairankan Ezie ialah dia dengan selambanya menghampar sejadah dan menyarungkan telekung.

Ezie pulak tanpa sempat ditahan mulut ni terus bertutur. Bunyiknya lebih kurang macam ni laa..ehem ehem..." Er...Ju (bukan nama sebenar) awk ni tengah cuti ke tak?"

Barangkali agak aneh dgn soalan yang diajukan, yelah masakan tidak dh terang-terang dia pakai telekung hampar sejadah nak tanya apa lagi kan? Tapi Ezie pelik bukannya apa sebab baru tdi Ezie tengok dia terang-terangan makan. Dia pun menjawab dengan kerut yang penuh di dahi "Mana ada sy cuti zie...kenapa tanya?"

"Owwwhh....(hanya itu yang terkeluar dari mulut, nak tanya lebih-lebih takut pulak terguris hati si sahabat. Sensitiviti hati dia kita manalah tahu 100%)

"Zie, hairan tengok sy makan ke?" soalnya lagi seolah-olah dia tahu apa yang Ezie fikirkan! Huihs...dasyat tak?

Ezie hanya tersenyum. Angguk pun tak geleng pun tak. Ezie yakin dia faham maksud tersirat disebalik sebuah senyuman manis yang diukirkan...hahaha...werk...manislaa sangat...hee...

"Tadi sy tak sahur sebab tu sy tak puasa." jelasnya tanpa dipinta. Ezie sekadar tersenyum dan berlalu pergi.

Hati dan fikiran mula berhubung antara satu sama lain. Tak sahur sebab tu tak puasa? Itu je ke alasan yang diberikan? Ezie langsung tak setuju pun dengan alasan tu...pagi tu pun Ezie tak bangun sahur sebab tak dengar bunyik alarm (maklumlaa tdo mati laa katakan) tapi tak terfikir pulak tak sahur sbb tu tak nak puasa....

Bagi Ezie Ramadhan adalah sebuah bulan yang ajaib sebabnya walaupun Ezie tak sahur tapi gastrik tak pernah datang menyerang (well, alhamdulillah)....kalau hari-hari lain Ezie lambat beberapa minit je pon dari masa makan yang sepatutnya, mesti gastrik bukan main lagi lincah dan ligat menjalankan tugasannya...

Well, Ezie tak berani nak kata apa...mungkin lain orang lain yang dijumpanya...maklum laa lain orang lain dugaannya...tak gitu? Hmm...sampai sini je la ye? Ezie nak mengundurkan diri dan menghilang sebentar di sebalik kepekatan malam..hehe...tido pon sodap ni...hahaha

Daaa semua...ingat ya? Tak sahur bukan alasan untuk tidak berpuasa...tak bangun sahur tu adalah dugaan kecil dalam bulan Ramadhan ni...ada faham? Hee...

Ezie akhiri post kali ni dengan harapan kawan-kawan Ezie yang bergelar Islam semua ni tak akan pernah goyah ya? Ezie harapkan korang semua dapat meneruskan ibadah korang sekaligus menambah pahala dan meningkatkan keimanan dalam diri tu...

Sekian je, salam Ramadhan penuh keinsafan daripada hamba ALLAH yang bergelar Ezie Fazira! Jumpa lagi InsyaALLAH...assalammualaikum....><