Wednesday 20 November 2013

Lidah itu bahaya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Bersua lagi kita pada kali ni...
Dengan entry yang baru and of course topiknya pun mestilah baru...
Alhamdulillah masih lagi bernafas ya?

Kali ni Ezie nak bercakap tentang lidah...
Yang sememangnya lembut tidak bertulang...
Tapi awas kerana selembut-lembut lidah...
Ia mampu menusuk perasaan, merobek jiwa dan menghancurkan sekeping hati...!!!

Okay, let we see...
Pernah dengar tak " kerana lidah badan binasa"?
Persoalannya kenapa?
Haa... ini sebabnya kata-kata yang dilenggokkan dan dialunkan oleh lidah itu
Memberi kesan ke atas diri kita mahupun kepada mereka yang ada di sekeliling kita...
Err...faham tak?

Baiklah biar Ezie sertakan satu situasi...
Bila kita berada di tempat public...
Hmm... contoh mudahnya di restoran ya?
Bila waiter salah ambik pesanan
Lidah pulak sesedap rasa mengadun patah-patah perkataan
sebelum memuntahkannya dengan secukup rasa...
contohnya seperti ini " Hoi vangang! Tadi gua order lain bukan ini! Gua tau laa lu macam badak tapi tak sangka pulak gua telinga lu pun pekak macam badak!"

Huish...!
Apa komen anda? Kurang ajar ke tidak tu?
Haa... kerana lidah yang seperti itu laa badan menjadi mangsa...
Kita tak tahu waiter tu macam mana orangnya...
Kalau dia pun jenis yang baran...
Mahu nya anda dah lunyai di wrestling dek waiter...
Semuanya kerana apa kalu bukan kerana lidah tadi tu?

Guys, kerana lidah jugak bukan hanya badan kita yang boleh binasa
Orang lain pun sama tau...!!!
Nak tahu macam mana boleh jadi macam tu??
Well, begini keadaannya...
bila anda memutar-belitkan sesuatu
atau boleh jugak kita sebut sebagai FITNAH

Contoh situasinya begini...
" Pea'ah, si Poet tu beranak je reti tapi tak reti jaga anak! Di bioor nye anaknya sakit. Bukannya reti nak bawak p sepital sana tuu!"
Padahal sebenarnya si Poet tu dah bawak dah anak dia pi sepital
But masih menemui jalan buntu...

Contoh lagi...
"Malam tadi aku tengok si Meon pegi umah si Muir memalam buta! Gay ke hape budak dua ekor tu?"
Hek eleh... tu pun kecoh?
kot-kot depa 2 tengok bola ke... Main playstation ke...an???
Kerana lidah sudah menyebut "GAY"
Tak mustahil orang akan tertelan kata-kata itu
dan mula mempercayainya...

Guys masalah lidah ni nampak macam remeh
tapi sebenarnya amatlah berbahaya...
Manusia boleh berperang sesama mereka...
Malah sesuatu kaum boleh runtuh kerana lidah...

So please!
Peliharalah lidah anda supaya bila di akhirat sana nanti...
Lidah anda akan memelihara anda juga...
Kerana pada masa itu nanti lidah akan berkata-kata...
Menjadi saksi kepada semua yang pernah diucapkan...

--- Allahualam ---

Dunia oh Dunia!

Assalammualaikum semua...
Dan....
Salam sejahtera, Salam Sayang serta Salam menyalam... ^,^

Agaknya sudah berapa lama kita tidak bersua ya?
Hmm... maaflah semua ya sebab Ezie busy sikit...
Maklumlah semester ini baru bermula...
So, paham-paham laa masih kalut sikit ya?
Hohoho... ^o^
Sebenarnya Ezie kalut nak carik butang on/off mode study Ezie ni haa..
Kihkihkih...!!! (Masih mode cuti lagi ni) 

---HOMESICKNESS---

Ehem-ehem....!!!
Lupakan tentang mode cuti Ezie tu...okay?
SO... meh kita pergi ke perkara yang seterusnya...
Sebenarnya teman-temanku yang cantik manis ayu jelita serta handsome macho kacak bergaya sekalian...
Tujuan Ezie mengetuk-ngetuk papan kekunci ini bukanlah untuk berkongsi tentang cuti semester Ezie...

BUT...

Ezie nak share tentang satu perkara...
Yang sedari haritu lagi dah berlegar-legar dalam kepala nih...
Hmm... macam mana nak mula ek?
Hmm... Okay!

Sekarang ni kita tinggal dalam sebuah planet ( BUMI ) yang indah...
Dan dalam planet ni macam-macam ciptaan ALLAH yang boleh kita tengok...
Sebagai contohnya kita sendiri ( MANUSIA )...
Contoh lainnya pulak macam tumbuh-tumbuhan dan haiwan...
Malah dari planet ni jugak kita boleh tengok matahari dan bulan...
Yang letaknya diluar planet iaitu nun di galaksi sana...

Hebat tak ALLAH?
Hmm... but kerana janji syaitan untuk menyesatkan anak cucu ADAM...
Ada makhluk ALLAH yang telah dikurniakan akal...
Untuk berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara...
Tewas juga dengan godaan Syaitan Laknatullah...
Ini kerana syaitan itu kreatif!

Pelbagai kaedah akan digunakannya untuk menyesatkan kita...
Pelbagai idea baru akan difikirkan sekiranya cara lama tidak berkesan...
Iman yang dibina sedaya upaya cuba untuk diruntuhkan...
Hati yang bersinar sedaya upaya cuba digelapkan...

Kalau kita tengok di sekeliling kita pada hari ini...
Nilai dosa dan pahala seolah-olah semakin sikit malah...
Perkara wajib juga sudah tidak menjadi "wajib"...
Kita semakin hanyut dalam dunia yang indah ini...
Dunia yang penuh dengan hiburan, keseronokkan dan kemewahan...

Ezie akui iman di dada tidak tinggi malah lagi masih goyah...
Godaan syaitan juga masih lagi tidak mampu tertepis...
Dan kerana inilah Ezie mula terfikir...

Ini baru sikit ciptaan Allah yang Ezie lihat...
Ini baru DUNIA belum lagi SYURGA...
Malah bau syurga pun tak pernah hidu!
Tapi walaupun hanya DUNIA  tetap juga diri ini hanyut...
Kerana DUNIA ini begitu indah dan seronok!

- R A S A N Y A -

Kita  sendiri tahu bahasawanya SYURGA itu jauh lebih indah dan seronok dari DUNIA...
Tapi terlampau payah untuk menidakkan DUNIA...
Betul ke tidak?

Teman-teman chomel sekalian...
Bagaimana jika kerana DUNIA kita hilang SYURGA?
Astagfirullah!!!
Mintak dijauhkan...!!!

*Tepuk dada tanya selera... mau dunia atau syurga?*

<Terasa tak layak untuk syurga tapi tak sanggup menahan seksa api neraka>
__('_')__