Monday 20 January 2014

Jangan Salahkan Tudungku

Assalammualaikum semua... =)
Bagaimana hari-hari anda?
Ada baik? Ada bagus? Muka ada manyak senyum ke tak?
Hahahaha!!! Alhamdulillah jika ada semuanya ya?
Tapi kalo yang tak ade tu pun x pe...
Jangan wat muke ketat...
Tak semua yang kita rancang itu berjaya...=)

Jangan salahkan tudungku?
Eh, apa yang Ezie cakap ni?
Adakah Ezie merapu ataupun mencarut??
Ataupun barangkali jari jemari Ezie tersalah taip?
Apa yang Ezie maksudkan dengan tajuk entry kali ini?

Haaa...begini kisahnya...
Biarlah Ezie berceloteh bagi memastikan kawan-kawan faham...
Dan juga bagi memudahkan kawan-kawan untuk digest ya?
Maklumlah...berbicara dengan bait-bait perkataan di alam blog ini...
Agak lain bila face to face...=)
Dalam blog x leh nak interrupt langsung...
Kalo x paham x leh nak angkt tangan dan tanya...
HAHAHA XD

Begini ya semua kesayangan Ezie...
Jika seorang perempuan (HAWA) bertudung (biasa)...
Buat perangai tak senonoh/tak elok..
contohnya dating touching sana sini...
Mesti ada yang akan kata...
"Kepala bertudung pun tak guna, buang jee laa tudung tuu..."
Atau seorang perempuan (HAWA) yang bertudung labuh...
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh, perangai macam @#$^*

Kawan-kawan nampak tak apa kesilapan kedua-dua HAWA ini?
Mesti nampak sangat-sangat kan?kan?
Yang pertama dia bebas touching sana touching sini
Yang kedua perangai dia macam @#$^*
Rasanya memang sudah terang dan perlu nak bersuluh daa...kan?

Tapi kawan-kawan nampak tak masalahnya di situ?
TUDUNG...itulah isunya...
"Kepala bertudung pun tak guna"
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh"
Guys...kenapa tudung?

Kenapa harus tudung yang dipersalahkan?
Kenapa bila ada seorang HAWA perangai bebas tapi bertudung...
Lalu ada yang kata lebih baik x payah bertudung?
Pernah tak terfikir sekurang-kurangnya dia cuba untuk bertudung...
Walaupun dia tidak menjaga hubungannya...
Jangan laa kita marah tudung yang menutup kepalanya itu...
Orang kata buat malu agama "ISLAM"
Tapi bila orang ISLAM yang freehair bergaul bebas...
Tak pulak banyak yang komen atau komplen...
Kenapa ya?
Bukankah bertudung itu lebih baik?
Memang perbuatannya masih salah dan haram...
Tapi sekurang-kurangnya dia terlepas satu dosa...
Sekurang-kurangnya kepala dia selamat daripada menggelegak...

Janganlah kata lebih baik tak payah bertudung kalau perangai macam tuu...
Doakanlah yang terbaik untuknya...
Kita sendiri boleh nampak perangainya dah memang tak baik..
Dah tuu kenapa kita nak suruh dia burukkan lagi perangainya?
Astaga!

(WALLAHU'ALAM)

Begitu juga dengan mereka (HAWA) yang bertudung labuh...
Guys, jangan salah faham ya?
Bertudung labuh bukan bermakna mereka sempurna imannya...
Tidak juga bermaksud mereka ini bebas dari dosa...
Jangan lupa satu perkara ya?
Mereka juga masih manusia...
Masih tidak pasti syurga atau nerakanya...

Bila pemakai tudung labuh buat salah...
Terus dikata harapkan tudung saja labuh...
Ish, jangan salahkan tudungnya...
Tudung itu tak salah...
Pemakainya yang khilaf dia yang salah...
Tapi jangan pernah kata...
"Pakai tudung labuh pun tak guna, perangai busuk memang tak leh sorok"

Hurmm...jangan ya? jangan dan jangan sesekali..!!!
Kerana ramai yang assume org yang bertudung labuh...
Adalah antara mereka yang tinggi iman...
Tapi adakah kita tahu?
Barangkali mereka terbuka untuk bertudung labuh...
Kerana tahu perangai memang x elok..
Jadi dengan bertudung labuh, akan mengingatkan mereka tentang hal lain...
Contohnya dari segi pemakaian...
Tak dak pulak yang bertudung labuh pakai pakaian (BAJU/SELUAR) ketat melekat kan?
Barangkali kerana mereka sering lupa...
Maka mereka gunakan kaedah ini untuk mengingatkan diri tentang perintah ALLAH
untuk menutup aurat seorang HAWA...
Maklumlah umat sekarang berpakaian tapi telanjang...

(WALLAHU'ALAM)

Jangan judge orang lain dengan buruk/busuk
Doakan kesejahteraan mereka walaupun yang salah/khilaf
Kerana kita semua hanyalah manusia biasa...
Tak dak pon sorg antara kita adalahTUHAN...
Jadi beringatlah...
Ezie ada kawan yang ingin bertudung labuh...
Tapi takut kerana imannya tidak tinggi...
Lalu menyatakan bahawa dia tidak layak untuk menyarungkan tudung itu ke kepalanya...
Padahal tudung itu hanyalah sekadar sehelai tudung...
Bukannya membawa pangkat atau nama...
Hurmm.... =(
So sad....kan?kan?kan?

Monday 13 January 2014

POSITIVE kerana jatuh cinta!!! (PART 2)

Assalammualaikum!!!
Salam sejahtera dannnnn....
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam!!!

Haaa...agak lama Ezie menyepi dan berdiam diri?
Iya dok?
Agak-agak ada tak yang menunggu next post dari Ezie ya? =)

*Ahakss...malu saya!! Perasannya diri ini!!!*

Ehem-ehem...!!!
Berbalik kepada last post...
Kita bercakap tentang positifnya jatuh cinta...
Di mana Ezie kata kuasa jatuh cinta tuu hebat...
Yang mana mampu menukarkan sotong jadi putera...
juga mampu menukarkan putera jadi duyung...
Hahaha...

Kalau kawan-kawan shomel sekalian ada baca tentang last post..
Pasti kalian dpt catch up post yang satu ini...
Sebenarnya guys bukan senang kawan Ezie nak berubah jadi Putera terakhir tu...
Cemuhan dan lemparan kata cacian tuu adalah hidangan setiap hari...
Antaranya ialah....

"Tak pakai make up ke hari ni?"
"Tak pakai skirt pendek ke?" -_- walaupun hakikatnya dia memang x pernah pakai pun skirt pendek!
"Awww...aura keperempuanan kau masih kuat laa you!"

Dannn...banyak lagilah!!!
Ada jugak yang bising macam langau walaupun dia sudah berubah
Dannn....
Kemucak bagi cemuhan dan lemparan kata cacian ini dia terima bila dia dah nak kawen...
Depa kata kat dia...

"Mampu ke nak bagi anak kat bini ko tuu nanti? Maklum laa selama ni ko tuu kan pmpuan"

"Eh, siapa yang akan beranak nanti? Engko ke bini ko? Kompius aku!"

Dannn ade lagi yang lebih kejam...
Tak sesuai rasanya untuk ditulis di sini...
Tapi kerana CINTA dia lahir sebagai insan yang baru...
Mengambil kata2 keji sebagai 1 cabaran untuk jadi lebih baik...
Dia positif kerana jatuh cinta guys...
Dan kerana cinta dia berjaya keluar dari dunia gelapnya!

Guys...sebenarnya Ezie bukan sengaja-sengaja nak bercerita pasal dia nih...
And Ezie tahu korang bukannya kenal dia pun...
Tapi Ezie nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak boleh?

Biasanya bila spesis nyah lalu depan mata...
Apa yang korg fikirkan?
Jijik? Geli? Menyampah?
Pernah tak terfikir apa akan jadi dgn hidupnya jika dia terus begitu???
Pernah tak terlintas untuk mendekati mereka?
EH...jangan pulak saja2 nak dekat dgn mereka semata-mata nak jadi macam mereka!!
Tapi bawaklah mereka keluar dari dunia itu...
Sesungguhnya kita x tahu..
Mungkin pada mereka itulah dunia bagi mereka..
Kerana mungkin matanya sudah dikaburkan oleh syaitan...

Dalam dunia ini...
Ezie rasa semua MANUSIA itu adalah baik...
Tapi SYAITAN laa yang menjadikan mereka jadi sebaliknya...
Kerana SYAITAN akhirnya MANUSIA membenci sesama sendiri...
Kerana SYAITAN akhirnya ada NYAWA terbang melayang (BERBUNUHAN)...
DAN kerana SYAITAN jugaklah mereka tersasar dari landasan hidup yang sebenar...

Memang...
Bukan senang hendak membawa masuk semula manusia-manusia yang tersasar dari landasan...
Sama laa jugak dengan keta api...
Ingat senang ke nak bawak keluar kereta api yang tersasar dari  landasan tuu??
Tapi kerjasama itu penting untuk memastikan sesuatu kejayaan...
Kalau sorang je yang try keluarkan keta api tusementara yang lain dok tengok saja...
Memang sah laa tahun dpn pon tak dapat!!!

Begitu juga laa dengan manusia yang khilaf...
Janganlah hanya seorang saja yang berdiri di sebelah mereka...
Sementara yang lain dok mengata dari kiri kanan depan belakangnya...
Kerana dia pasti akan berasa GELAP
Tiada sinar untuk berubah kerana dunia seolah-olah membencinya...
Bantulah mereka...
Sesungguhnya mereka ini hanyut di lautan dunia..
Mengharapkan ada tangan-tangan lain yang akan menggapai tangan miliknya...
lalu membawa keluar dia dari lautan menuju ke pantai...

Wallahu'alam....