Saturday 30 March 2013

Kawan-kawan jom gelak luuu.....

Assalammualaikum and greeting to all...hmm...agak lama jugak Ezie menyepi tanpa sebarang post sejak menjejakkan kaki ke negeri kelahiran Ezie ini ek? Sedar tak sedar dah hampir seminggu Ezie meninggalkan tanah semenanjung...tak terasa masa berlalu!!!

Sepanjang cuti ni, Ezie asyik melepas gian kat dapur...Eh? Melepas gian? Gian ape pulak ni ekk? Haha...dah bukan melepas gian kat dadah ke hape...tapi cooking!!! Seriously sepanjang kat kolej, Ezie tak leh nak masak sebab peraturannya memang dah di set kan macam tu...(Ezie ni ikut rules orgnyerrr...kihkih)....so, sampai je rumah, Ezie pun lepaskan gian dengan memasak untuk dijadikan santapan buat keluarga tersayang...atas sebab tu laa Ezie jarang post akhir2 ni....Ezie selalu busy...maklumlaa dh jadi tukang masak sekaligus merangkap kepada bibik separuh masa...HAHAHA!!!

Ezie selalu bersemangat bile time masak, tp lepas daripada tu Ezie akan jadi selemah-lemah manusia...(kononnya penat laa sangat!) So, bagi menghilangkan penat Ezie tu, Ezie baca laa ckit lawak yang Ezie jumpa kat buku ataupun internet...

Meh laa cnie Ezie ade kongsikan sedikit sebanyak ni haa...meh la baca & gelak sesama yer? Semoga penat anda semua pun hilang dibawa terbang bersama gelak tawamu yang ceria..ok? orait? (^,^)



Caller : Hello. May I speak to Annie Wan (anyone) ?

Operator : Yes, you may speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone).

Operator : You are talking to someone. Who is this?

Caller : I’m Sam Wan (someone). I need to talk to Annie Wan (anyone). It’s urgent!

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone. But what’s this urgent matter about??

Caller : I need to tell Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one) has involved in an accident. Noel Wan (no one) got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital.
Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look! If no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lie (sorry) :­­)

Wednesday 20 March 2013

Final Exam dah p Cuti Sem plak dah mai....!!!

Hello....hello...hello....wahhh....meriah giler laa suasana di luar dewan peperiksaan tadi pagi. Masing-masing senyum sambil tayang gigi...semuanya nampak ceria dan gembira. Sebenarnya semua tu terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama, sebab exam dah habis (tadi last paper)...Faktor yang kedua, sebab cuti sem dah bermula...(the end of sem 2--->for me) dan faktor yang ketiga da kaitan dengan faktor yg kedua iaitu kalau cuti sem dah bermula maka secara rasminya masing-masing boleh balik kampung!!!

\(^,^)/ Yeeeeeeeaaaaaayyyyyyyyyyyyy!!!!

Well opkoz lerr Ezie pun x ketinggalan menikmati suasana yang berbahagia ini. Ezie pun akan balik ke tempat kelahiran BUMI KENYALANG gak sabtu ni nanti (23hb Mac 2013)....heee...tak sabar rasanya nak terbang ke Sarawak selepas menghabiskan selama 6 bulan di tanah semenanjung ini...

Home Sweet Home! Atas sebab itulah Ezie x sabar nak balik....excited dah ni haa...baju, baldi semua Ezie dah packed siap2...bagasi nak bawak balik pun dah padat dan berat dek baju2...(gaya macam orang nak balik terus jer...) Hahaha...

Cuti sem? Hmm...nak buat ape ek? keje sambilan ke? Hmm....tapi gaji kat tempat kediaman Ezie tu kecik jer...maximum RM500 per month....but majority RM300 jer...kalo keje pun  just dapat RM600 (tu pun kalau Ezie x belanje kan duit tu...kot-kot manalah tau nak advance ngn boss...) hee...

Arghh...ape2 je laaa...yang penting Ezie kena jejakkan kaki ke bumi kenyalang lu sebelum rancang apa2 plan...or maybe I will get my 1st planned go success...hehe..plan ape? Haaa...ape lagi kalo bukan Program Kurus melalui senaman Ezie Fazira! (^,o)


Sunday 17 March 2013

Nak dikatakan lawak boleh laa tapi sedih laa jugak...pendek kata fikir dulu sebelum berbelanja!!!

Assalammualaikum and greeting to all...kali ni Ezie nak kongsikan sebuah kisah benar (yg berlaku ke atas diri Ezie) untuk dijadikan pedoman buat semua. Ahaks! Pedomanlah sangat!

Begini kisahnya, pagi tadi Ezie keluar g kedai depan Kolej Kediaman Ezie ni (kolej harun aminurashid), dengan niat nak cari sesuatu untuk dibaca. Duit dalam dompet hanya RM5. Ini kerana Ezie suka habiskan duit dalam dompet sampai betul-betul jadik RM0 baru p mintak ngan Abg ATM (ambik duit kat mesin ATM laa maksudnye) hee...

Carik punya carik Ezie pun jumpalah majalah kecik kesukaan Ezie iaitu MASTIKA. Dulu memang yer majalah ni suka terbitkan tentang-tentang mistik dan ghaib tp sekarang dah tak...banyak informasi berguna, isu-isu semasa dan gejala-gejala sosial mahupun isu agama yang dibincangkan. Atas sebab itulah Ezie wajib membeli majalah ni setiap bulan...

Berbalik kepada landasan cerita, disebabkan Ezie belum lagi beli majalah tu untuk keluaran bulan April maka tanpa berfikir panjang Ezie pun beli laa...maklumlah tambahan pulak hari minggu macam ni memang Ezie bosan giler...Dok umah memanjang tanpa buat apa-apa turut dijadikan faktor yang mendorong Ezie untuk membeli majalah itu.

Dipendekkan cerita, tibalah waktu tengah hari perut Ezie mula mendendangkan lagu keroncong. Tak lama lepas tu rock kapak, then heavy metal pulak dah. So, Ezie pun ambik keputusan nak g kedai makan depan kolej dengan tujuan beli makanan...(terpaksa bungkus sbb kat kolej x de dapur & x di bnrkan memasak)

Disebabkan duit RM5 tadi dah Ezie gunakan untuk beli mastika, so dengan berbakikan RM1 mana cukup nak beli makanan. Tanpa berlengah dan tanpa lengguk, Ezie pun pergi laa menghadap abg ATM untuk mintak duit tapi hampeh kerana ATM rosak!

Sudahlah perut lapar, duit dalam dompet lak habis, ATM pulak rosak! Macam mana nak beli makanan kalo x der duit? Tiba-tiba terbit rasa menyesal sebab beli mastika tadi tu..huhu...kesian Ezie kan?

Secara automatiknya Ezie mula memasang angan untuk memutar masa..huhu...dalam hati turut berdoa kot-kot ade terjumpa duit tepi-tepi jalan...hahaha...menyesal giler deh! Akhirnya Ezie balik semula ke rumah dengan tangan kosong. Perut plak wat-wat x reti bhs bila masih jugak bising buat konsert kononnya nak gtau dia lapar.

Terpaksalah Ezie rasuah perut dengan Nestum jer...haha....itu je laa menu Ezie untuk hari ni...menarik tak? Alhamdulillah masih ada rezeki yang tersedia asalkan jangan memilih...Hee..

*So, moral of the story > Len kali kalo duit dalam dompet tinggal RM5-RM10, stand by ler mintak wit ngn abg ATM supaya tidak kebulur lagi...*

Ezie learned something today!!! =D

Andainya Ezie adalah billionaire....akan Ezie jaga bayi-bayi ini...(sygnya hnya dongengan)


Assalammualaikum semua dan happy greeting to all...melihat saja kepada tajuk post Ezie kali ni, mesti ada yang tertanya-tanya, bayi manakah yang ingin Ezie jaga?

Well, sebenarnya hati Ezie luluh, hancur, sedih, pilu apabila melihat gambar-gambar atau berita mengenai pembuangan bayi yang saban hari semakin teruk! Dimanakah moral ibu atau bapa kepada bayi-bayi ini? Kenapa masa buat tak fikir? Memang, semua manusia lakukan kesilapan supaya mereka dapat belajar dari kesilapan tersebut namun kenapa harus kesilapan itu ditambah lagi dengan kesilapan yang lain?

Bayi yang tidak bersalah menjadi mangsa. Diratah anjing, dihurung semut, dibuang dalam tong sampah, dibuang dalam parit @ longkang...Arghhh! Kejamnya...boleh tak kalau tak nak baby tu, bagi je lah kat org2 yang nak. Tak semua org diberikan keistimewaan untuk melahirkan...

Seriously, kalau Ezie ada duit Ezie nak bukak sebuah rumah kebajikan khas untuk bayi-bayi yang terbuang ini. Bagi Ezie, mereka adalah permata anugerah yang harus digilap. Tapi sayangnya, kebanyakkan mereka hanya mampu melihat dunia hanya untuk beberapa minit.

Kasihan...kan? Ezie nekad! Ezie akan tubuhkan jugak rumah kebajikan bagi memelihara nasib mereka. Masyarakat kita sekarang semakin prihatin, Ezie rasa status mereka sebagai anak luar nikah tidak perlu diperkatakan kerana bukan mereka yang minta dilahirkan begitu...Kita harus berfikiran terbuka, berfikiran luas!

Bayi-bayi ini perlukan kasih sayang, perlindungan dan didikan serta asuhan yang sempurna. Ezie sanggup serahkan sepenuh masa untuk mereka (bayi-bayi yang terbuang ini) seandainya rezeki memihak kepada Ezie untuk memelihara nasib mereka supaya tidak menjadi makanan anjing, mahupun menjadi 'sampah' walaupun mereka itu suci lantaran ditinggalkan di tepi tong sampah...

Kawan-kawan Ezie sekalian, doakan Ezie supaya terus tabah dalam meneruskan study ni supaya nanti Ezie dapat kerja elok-elok dengan gaji yang lumayan and then bolehlah Ezie pelihara nasib mereka. Kasih sayang Ezie terhadap bayi telah lama wujud. Sejak bila? itu Ezie tidak pasti...

Namun, apa yang pasti Ezie dah jatuh sayang pada mereka, bayi yang lahir di luar ikatan perkahwinan ini kerana mereka suci. Mereka tidak layak dibunuh @ ditinggalkan kerana dosa atas kelahiran mereka bukannya terletak pada bahu mereka sebaliknya terletak pada bahu org tua mereka.

Doakan juga supaya kejadiaan ini berkurangan supaya tiada lagi nyawa yang terkorban.

* Mereka (bayi) adalah permata anugerah Allah *
* Sayangi mereka kerana itu adalah pemberian Allah *

Wednesday 13 March 2013

Part 2 bagi cerita pada post yang lepas dah mai...meh baca sambungannya bersama!

Haipppp....ini dia Ezie persembahankan PART 2 kepada cerita yang telah Ezie kongsikan pada post yang lepas. Harap maaflah yer sebab terlambat. Maklumlah...Ezie sedang menghadapi pertempuran sekarang ni...Final Exam!

Hohoho....nampak gayanya tak lama lagi Ezie akan bercuti panjang sebelum menyambung pengajian di semester 3 pada awal bulan 6 nanti. Well...apa-apa je laa....yang kemudian tu kemudian jugaklah kita cerita k? So...enjoy your reading thru my sharing!!!

PART 2

Masih segar di ingatannya, suatu hari yang damai. Ketika itu hanya ada dia dan ayah di rumah usang yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

“Ayah, Kimi lapar. Kenapa lama sangat ayah masak?” dia yang ketika itu sudah berusia 9 tahun merengek tatkala perutnya mula riuh berbunyi. Masakan tidak, tengah hari sudah lama berlalu. Ayah masih juga belum selesai memasak.

“Marilah, nak. Ayah dah siap masak.” Kedengaran suara ayah dari dapur memanggilnya untuk makan. Sepantas kilat dia pun berlari ke dapur. Dilihatnya hidangan sup ayam kegemaran sudah siap terhidang. Dia tersenyum lebar.

“Yucks! Tak sedap!” tak semena-mena dia memuntahkan semula ayam yang dikunyahnya. Ayah terkejut. “Apa ni, ayah? Tak sedap langsung! Tak sama macam yang ibu selalu buat.” Dia merungut pula.

“Tak ada rasa!” dia masih lagi memuntahkan sisa-sisa ayam yang tidak sempat hancur dikunyahnya. Ayah memandang kosong pada hidangan yang baru dimasaknya sebelum meratah ayam tersebut.

“Ayah dengar tak apa yang Kimi cakap? Ayam ni tak sedap!”

Ayah hanya mengangguk. Dia mencebikkan bibir melihat gelagat ayah yang seolah-olah tidak ambil endah akan kenyataan yang baru saja diluahkan. Dia minum pula air sirap yang sememangnya telah ayah tuang ke dalam gelas.

“Yucks! Sama saja seperti ayam! Lebih baik minum air masak biasa! Sudahlah, ayah makan sorang. Kimi tak selera nak makan semua tu.” Katanya sebelum berlalu meninggalkan ayah sendiri di dapur. Dalam hati menyumpah-nyumpah masakan ayah yang langsung tidak layak dipanggil makanan.

“Ayah…Kimi rindu masakan ayah…” dalam sayu dia berlagu tangis. Sesungguhnya masakan dari air tangan ayahnya jugalah yang dia inginkan sekarang. Mengenang kisah silam membuatkan kelelakiannya hancur-lebur. Wajahnya sudah dibasahi dek air mata yang mengalir umpama air terjun Niagara. Deras dan tidak berhenti.

Sendirian di sebalik tirai besi ini membuatkan dia menginsafi khilaf yang pernah dilakukan kepada seorang tua yang selama ini banyak berkorban untuknya. Bagaimana dia boleh tercampak di bilik kecil bertiraikan besi kukuh ini? Ahh…bodoh! Semuanya salah dia sendiri! Dalam hati mula mengutuk benci akan diri sendiri. Ayah…

“Encik, anak encik sudah berapa kali ditangkap merokok dan khayal. Malah dia adalah dalang disebalik semua ini. Menjual pil khayal kepada pelajar dan menyeludup rokok ke dalam kawasan sekolah. Menurut beberapa sumber dan bukti yang berjaya kami dapati, ternyata tidak salah lagi. Pihak sekolah terpaksa menghukum anak encik. Tindakan ini terpaksa diambil bagi mengelak kejadiaan yang sama berulang.” Panjang lebar pengetua berbicara. Menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Kelihatan ayah hanya mengangguk. Dia memandang benci pada seorang lelaki yang bergelar ayah di sebelahnya kini.

Ayah hanya berbaju t-shirt hijau lumut yang kusam. Malah seluar hitamnya yang sudah tidak lagi hitam menunjukkan betapa lama seluar itu telah berkhidmat. Alas kakinya pula? Argh…hanya selipar jepun?! Memalukan! Ayah benar-benar telah memalukan dia. Berpakaian selekeh ke sekolahnya membuatkan dia malu untuk mengaku bahawa lelaki itu adalah ayahnya.

“Farish Hakimi akan digantung sekolah selama dua minggu dan sepanjang hukuman tersebut dijalankan, dia juga harus mengahadirkan diri untuk beberapa sesi kaunseling yang akan dijalankan khas untuknya. Farish Hakimi juga akan diminta mengisi surat akuan Aku Janji untuk pihak sekolah dan seandainya kejadiaan ini berulang lagi, pihak sekolah hanya mampu mengucapkan kata maaf kepada encik. Tiada apa lagi yang mampu kami lakukan.”

Argh…menyampah! Buat apa dijelaskan panjang lebar? Bukannya ayah faham pun! Ayah tu buta huruf! Buta kayu! Manalah dia nak faham apa yang pengetua cakapkan. Tahukah ayah apa itu kaunseling? Barangkali surat akuan Aku Janji pun ayah tak tahu. Maklumlah, tiada pelajaran langsung!

Sepanjang perjalanan pulang, ayah hanya membisu. Dia juga turut membisu. Malas untuk berborak mesra dengan ayah yang selekeh itu. Memalukan! Berkali-kali dia mengulang ayat itu.

Sebaik sahaja tiba di rumah, dia dengan segera mengorak langkah menuju ke bilik. Ingin benar rasanya berlingkar malas di atas katil selepas menempuhi perjalanan pulang yang agak panjang. Apatah lagi disimbahi dengan kepanasan yang dipancarkan oleh sang mentari namun langkah kaki terbantut apabila ayah berbicara.

“Kimi, apa yang Kimi buat ni? Kimi dah malukan ayah!”

Dia tersenyum sinis sambil memandang muka ayah tanpa sedikit pun rasa hormat. “Malu? Kau nak bercakap tentang malu? Ooo…engkau berpakaian selekeh macam ni tak malu pula?” Balasnya sambil membuang pandangan ke arah ayahnya.

“Kimi, ayah bukan orang kaya! Pakaian ini saja sudah cukup asalkan mampu menutup tubuh ayah.” Suara ayah kedengaran sedikit beremosi namun dia peduli apa.

“Ish…Kimi malulah nak mengaku yang ayah ni ayah Kimi. Tengoklah, baju pun dah bertahun. Seluar hitam pun dah tak hitam. Malu tahu tak?”

“Hakimi! Ayah yang sepatutnya malu dengan perbuatan kau tu. Kau dah menconteng arang ke muka ayah! Kenapa engkau pula yang nak malu mengaku aku ni ayah kau? Kenapa? Sebab aku ni miskin? Baju aku tak cantik?”

“Memang! Aku memang malu ada ayah miskin macam kau! Engkau tak mampu bagi apa yang aku nak! Salahkah kalau aku cari duit guna cara aku sendiri? Aku tak kacau kau dan yang paling penting aku tak mintak duit kau pun!”

“Jual pil khayal tak kan bagi kau kekayaan!”suara ayah semakin lantang. Dada ayah turun naik menahan amarah.

“Sekurang-kurangnya aku dapat lebih daripada apa yang kau bagi orang tua!”

PAPPP! Satu tamparan kencang singgah di pipi. Dia terus terdiam. Terasa perit pipi akibat terkena layangan telapak tangan ayah. Dia meraba pipinya. Panas.

“Ayah jaga kau. Ayah didik kau. Di mana silapnya ayah?” suara ayah kedengaran sayu. Pandangan mata ayah juga ditumpahkan sepenuhnya ke arah anak tunggalnya yang tersayang.

“Ya…baju ayah buruk, seluar ayah pun sama. Semua tu sebab ayah nak bagi kau baju dan seluar yang baru. Ayah korbankan segalanya untuk engkau. Entah apa silapnya…”

“Ooo…sekarang kau nak mengungkitlah, ya?! Cukuplah! Mulai dari hari ni, aku tak kan pernah anggap engkau tu ayah aku. Aku boleh hiduplah tanpa engkau! Apalah sangat tenaga tua yang engkau ada tu!” ujarnya lantang sebelum berlalu meninggalkan ayah yang termanggu di ruang tamu. Terduduk ayah di lantai. Setitik dua air mata ayah mula berguguran.

Jarum jam yang menunjukkan angka satu pagi memberikan keyakinan kepadanya untuk lari dari situ. Sesungguhnya dia tidak tahan lagi duduk serumah dengan orang yang dia benci. Tambahan pula suasana rumah yang senyap membuatkan dia yakin bahawa ayah telah pun hanyut dalam lenanya.

Tangannya pantas menyumbat pakaian ke dalam beg. Segalanya serba pantas. Tiba-tiba, tangannya tersiku sekeping bingkai gambar yang terletak elok di atas meja belajar tidak jauh dari almari pakaiannya. Dia mencapai bingkai itu dengan perlahan. Direnungnya sejenak gambar yang tersisip rapi di dalam bingkai itu. Perasaan bencinya membuak-buak.

Mendengarkan batuk kecil ayah yang tiba-tiba berkumandang mengisi segala kesunyian di rumah itu, tidak semena-mena dia memasukkan gambar tersebut ke dalam beg. Tanpa terfikir untuk meminta pamit daripada ayah, dia mula memanjat tingkap biliknya dan seterusnya terjun ke tanah.

Dia terpaksa menunduk di bawah rumah untuk pergi ke arah tangga yang terletak di pintu utama untuk menyarungkan selipar. “Mah, maafkan abang sebab tak mampu bagi apa yang anak kita perlukan. Abang dah cuba sedaya upaya, Mah. Maafkan abang sebab gagal mendidik dia sepertimana yang telah kita rencanakan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Mah tapi Tuhan yang tentukan.” Sayup-sayup kedengaran suara ayah dari atas rumah. Dia hanya mendengar dengan penuh perasaan meluat.

“Gila! Bercakap seorang diri.” Kutuknya dalam hati. Sesungguhnya dia sudah biasa melihat ayah bercakap dengan gambar arwah ibunya. “Tapi Mah jangan risau. Selagi nyawa dikandung badan, abang akan didik dia supaya jadi seperti yang Mah inginkan. Abang akan lakukan apa saja.”

Dia tersenyum sinis mendengarkan monolog ayah. Dia mula mengorak langkah kerana badannya sudah penat membongkok di bawah rumah. Sebaik saja kakinya menyarung selipar, sepantas kilat dia berlari tanpa menoleh ke belakang.

Hidup sendirian di luar tanpa peraturan ayah benar-benar membuatkan dia lupa pada orang tua itu. Hidupnya mewah hasil daripada kerja haram yang dia lakukan. Pil, ganja dan dadah sudah menjadi permainannya. Setahun lamanya dia bernaung di bawah empayar Mus sebelum dia diberikan kepercayaan penuh oleh Mus untuk menguruskan perniagaan yang tidak sah itu.

Kehidupannya cukup mewah. Arak sudah menjadi minumannya. Diteguk seumpama meneguk air kosong. Perempuan? Dia hanya perlu memetik jari sahaja tanpa perlu bersusah-payah untuk mengorat dan merayu. Asalkan ada wang di poket, pasti semuanya mampu dia beli terpaksa maruah si gadis sunti.

“Encik, saya tak salah! Lepaskan saya!” dia merayu minta dilepaskan apabila seorang anggota polis cuba menggari tangannya. Rontaannya terasa sia-sia apabila anggota polis tersebut dengan cekap melakukan tugasannya.

“Encik, tolonglah! Lepaskan saya!” dia merayu lagi. Dilihatnya Tasya kekasih ranjangnya yang masih khayal itu juga telah bergari. Mus pula berjaya melarikan diri namun tidak diketahui bagaimana nasib yang bakal menimpa Mus.

“Saya tak salah!” ujarnya lagi. Anggota polis itu hanya melemparkan pandangan ke mukanya sambil tersenyum sinis. “Dah kantoi macam ni pun masih nak kata awak tak salah ke? Tu…budak perempuan tu…” tunjuk polis tersebut menggunakan muncung bibirnya.

“Pelacur yang awak gunakan untuk mengedar barang-barang haram awak, kan? Sekaligus merangkap kepada kekasih awak. Betul tak? Kami dah lama memerhati tindak tanduk awak, Farish Hakimi. Huh…harapkan nama je bagus tapi perangai…alahai…”

Ya Allah…empat bulan di dalam penjara benar-benar membuatkan dia insaf. Nasib dirinya masih dihujung tanduk. Terumbang-ambing hidupnya kini. Hanya penyesalan yang beraja. Ayah…maafkan Kimi. Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Teringin benar rasanya gegendang telinga diketuk oleh suara garau ayah yang serak.

Dia tunduk sambil memeluk lutut. Gambar ayah masih lagi di tangannya. Digenggam erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya. “Kimi…” serta-merta dia menoleh apabila mendengarkan namanya dipanggil. Air matanya mengalir lebih deras apabila terpandangkan seorang lelaki yang amat dirindui kini sedang berdiri di sebalik tirai besi yang memisahkan mereka.

Lelaki berkopiah putih itu hanya memandangnya. Tubir matanya berair jernih. Hatinya diserang pula diserang pilu. “Ayah!”

Wednesday 6 March 2013

Ezie Fazira pernah hanyut dalam dunia imaginasi yang telah menghasilkan sebuah cerpen

Salam and greetings to all of you! Well, kali ni Ezie sebenarnya nak kongsikan sebuah cerpen yang pernah Ezie coretkan dahulu. Semuanya bermula dari imaginasi Ezie yang terlebih had ini. Tajuk cerpen ni...hmm....ntah! Ezie pun tak tahu...Hehehe...jangan hairan kenapa cerpen ni tiada tajuk walaupun cerpen tu hasil karya Ezie sebab Ezie memang ade masalah untuk memikirkan tajuk...

Well, feel free to drop some comments. Cerpen ni Ezie buat beberapa tahun yang lepas. Ezie baru terjumpa balik. Cerpen ni ade beberapa pages so Ezie divide-kan kepada beberapa part laa ek? So, enjoy the moment for a while k? Chill....Ezie Fazira presenting....jeng jeng jeng!!!


PART 1


            Dia merenung tepat seraut wajah itu. Sebuah renungan redup penuh kasih dilontarkan. Tiba-tiba air matanya jatuh tanpa dipaksa. “Ayah, maafkan Kimi…” hanya itu yang mampu dimuntahkan dari bibirnya.

            Sekeping gambar bersaiz 4R itu sudah hampir renyuk didakapnya. Setiap kali dia merenung gambar itu, setiap kali itu jugalah air matanya jatuh tanpa mampu dikawal. Perasaan rindu yang menebal di relung hati menjadikan jiwanya lemah. Terasa diri begitu berdosa.

            Esakannya semakin lama semakin jelas. Semakin sayu dan meruntun jiwa sesiapa saja yang mendengarnya. “Ayah…Kimi minta maaf…” sekali lagi dia memuntahkan ayat yang mempunyai maksud yang sama. Anak matanya masih lagi merenung seraut wajah yang melakarkan sebuah senyuman indah.

            Timbul pula keinginan untuk mengucup pipi si pemilik wajah namun sayang hanya gambar yang dia ada. Sudah sekian lama dia tidak berjumpa dengan lelaki yang sedang tersenyum itu. Ahh…perlahan-lahan dia semakin hanyut. Dirinya tercampak ke alam nostalgia yang amat memilukan.

            Dia masih ingat. Suatu hari yang damai, perut berkeroncong menjadi tanda tengahari telah menjelma. Ibu masih di dapur. Menyediakan juadah untuk dijadikan santapan. “Ibu, Kimi lapar.” Dia mengadu kepada ibu.
            Ibu hanya tersenyum dan mengusap kepalanya penuh kasih. “Sabarlah, sayang. Kejap lagi ayah balik kita makanlah bersama.” Dia mendengus kasar lantas berlari-lari ke muka pintu. Dijenguknya keluar, kelibat ayah masih tiada. Hatinya mula panas. Tidak tahukah ayah bahawa dia sedang kelaparan di rumah? Kenapa lambat sangat nak balik?

            Tidak lama kemudiaan, kelihatan seorang lelaki sedang melangkah perlahan menuju ke halaman rumah. Oh…itupun ayah sudah pulang. Dia menunggu di depan pintu rumah sambil bercekak pinggang. Sesungguhnya dia benar-benar marah akan kelewatan ayah pulang.

            Kelihatan ayah tersenyum sambil mengesat peluh yang mengalir membasahi dahi. Baju ayah juga sudah lencun akibat peluh. Dia langsung tidak membalas senyuman yang dilemparkan oleh ayah.

            Sebaik sahaja kaki ayah menginjak anak tangga yang pertama, dia sudah mula membebel penuh lantang. “Ish…kenapa lambat balik? Ayah tahu tak Kimi hampir mati kebuluran tunggu ayah balik? Kimi lapar! Ayah ni jahatlah.”

            Ayah tersenyum cuma. Dia kehairanan. Kenapa ayah tersenyum bila kena marah? Dia bukannya bergurau dengan ayah. Dia sebenarnya sedang memarahi ayah. Tapi kenapa ayah tersenyum? Dia bukannya sedang membuat lawak mahupun sebarang hiburan. Kenapa ayah masih tersenyum?

            “Anak ayah lapar? Maaflah, nak. Ayah lambat balik hari ni. Kimi lapar ya? Jom makan.” Pujuk ayah lembut. Segaris senyuman masih terlakar indah buat tatapannya. Tapi dia masih lagi menayangkan wajah kelat.

            Ayah mendekati dia. “Sebagai hukuman ayah dukung Kimi, ya?” Dia mula tersenyum mendengarkan kata-kata ayah itu. Serta-merta dia melompat ke arah ayah yang masih bersisakan peluh.

            “Lain kali jangan lambat lagi! Kalau tak Kimi cubit-cubit ayah.” Ugutnya. Ayah masih lagi tersenyum malah kali ini kedengaran ayah tergelak kecil. Dia diserang dek hairan. Kenapa ayahnya kena ugut pun senyum? Adakah semua tentang dia menjadi penghibur kepada ayah? Ahh…dia tidak tahu. Betapa rumitnya orang dewasa.

Monday 4 March 2013

Ezie Fazira hanyut lagi....

Ezie Fazira hanyut? Oh tidak! Dia hanyut ke mana?  Ke manakah arus membawanya? Ehehe...sebenarnya Ezie Fazira sihat-sihat saja di sini...(uhuk...uhukk....ehem...terbatuk pulak...) Heee....

Melihat sahaja kepada tajuk post Ezie kali ini, mesti ada yang tertanya-tanya Ezie Fazira hanyut ke mana? Sebenarnya, Ezie Fazira tak hanyut ke mana-mana...cuma Ezie terhanyut dalam dunia dongeng ciptaan Ezie je...terasa seperti otak Ezie ni dah terlebih aktif berimaginasi...semakin hebat pulak ciptaannya! Bravoo! (er..adakah itu sesuatu yang patut dipuji? hehehe....)

Tahu tak, akhir-akhir ni Ezie telah dihanyutkan ke dalam dunia yang lagi satu iaitu dunia Cinta Ais Krim Vanilla...sebenarnya dunia ni terlakar daripada kisah hidup Ezie yang sebenar namun tidak sah jika tiada penambahan kreatif penuh eksklusif pada jalan ceritanya...

Cinta Ais Krim Vanilla sebenarnya hanya sebuah novel / cerpen pendek yang mempunyai banyak kekurangannya namun Ezie bebas mengarang apa saja jalan cerita, mahu pun kisah atau perwatakkan karektor yang Ezie ciptakan...

Baru mencapai bab 7 dan sesungguhnya masih tak layak untuk Ezie promote kan tapi sesungguhnya niat Ezie untuk menjadi seorang author dan bukannya joker membuatkan Ezie terasa mahu tapi malu untuk melangkah ke depan...

Ezie sedar Ezie tiada bakat dalam mengarang malah Ezie juga tahu ilmu di dada ni tidak tinggi malah kalau diukur, apalah sangat ilmu sejengkal yang Ezie ada ni jika mahu dikongsikan untuk semua...Jadi anggaplah Cinta Ais Krim Vanilla hanyalah sebuah dongengan ciptaan Ezie untuk menambahkan lagi sinar dan warna hidup anda ya?

Don't forget to visit Cinta Ais Krim Vanilla Site ek? hehehe....chow! eziefazira.blogspot.com

Friday 1 March 2013

Pesta Tanglung 2013 (part 2)

Assalammualaikum....!!! Pertama-tama kalinya Ezie nak memohon kemaafan atas kelewatan post kali ni yakni merupakan sambungan kepada Pesta Tanglung 2013 (part 1) yang lalu...

Sebenarnya, ada masalah kesesakan lalu lintas dalam diari kehidupan realiti Ezie yang tak seindah kisah dongeng ciptaan Ezie ini....Sesungguhnya ya kawan-kawan, kesesakan lalu lintas ini amatlah teruk dan tidak dapat dielak!

Tapi, alhamdulillah segalanya dapat Ezie uruskan! Hee...(sebenarnya jadual Ezie padat sebab nak cari rumah sewa untuk sem depan...maklumlah sekarang ni Ezie dah di penghujung sem 2...)

Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama menyaksikan aktiviti yang berlangsung sepanjang program tersebut ye? Program apa? Well...opkoz ler Pesta Tanglung 2013 (part 2)

***********saksikanlah olehmu wahai sang bulan***********


Di manakah Pesta Tanglung ini dilangsungkan? Well, inilah dunia pintu timur kampus Ezie! Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (Universiti Pendidikan Sultan Idris) Program yang berlangsung dari pukul 5 ptg sampai ke 11 malam ternyata telah menjadikan Ezie sebagai jurugambar tidak bertauliah secara tidak langsung....(hanya disebabkan Ezie bawak Kamera, tak pasal-pasal jadi jurugambar) Heee...


Haa...inilah dia beberapa orang kawan-kawan Ezie. Masing-masing tengah sibuk nak buat tanglung...kalau nak tahu, inilah dia aktiviti pertama kami semua! Buat tanglung...well...memang patutlah kan? Dah namanya pun Pesta Tanglung, tak kan laa nak buat layang-layang pulak kan? Huu.... 


Tengok laa karenah mereka...nampak tak kebosanan yang melanda apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan tanglung? Ini kerana kami terpaksa menunggu kumpulan-kumpulan lain untuk menyiapkan tanglung depa plak... 

Tengoklah ekspresi kawan-kawan seperjuanganku ini...hee...monyok je mukanye kan? hahaha....tu laa...masa org suh wat tanglung, korang merungut...skrang bila dah siap, korang bosan pulak! Tu la manusia, masa ada benda nak buat katanya malas tapi bila tak ada benda nak buat katanya bosan....Huuu...

Tengok pulak wajah-wajah ceria berserta peace sign yang diberikan oleh Appa (si kaca mata) ngan anis (budak perempuan sebelah Appa)....Haa...dari situ je kite boleh nampak ciri-ciri KKR mereka tu...What's KKR stand for? Well, double 'K' is stand for kanak-kanak, then 'R' is stand for Ribena....hee... 


Ini laa sebahagian daripada ahli-ahli jawatankuasa bagi Pesta Tanglung ini...nampak rilek je kan? Tapi sebenarnya tidak! Mereka inilah antara orang-orangan yang telah berpenat lelah ke hulu dan ke hilir bagi memastikan Pesta ini berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar lain pula akan turut terlibat dalam aktiviti ini...(walaupun ada yang separuh rela) 


Bantu membantu dengan penuh kasih sayang yerr....? Opps...jangan disalah ertikan pula maksud kasih sayang yang Ezie nyatakan di sini ya? Kasih sayang tidak semestinya hanya untuk mereka yang punye pakwe ngn makwe je....Tapi kasih sayang yang Ezie maksudkan di sini adalah merujuk kepada kasih sayang sesama insan ataupun sesama kawan...Shiooo...hebat bahasa Ezie! Hahaha...(kawan-kawan tu pun insan jugak....)


Perbarisan! Eh? Tak...bukanlah! Hehehe....tengah menjamu selera dikala senja rupanya...menariknya perbarisan makan mereka ni kan? Ezie kagum! Hoho...Korang perasan tak? Dalam banyak-banyak perempuan di sini, tiba-tiba ada seorang lelaki...Hmm...fitrah manusia laa katakan...eh? Tu fitrah ke menyibuk? Hahaha.... 


Jeng Jeng Jeng! Program dah nak bermula! Masing-masing sudah mengambil tempat dihadapan pentas sambil menunggu ketibaan V.I.P...para-para MC turut bersedia bagi menjalankan tugas yang telah diberikan dengan sebaiknya dan akhirnya majlis pun bermula dengan lafas Bismillah.... 


Comel tak? Ini laa dia salah satu tanglung buatan tangan yang telah berjaya disiapkan pada waktu sebelah petangnya...comel tak? Huhuhu....takpe kalau tak nampak comel sebab kalau tanglung ni dah dinyalakan lilinnya, sudah pastinya tanglung ini akan bertukar jadi cantik sangat-sangat! Tak percaya? Well, tengok lepas ni ekk? 



Sebelum itu, marilah kita menyaksikan bersama antara aktiviti yang dijalankan pada malam Pesta Tanglung ini diadakan. Nampak tak tulisan-tulisan ini? Haa...sebenarnya pada waktu ini, sedang berlangsungnya bertandingan menulis tulisan-tulisan seperti yang diatas menggunakan dakwat hitam (seperti yang selalu kita saksikan dalam TV) Pada masa yang sama, turut berlansungnya pertandingan menyepit kacang menggunakan chop stick dan permainan teka teki tanglung...
(Haraf maaf sebab tiada gambar kerana pada waktu ini, Ezie tengah sibuk nak tulis benda ini gak!) 


Meriah tak? Haa...beginilah suasana di tapak pesta pada malam itu! Best dan meriah sangat...Ramai pelajar yang menyertai pesta ini dan itu laa yang kami nak! Makin ramai pelajar maka secara automatiknya makin meriah laa pesta ni...betul tak? 


Cakkkk! Haaa...nampak tak kecantikan tanglung buatan tangan ini setelah lilinya dinyalakan? Nampak tak keindahannya? Mesti nampak kan? Pancaran dan sinaran cahaya lilin di malam gelap sesungguhnya mampu membuatkan mata kita terpukau dan terpaku seketika! Seriously, tanglung ni secara tak langsungnya dan semestinya tak sengaja telah mewujudkan suasana yang romantik! Hahaha....(Bagi Ezie je kot) 


Any comments about this picture? Hahaha...dah nampak macam pesta Halloween pulak dah! Tak serupa macam pesta tanglung pulak kan? Hee...masa ni peserta diminta untuk berbaris sambil memegang tanglung masing-masing dan sesi bergambar telah dijalankan bagi mengabdikan detik-detik indah dan romantik ini...hoho...cantik tak? 


Selepas itu, semua peserta diminta untuk naik ke pentas pula dan sesi bergambar beramai-ramai turut dijalankan...di manakah Ezie pada waktu ini? Haha...Ezie tengah ambik gambar masa ni...sebab tu la dalam gambar ni Ezie x der...huhuhu...tak layak masuk gambar muko den ni haa...kihkih!! 


Sebaik sahaja majlis bersurai, semua pelajar telah bekerjasama menyusun kerusi dan mengemas tapak pesta...berdedikasi giler mereka ni haa....dan di manakah Ezie pada waktu ini? Hahahaha....Ezie kan tengah ambik gambar so maaf laa ye? tolong kemaskan kerusi-kerusi ni ek? Ezie tengah busy...lalalala~~~


Penat? Yup...itulah yang kami rasakan sekarang....(termasuk Ezie tau)....masing-masing terduduk di atas lantai di tepi jalan sambil menunggu bas untuk balik ke kolej kediaman. Penat dan mengantuk sudah menguasai sekali gus bermaharajalela di dalam diri masing-masing....tengok tu! Dah macam pelarian pulak dah....pasport nya buk...pak...mintak pasport nya ya?? Hehehe....


Sekian itu sajalah kisah realiti mengenai Pesta Tanglung 2013 yang Ezie muatkan... Tiba-tiba Ezie terfikir, bagaimana kalau cahaya lilin tanglung itu menghiasi ruangan bilik Ezie? Wahh...mesti cantikkan? Cahayanya bersinar dan memancar dalam kegelapan...wah...romantiknya! 

Tapi....mustahil laa pulak sebab nanti tak pasal-pasal hangus pulak bilik Ezie tu...Lagipun, dalam bilik Ezie suka pasang kipas kuat-kuat....so macam mana lilin tu nak nyala? Huhu...tak sanggup Ezie nak berpanasan dan bermandikan peluh semata-mata inginkan suasana romantik di bawah cahaya lilin tanglung itu...Hee...standard sikit kalau nak dibandingkan dengan cahaya lampu minyak tanah kan?

Waaaa....Ezie dah mula merapu! Nampak gayanya kisah dongeng Ezie pasti akan terus diwarnai dengan penuh kreatifnya oleh daya-daya imaginasi Ezie dan juga ayat-ayat merapu Ezie! Well, mana laa tahu kot-kot kisah dongeng ini akan menjadi lebih indah dan dinaik taraf menjadi kisah kayangan pulak!

Hahaha...melampau giler tahap kenaikan ketarafannye ek? Huhu...okay laa...setakat ini saja perkongsian Ezie pada kali ini. Doa Ezie semoga kalian juga mampu menjadikan kisah dongeng anda seindah kisah dongeng Ezie kerana realiti kadang-kala payah untuk kita tempuh, maka ketika itu dunia ciptaan kita yang penuh dengan keindahaan dongeng inilah yang mampu mententeramkan kita...

Mungkin atas sebab itu Ezie suka mengarang dan menulis di ruangan kisah dongeng ciptaan Ezie ini....well, sekian saja daripada hamba! Ezie Fazira memohon diri!