Friday 30 May 2014

Baik Vs Jahat Siapa Menang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Kita bersua lagi di ruangan maya ini ya?
Ehehe... Kawan-kawan semua ada baik?
Harapnya everything is fine laa yaa?

Ezie tak lama lagi nak start praktikal daa...
Nervous laa plak!!!
Cuak pun ade.... err....
Hope kome sume sentiasa ada untuk support Ezie ek?
Maklum laa Ezie x pernah g Cameron tuu...
Nak praktikal di sana plak 9hb June ni...
Sebab tuu laa Ezie gementar resah dan gelisah...
=P

Apa-apa pun kita lupakan sebentar perihal Ezie ya?
Yuk kita pindah kepada isi kandungan entry kita pada kali ini...
Ehem-ehem...

Baik Vs Jahat?
Ezie rasa tak perlu laa Ezie ulas panjang-panjang..
Tentang apa itu baik dan apa itu jahat...
Ezie agak yakin yang kawan-kawan ensem dan gorgeous sekalian dah tahu apa itu baik dan jahat....

BTW pernah tak kome jumpa orang yang seperti ini?
Bila dia berbuat baik, siap ambik gambar upload fb and letak caption...
"Kesian Peah rumah terbakar x sempat nak call abam bomba, habis hangus langsir baru...so I pun bagi laa langsir baru sebelum pihak Bersamamu datang mai derma kat dia...langsir tu I nak pakai untuk raya tahun 2020 nanti tapi tak paa laa Peah lebih memerlukan"


Tak cukup dengan caption jerr...
Siap letak hashtag lagi tuu...

#Sharing_Caring #sedih #langsir

Alahai....

Walaupun sepatutnya tangan kanan memberi tangan kiri biarlah tidak tahu...
Tapi situasi di atas amatlah senang untuk kita lihat / jumpa...
Baik? Ya, dia memang baik sebab bagi derma kat peah sebelum ade pihak luaq yang datang mai huluq derma tapi...
Yang p upload kat fb tu pasai paa?

In addition itu daa banyak orang buat daa...
Cer try buat jahat terang-terangan...
Then ambik gambar upload fb...
Siap dengan caption lagi tu!
"I baru buang air besar x tarik flush sebab I suka dengar orang lepas I terjerit-jerit akibat geli"
Yuckss!!!


Haa...!!!
Ada berani ke nak buat lagu tu?
Hehehe...

Cuba kengkawan sekalian pikiq sejenak dua..
Antara Baik dan jahat...
Siapa yang sebenarnya menang?

Bagi Ezie...
Jika kebaikkan itu diwar-warkan...
Maka tewaslah Baik dan menanglah Jahat...
Tapi jika Baik itu ditunjukkan...
Maka tewaslah Jahat lalu menanglah Baik...

Apa pula kata anda?

*Buat baik x elok menunjuk-nunjuk, buat jahat pulak memang biasanya orang sembunyikan...
Cuma sekarangnya banyak yang buat baik...
Tapi saja nak tunjuk...
Buat jahat pulak kekal di tempatnya yg tersembunyi...* 

Tuesday 6 May 2014

Alamak! Saya Tak Sengaja Ter-umpat Awak!

Assalammualaikum semua...
Apa khabar para-para blogger sekalian?
Dah makan ke belum? Minum dah? Mandi?
Ber*k? Hehehe...melampau pulak soalannya...
Sorry lerrr...ter-sengajeeew!

Buat apa tu?
Oh ya! Ezie tau!
Mesti kome sekarang ni tengah baca entry Ezie nih kan?
Hahaha!!!
Jangan marah ye...Ezie tak laa risau kalo marah kena jual...
Tapi nanti muka kedut tampak tua sapa nak tanggung...
Tak pasal-pasal kurang chumel...kan?

Btw, Ezie nak tanya...
Korang penah x "ter-umpat" seseorang?
Terutamanya bila kita tak puas hati kat orang tu?
Okay!!
Contohnya bila Ezie rasa x puas hati...
Ezie mesti akan carik seseorang untuk dijadikan tempat curahan hati...
Lalu pada orang itu laa Ezie akan memulakan sesi "Terumpat"...

"Peah, kau tau tak si meon tu...ada ke patut dia kata aku cenggini cenggitu...macam laa dia tu perfect!"

Haaa...itu baru mukadimahnya saja!
Isi kandungannya tak masuk lagi tuu...

"Dulu masa dia cenggitu cenggini, dia lagi teruk...perasan bagus laa tu sebab tu judge aku cenggitu cenggini!"

Haaa...itu baru pengenalan nak masuk isi...
Bila daa masuk isinya nanti, perggghh!!! Dasyat wooo!!!

Nampak tak lagu mana istilah "terumpat" tu?
Tanpa lafaz niat pon!
Lalu mulalah pok pek pok pek...
Ish...macam mana nak ngelak kalo daa marah sangat kan?

Haaa...cer try cara ni... =)

1. Bear in your mind nobody perfect

= Seperti mana diri kita sendiri, semua orang pun tak sempurna...cuba belajar untuk menerima kelemahan orang lain...macam mana nak tahu kelemahan seseorang? Okay, berbalik kepada contoh, Meon kata cenggitu cenggini...ajar cara buat keje cenggini cenggitu lalu secara tak langsung mendatangkan rasa tak puas hati dalam diri kita... jika keadaan ini berlaku, anggap laa itu kelemahan Meon...Mungkin juga Meon tak berniat nak menjemput rasa tak puas hati tu mai kat hati kita... Jika cara Meon tuu bercakap dengan kita daa macam dia tuh bos padahal dia just cleaner , anggap saja itu kelemahan dia...iaitu lack of communication skills...Tak salah kiranya kita mencari kelemahan seseorang, yang salahnya bila kita jadikan kelemahan seseorang itu sebagai satu kesalahan lalu canag pasal kelemahan dia sana sini...

2. Ready to forgive and forget

= Sentiasa bersedia untuk memaafkan seseorang yang telah memusnahkan hati kita...walau sesakit sepedih mana pun hati, cer try cakap pada diri sendiri "Aku maafkan Meon" walaupun dalam hati masih dengan dendam penuh amarah...In Sha Allah hati kita dapat dibersihkan kerana dengan mengucapkan kata-kata maaf walaupun si Meon tak pernah minta maaf, well mungkin saja dia tak tahu dia daa buat salah...Maaf adalah kunci utama yang akan mendorong kita untuk melupa...well, mungkin saja kita x akan lupa pada peristiwa yang mendatangkan rasa sakit hati itu tapi sekurang-kurangnya kita akan lupa pada rasa sakit yang hadir daripada peristiwa tersebut...

3. Jangan lupa mengumpat itu berdosa!

=Kenapa Ezie letak dosa sebagai list yang ketiga? Sebabnya sekarang ni dosa pahala macam takdak...umat akhir zaman tak ambik pusing pon tentang dosa pahala daa...yang berdosa itu jugaklah yang orang suka buat...Eh? Jangan pulak kome marah sebab Ezie cakap cenggini...Ezie hanya meluah apa yang Ezie rasa...kalo Ezie salah tolong ajarkan ya? Okay, kalo kita daa ikut langkah pertama tapi tak berhasil, cer try ikut langkah kedua....tak berhasil jugak? Haa...barulah lihat pada langkah ketiga...Kalo anda ikut langkah satu dan dua, maknanya anda berusaha untuk mengelak daripada mengumpat. Jadinya tekankan dalam diri kenapa wujudnya langkah satu dan dua...kenapa? Lihat pula pada langkah yang ketiga... =) In Sha Allah dengan tiga langkah ini anda mampu mengelak daripada "Terumpat" ya? Bukan terompet tapi terumpat... (^_^)