Sunday 29 September 2013

Bila Jahat ingin menuju kebaikkan

Assalammualaikum semua!
Hai dan Hello serta salam sejahtera!

Kawan-kawan semua,
memang dah sekian lama kita tahu
bahawasanya manusia itu sering berubah
Dari jahat berubah jadi baik
Dari baik berubah jadi jahat pun ade

Tapi kali ni Ezie nak sentuh pasal berubahnya seseorang itu
Daripada jahat pergi ke baik....
Orang selalu kata yang jahat itu tidak akan selamanya jahat
kerana jika ALLAH membukakan hatinya
maka teranglah jalannya menuju kebaikkan

Namun begitu lontaran pandangan yang diberikan
Tidak sama dengan kata-kata yang dilontarkan
Persepsi yang kukuh tidak dapat diubah
Jika dikatanya Hitam itu buruk dan jahat
Maka buruk dan jahatlah ia

Baiklah, Ezie tak mahu membuatkan kawan-kawan semua berteka-teki lagi
Apa sebenarnya inti kepada bicara Ezie pada kali ini
Tapi sebelum Ezie berbicara dengan lebih lanjut
Ingin Ezie kongsikan sebuah kisah benar
Yang terjadi suatu ketika dahulu
Untuk membuatkan kalian lebih mudah faham
dengan apa yang Ezie cuba sampaikan

Ada seorang gadis yang selama ini tidak pernah menutup aurat
Bajunya ketat kadang-kala lengan putihnya ditayangkan sengaja
Rambut hanya disembunyi dengan tudung sekolah
Itupun hanya pada waktu persekolahan
Bila loceng sudah berbunyi maka terbanglah tudung itu

Suatu hari terdetik hatinya untuk berubah
Dinyatakan hasrat kepada sahabat namun dia terkedu

"Kau? Tudung? Hahaha!!! Tak payah...! Jangan buat lawak! Tak pernah-pernah kau bertudung, apsal buang tabiat pulak ni?" balas sahabat berulam tawa.

Niatnya dijadikan bahan jenaka
Namun dia nekad juga dan kerana bertudung
sahabat mula menjauh

Maka dalam mencari permata berharga (iman)
Dia mula mendirikan solat
Yang mana sudah belasan tahun dia hidup
Ditinggalkannya begitu saja

Dia mula mencapai Al-Quran
Terdetik di hati kali pertama dan terakhir dia khatam Al-Quran
Hanyalah ketika dia di sekolah rendah

Tapi, kerana masa silamnya dia jahat
Orang sering memandang serong kepadanya
Dengan mengatakan dia hanya berpura-pura baik
Orang katakan dia munafik
Orang kata dia tu bajett jerr baik tapi hampeh

Kawan-kawan sekalian,
Cuba tengok di sekeliling kita
Ada tak mereka yang masih tergapai mencari cinta hakiki?
Ada tak mereka yang bersendirian kerana dosa silam?
Ada tak mereka yang disisihkan kerana kejahatan yang pernah dilakukan?

Orang kata manusia itu akan berubah
Layak diberikan peluang untuk berubah
Tapi majoriti manusia pada hari ini
Hanya tahu melontar kata
Tapi tindakannya langsung tiada

Yang jahat kekal jahat
Yang baik dipandang mulia
Bila yang jahat ingin menuju kebaikkan
Yang jahat masih juga kekal jahat

Apa pendapat anda?
Tepuk dada tanya selera

2 comments:

  1. dulu pn aku jahat juga tapi skrg da baik da....nak taubat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sebab tu laa Ezie cakap jahat itu tak selamanya jahat tp kadang2 pandangan orang tu tak leh nak ubah kan? hee...

      Delete