Friday 12 December 2014

Kita Semua adalah Siswa/Siswi University of Dunia till Akhirat

Assalammualaikum dan salam sayang semuanya!
Sekali lagi Ezie berkesempatan mengetuk papan kekunci pada hari ini... =)
Congrats to myself!
Hahahaha....

Btw guys, girls...
Sepertimana yang anda semua sedia maklum...
Ezie merupakan seorang pelajar di sebuah IPT dan bakal graduate dalam tahun ni jugak (2015)...
Insyaallah dipermudahkan laa hendaknya...

Tapi....

Macam mana kalau Ezie kata sebenarnya kita semua adalah Siswa/Siswi di muka bumi ini?
Kome setuju tak?
Macam mana kalau Ezie kata kita ni sedang berada di sebuah Universiti yang sangat luas dan tempoh pengajiannya ada yang pendek dan ada yang panjang?
Ada yang hanya memakan masa beberapa saat dalam hidup mereka, kadang-kadang minit, Jam, hari dan tahun...
Tempoh seseorang untuk graduate tuu tak menentu...

Oh ya!
Lagi satu...
Universiti yang Ezie cakapkan ni banyak subjeknya!
Jam kreditnya tak mampu nak cakap...
Tapi apa yang pasti subjek-subjek inilah yang menentukan kita bleh graduate dengan jayanya ataupun tidak...

Alaa... sama je laa macam IPT biasa bukan?
Tapi sebenarnya tidak!
Sebabnya universiti ni bukan kerajaan mahupun swasta...
Tapi Universiti ini adalah milik Allah iaitu University of Dunia till Akhirat...

Cuba fikir-fikirkan...
Dan cuba hadam lalu faham-fahamkan...
Semasa di IPT, kita siswa/siswi bukan main lagi nak kekalkan pointer...
Nak dapat dekan semua tu bagai...
Tapi macam mana dengan pengajian kita di University of Dunia till Akhirat?
Macam mana dengan pointer keimanan kita ea?
Dapat "REDHA" ke tidak?

Ezie terfikir tentang semua ni dan...
Tiba-tiba malu sendiri...
Sebabnya????

Bila nak buat assgnmnets, bukak internet tanya pakcik google...
Tak cukup dengan tu, sanggup menapak p library untuk carik bahan rujukan...

Tapi...

Bila nak buat assgnments dari University yang lagi satu tu...
Kadang-kadang nak bukak Quran pun tak...
Macam mana nak graduate dengan jaya?
Menapak ke majlis ilmu/surau pun jarang...

Kawan-kawan macam mana?
Kalau ada yang mampu imbangkan dunia dan akhirat tu...
Teruskan ya?
Kalau ada yang masih terkial-kial macam Ezie...
Moh ler kita try lagi ya? =)
Mana laa tau kot-kot kita pun boleh seimbangkan kedua-duanya...

Sama ada kita mampu graduate atau tak...
Terpulang kepada yang Maha Kuasa...
Kita sendiri pun tak tahu di mana tapak kita...
Kerana itu Rahsia-Nya...

Graduate dengan pingat tertinggi insyaAllah syurga Firdaus...
Semoga kita semua dalam lingkaran Rahmat-Nya...
Amin... =)

NO! NO! NO! Jangan Galakkan!

Assalammualaikum sayang-sayang sekalian!
Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hari ini... =)
Meh kita buat senaman pernafasan sebentar ya?

(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, jangan hembus)

EH??
Awat lain semacam jaa yang last sekali tu?
Hahahaha!!!
Cepat hembus nafas tu! Cepat!
Kang tak pasal-pasal biru pulak muka terpaksa tahan nafas lelama...
Muka ensem gorgeous cantik semua bertukar biru...
Al-maklum laa tak cukup oksigen...

Eh? Ada kawan upload gambar kat FACEBOOK laa...
Wahhhhhhhhhh!!!!!!
Gambar dia ngan kapel diaa laaa...!!!
Eeeeeeeee.....Sweetnya mereka berdua ni....!!!
Siap pegang-pegang tangan....
Jeling-jeling manja gitu...
Waaaaaa....nak komen laaa...!!!

"Kome dua niii sweet giler laaa...jeles I..."

Bwerrrkkkkk!
No! No! No! Guys, Girls!
Jangan! Jangan! Jangan!
Jangan galakkan mereka!
Jangan kata mereka sweet!
Tang mananya sweet kalo pegang-pegang tangan gitu?
Jeling-jeling manja gitu...
Kononnya Sweet kapel laa tu ek???

Ish, mana boleh gituuu...
Depa tu takat berkapel ajee...
Belum lagi halal....

Bukankah sepatutnya pandangan itu ditundukkan?
Mana boleh kalau menjeling sampai hampir terkeluar biji mata...
Bukankah haram berpegang tangan macam tu?
Mana boleh lagi kalau tak halal...

Tapi bila tengok BABI tau plak kata binatang tuu haram...
Dah tu perbuatan mereka tak haram ke?
BABI boleh lagi nak samak...
Perbuatan mereka boleh samak gak ke?

Guys, Girls...
Bila kita "puji" pasangan ini sweet...
Sebenarnya secara tidak langsung kita semakin menggalakkan mereka...
Galakkan mereka untuk terus berpegang erat seolah-olah dia tak mampu nak berdiri...
Galakkan mereka untuk terus bergesel manja seolah-olah mereka itu kucing lapar...

Ish, sedar tak sedar kita makin galakkan mereka buat maksiat!
Astaga!
Macam mana ni?
Tak mampu nak tegur kerana rasa serba salah?
Yelaaa... Kitew faham...
Sebabnya dia tuu bergelar kawan...
Nanti orang kecik hati x mo maafkan kita susah laa plak kn??

So, apa kata try untuk "Jangan Galakkan" dengan cara "Jangan Memuji"?
Tepuk dada tanya selera...

"CINTA adalah sesuatu yang suci tapi DIKOTORI oleh perbuatan manusia"