Friday 12 December 2014

Kita Semua adalah Siswa/Siswi University of Dunia till Akhirat

Assalammualaikum dan salam sayang semuanya!
Sekali lagi Ezie berkesempatan mengetuk papan kekunci pada hari ini... =)
Congrats to myself!
Hahahaha....

Btw guys, girls...
Sepertimana yang anda semua sedia maklum...
Ezie merupakan seorang pelajar di sebuah IPT dan bakal graduate dalam tahun ni jugak (2015)...
Insyaallah dipermudahkan laa hendaknya...

Tapi....

Macam mana kalau Ezie kata sebenarnya kita semua adalah Siswa/Siswi di muka bumi ini?
Kome setuju tak?
Macam mana kalau Ezie kata kita ni sedang berada di sebuah Universiti yang sangat luas dan tempoh pengajiannya ada yang pendek dan ada yang panjang?
Ada yang hanya memakan masa beberapa saat dalam hidup mereka, kadang-kadang minit, Jam, hari dan tahun...
Tempoh seseorang untuk graduate tuu tak menentu...

Oh ya!
Lagi satu...
Universiti yang Ezie cakapkan ni banyak subjeknya!
Jam kreditnya tak mampu nak cakap...
Tapi apa yang pasti subjek-subjek inilah yang menentukan kita bleh graduate dengan jayanya ataupun tidak...

Alaa... sama je laa macam IPT biasa bukan?
Tapi sebenarnya tidak!
Sebabnya universiti ni bukan kerajaan mahupun swasta...
Tapi Universiti ini adalah milik Allah iaitu University of Dunia till Akhirat...

Cuba fikir-fikirkan...
Dan cuba hadam lalu faham-fahamkan...
Semasa di IPT, kita siswa/siswi bukan main lagi nak kekalkan pointer...
Nak dapat dekan semua tu bagai...
Tapi macam mana dengan pengajian kita di University of Dunia till Akhirat?
Macam mana dengan pointer keimanan kita ea?
Dapat "REDHA" ke tidak?

Ezie terfikir tentang semua ni dan...
Tiba-tiba malu sendiri...
Sebabnya????

Bila nak buat assgnmnets, bukak internet tanya pakcik google...
Tak cukup dengan tu, sanggup menapak p library untuk carik bahan rujukan...

Tapi...

Bila nak buat assgnments dari University yang lagi satu tu...
Kadang-kadang nak bukak Quran pun tak...
Macam mana nak graduate dengan jaya?
Menapak ke majlis ilmu/surau pun jarang...

Kawan-kawan macam mana?
Kalau ada yang mampu imbangkan dunia dan akhirat tu...
Teruskan ya?
Kalau ada yang masih terkial-kial macam Ezie...
Moh ler kita try lagi ya? =)
Mana laa tau kot-kot kita pun boleh seimbangkan kedua-duanya...

Sama ada kita mampu graduate atau tak...
Terpulang kepada yang Maha Kuasa...
Kita sendiri pun tak tahu di mana tapak kita...
Kerana itu Rahsia-Nya...

Graduate dengan pingat tertinggi insyaAllah syurga Firdaus...
Semoga kita semua dalam lingkaran Rahmat-Nya...
Amin... =)

No comments:

Post a Comment