Wednesday 31 July 2013

Gara-gara belon Ezie tewas air mata!!!

Assalammualaikum and greeting to all.... Apa khabar kawan-kawan Ezie sekalian alam? Chewahh...hahaha!!! Ramai beno bunyik nyerr...

Anyway korang, tahu tak apa itu belon? Alaaa....tak kan laa tak tahu kot? Benda yang selalunya bulat warna-warni tu laa...tau tak? Hmm...kalau ada majlis atau party biasanya orang akan buat benda tu untuk hias...pendek kata benda tu seolah-olah membawa maksud kegembiraan... Hok aloh...dok tahu lagi? Ni haa...Ezie siap bubuh gambo dia ni haa....



Kenapa Ezie kata macam tu? Well, cer fikir....biasanya kalau ada majlis-majlis seperti majlis hari jadi, biasanya benda inilah yang akan ditiup dan digantung untuk dijadikan hiasan sebagai penambah kepada perisa suasana keceriaan...maklum laa dah warnanya pon berwarna-warni...kan? Cuba mai letak masa orang meninggal, mampuih la...bukan setakat tak sesuai malah dengan hang sekali kena tibai kang...mana tak nya hang dok macam meraikan kematian seseorang...seolah-olah engkau bergembira pulak! Nampak tak perbezaannya di situ? So, setuju ke tak bila Ezie kata belon ni mampu menaikkan semangat kegembiraan? (Ezie angguk-angguk sendiri).....

Nak dijadikan cerita (baru berlaku malam tadi, dunia realiti bukan fantasi)... Ezie punya group members tengah tiup-tiup belon untuk hiaskan booth yang akan digunakan exhibition bagi subjek Business in English yang Ezie ambik sem ni...

Ezie cuba berlagak cool dengan sedaya upayanya namun tidak jugak berjaya....kerana apa? Yes!!! It is because I am afraid of it!

Belon tu memang laa bulat, tak ada benda-benda tajam yang boleh mencederakan Ezie tapi rasa takut tu lebih menggila bila belon tu menjadi lebih besar dan besar.... Ezie sendiri tak pasti apalaa agaknya yang Ezie takutkan sangat-sangat tapi seriously, Ezie akan jadi takut bila mengenangkan bunyi letupan (pakkk!!!) yang kuat jika belon yang besar gemuk dan bulat itu meletup...

Ezie takutkan bunyi letupan? Yup! Ezie memang tak sukakan bunyi letupan sebab Ezie selalu terkejut mendengar sebarang bunyi letupan yang berfrekuansi tinggi (contohnya seperti mercun)....Pendek kata Ezie tak suka semua benda yang meletup-letup!

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan mengusik Ezie bila tahu Ezie asyik melarikan diri dari booth kami malah tak datang dekat sebaik saja belon pertama ditiup. Usik punya usik, entah macam mana tengah Ezie merenung belon yang bulat membesar tu, tiba-tiba salah seorang ahli group menyergah (dengan kuat) menyebabkan Ezie terkezut tahap maksima (apatah lagi masa tu tengah merenung belon!)

Tanpa dapat dikawal, Ezie mula menangis! Argh! Seriously, Ezie sendiri pun tak percaya! Ezie menangis di depan kawan-kawan kerana sergahan ahli group yang pada awalnya hanya untuk mengusik Ezie yang terlampau takut dengan belon. Tapi tak sangka pulak jadi macam tu!

Cengeng jugak Ezie ni rupanya! Malu? Tok sah katalaa kan sebab muka ni memang dah tebal 5 inci dah pon...mana tak nya...ada soalan yang berbunyi seperti "Why she is crying?" then the answer pulak macam ni "She is afraid of the balloons...we keep making fun of her about it..."

Ada jugak kawan-kawan yang memang dah tahu tahap ketakutan Ezie dengan benda alah tu, terharu jugak bila diorang kata "Wei, jangan bagi belon dekat Ezie...dia fobia benda bulat ni..." and bila Ezie nangis diorang mula memujuk...thanks korg! Korg memang betul-betul buatkan Ezie feel better.... :D

Lain kali, kepada sesiapa yang tak tahu tu...sebelum Ezie mula menangis akibat diusik (usik tu jangan melebih)...Ezie x pernah menipu bila Ezie kata Ezie takutkan sesuatu...Ezie rasa mesti masa malam kejadian ni diorg tak anggap Ezie serious sangat kot sebab kat luar sana ramai jugak yang takutkan belon but maybe tak sampai macam tahap Ezie....

Friends, Ezie pernah suka belon suatu ketika dahulu (of course waktu kecik) sampaikan Ezie tak boleh berpisah langsung dengan belon but satu incident tu telah merubah semuanya... tengah syok tiup (kecik lagi saiznya macam buah mangga) tiba-tiba belon tu meletup dan menyebabkan bibir Ezie pecah dan berdarah...Sakit? Tok sah cerita laa kan?

Ezie rasa semuanya bermula dari situ kot... Ezie pernah jugak nak overcome masalah fobia ni tapi tak boleh... Ezie takut dan tak kuat nak menyentuh benda alah tu lagi... walaupun belon tu berwarna-warni dan cantik, walaupun mampu melahirkan suasana yang lebih ceria....

Dulu kawan Ezie pernah kata, Ezie ni pelik sebab takut pada benda yang berwarna-warni... Haaa...kenapa dia kata macam tu? Well, sebab Ezie pun ketaq bila tengok badut dan custom (orang yang pakai custom panda ke rimau ke)... Even Ezie tahu yang badut tu orang and custom tu jugak dipakai oleh orang, but its looks very creepy! It's scary! Badut tersenyum lebar sampai ke telinga, seriously amatlah menakutkan! Make up nya yang terlampau berwarna-warni membuatkan Ezie gerun! Ezie pon tak tahu kenapa orang lain sukakannya padahal badut tu nampak menakutkan sangat-sangat! Custom pun macam tu! Dah laa besar semacam...asyik tersenyum pulak lepas tu cara jalannya, caranya menyentuh orang....argh! Menakutkan!

Ezie tak kisah kalau dilabelkan sebagai penakut as long as Ezie happy! Biarlaa orang kata heroin dalam cerita dongeng tak mungkin takut pada benda yang remeh seperti di atas sebabnya watak itulah yang nantinya berhadapan dengan ahli sihir jahat, raksaksa ganas atau mungkin ular tedung jadian! Tapi maaflah ya, barangkali ceritan dongeng Ezie ada kelainan berbanding dengan cerita dongeng yang lain.

Ahh...peduli apa? Kisah dongeng Ezie so suka suki Ezie je laa nak buat macam mana kan? Hahaha... itu barulah dikatakan kreatif! (ahaks..kreatif laa sangat!)

Okay semua.... Ezie nak blah lu... sudah sampai masanya untuk Ezie pergi berhadapan dengan ahli sihir jahat (dedebu bilik yang minta disapu / dilap) heee...maklum laa...raya dah dekat, sebelum balik ke kampung tu, bilik di kolej ni kenalah kasi bersih dlu...supaya nanti bila balik ke rumah, kita dah tak fikirkan sebarang debu di kolej...(erk? sebarang debu? buat apa nak fikir?) :3  <--- diri sendiri pon heran....


No comments:

Post a Comment