Monday 26 August 2013

Ini betul betul punya kejadian bukannya tipu-tipu

Assalammualaikum w.b.t dan hai kepada awak-awak yang comel-comel belaka ni yer? Eh? Apa yang betul betul punya kejadiaan bukannya tipu tipu sepertimana yang Ezie katakan di atas? Haa...sabaq na...ni laa Ezie nak habaq la ni...

Sebagai permulaan, awak-awak yang comel ni tahu x pasal majalah kecik yang diberi nama MASTIKA? Ada tak diantara awak yang comel molek ni penggemar majalah tersebut? Haa...kalau ada maknanya kita sama! Tapi kalau tak tahu atau tak minat tu tak apa laa ye? Minat kita yang namanya manusia ni memang lain-lain. Tak semuanya sama... betul tak? Walaupun berbeza tapi kita masih kawan kan? 

Hehehe...sebenarnya kan awak...hari tu Ezie ada laa berkongsi cerita dengan salah seorang wartawan majalah tersebut. Pada mulanya takut-takut jugak nak berkongsi sebab dia orang berkejaya...kerjaya dia sebagai wartawan membolehkan orang-orang tahu dan kenal siapa dia. Bagi yang minat majalah kecik ni mesti tahu siapakah gerangan beliau.

Ezie takut bukannya sebab saja-saja nak takut but Ezie takut kalau dia tak nak bagi respon. Sebenarnya Ezie pernah berjumpa dengan seorang pelukis komik yang agak dikenali ramai jugak dan sekarang dia ada laa salah seorang ahli keluarga PTS one. EH? Jap...hang pa suma tahu ka apa tu PTS one?

Haaa...kalau yang baca novel mesti tahu ni... Hehehe! Ezie jumpa dia masa bengkel penulisan kreatif yang diadakan di UPSI masa Ezie sem 2 yang lepas. Katanya dia akan bantu kami-kami (orang-orang yang berminat atau serius nak jadi penulis) untuk bernaung atau mencipta nama dibawah dia orang punya cabang tu (cawangan bak kata my grandmother) but when Ezie asked him question  that is related to the writing field (after bengkel tu habih laa)...until today he doesn't give me any answer...sob sob (nangis pilu)..BUT...!!!

Never mind, lupakan kisah sedih tersebut. (sambil lap air mata dan kesat-kesat hidung) Hehe... berbalik kepada wartawan tadi, dia tak sombong pun malah mempelawa Ezie untuk bersilaturrahmi dengan isterinya. Dia dengan penuh relanya ingin membantu Ezie merungkai satu persatu persoalan yang memerlukan jawapan....err...dah namanya persoalan mestilaa perlukan jawapan kan? Heh...ape laa Ezie ni...

Sesungguhnya Ezie amat-amatlah berbesar hati dengan beliau dan amat senang hati jugak laa... Ezie harap beliau akan terus suksess dan akan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjanganlah ya? Begitu juga dengan keluarga beliau, harapnya lebih bahagia hendaknya... AMIN~

Haa...nampak x kengkawan Ezie yang molek-molek sekalian? Kalau kita baik dengan orang, orang pun senang hati dengan kita, InsyaALLAH orang tersebut akan mendoakan kesejahteraan kita macam yang Ezie buat ni... disebabkan Ezie senang hati dengan beliau, Ezie nak beliau terus suksess dan dirahmati...

Harapnya ramai lagi yang seperti beliau. Terima kasih wartawan mastika Mohd Ali Atan kerana sudi mendengarkan kisah hamba ALLAH yang satu ini... Terima kasih juga atas nasihat supaya jangan pernah takut dengan apa yang hamba ALLAH ini alami kerana itu semua adalah kehendak Dia dan hamba beruntung kerana Dia sudi berkongsi dengan hamba-Nya yang satu ini. Terima kasih sekali lagi ya?

Baiklah semua, Ezie nak blah! Hehe...nak buat assgignment. Terimalah salam wangi penuh bunga-bunga mawar daripada hamba yang bergelar Ezie Fazira. Peace yo! Assalammualaikum!

Sunday 25 August 2013

Ezie dan tutorial

Assalammualaikum and Hi to all of you....
Okay, today Ezie would like to share a video that Ezie have to ( I mean forced to make it)...
Because this semester Ezie taking Multimedia and the web as my subject and making this video is also one of the assignment so Ezie don't have any choice...right?

Hahaha!!! Speaking orang puteh laa pulak! Aishehmen...hehehe...!!! Sebenarnya guys, video ni video pertama yang mana di dalam video ini hanya ada Ezie, dan Ezie lagi dan lagi. Idea untuk buat tutorial ni sebenarnya datang daripada seorang lecturer dan alhamdulillah idea ini diterima oleh lecturer Ezie yang mengajar subjek Multimedia and the web tu...

Sejujurnya, Ezie mana pandai nak belit tudung sana sini tapi kerana nak buat tutorial Ezie terpaksa belajar cara nak lilit sana lilit sini... Kalau tak percaya boleh tengok video ni tapi jangan menyampah pulak ya sebab muka Ezie ni x comel macam tutor-tutor tudung yang lain... (sambil main-main batu kecik)

Sudah laa muka macam orang kena paksa (well, memang kena paksa pun) but never mind laa... korang tengok laa sendiri ya? Maaf kalau ada salah dan silap. Ezie budak baru belajar dan kalau salah tolong laa tunjuk ye? Jangan tunjuk je tapi tolong ajar sekali tau...

Hehehe...okay now, here the video that Ezie talking about! Enjoy! (err....) Bukan enjoy but...tengok ya? Enjoy sudah semestinya bukan perkataan yang sesuai sebab video ni tak best langsung pon tapi jangan laa menguap pulak ye? Heee....


Malunya...!!! <---- nyorok bawah meja!
Hehe...Ezie mengundur diri dulu ya? Salam sayang salam penuh senyuman...
Tata....Assalammualaikum...

Saturday 17 August 2013

Ezie menang dapat hamper besar!



Cakkk! Haaa....assalammualaikum semua! Salam 1 Malaysia tiada 2 dan salam sejahtera pagi petang siang malam....

Besar tak Hamper ni? Hehe.. Ezie dapat sebab Ezie menang pertandingan menulis cerpen peringkat kolej! Haha..seronoknya!

Tahun lepas Ezie ada jugak mengikuti pertandingan yang sama tapi dapat tempat ke-3 jaa dan tahun ni Ezie dapat tempat pertama! Yeaay!!!

Kawan-kawan dah baca tak lagi cerpen yang Ezie karang tu? Kalau kawan-kawan nak baca, singgah lerr di ruangkaryaezie.blogspot.com ya? Post yang pertama adalah karya yang Ezie gunakan dalam pertandingan tu...

Ezie tak menjanjikan kawan-kawan terhibur membacanya tapi Ezie sekadar berkongsi. Ezie bukanlah penulis yang bagus. Masih banyak yang perlu dibelajar malah masih banyak rongak yang perlu ditampal.

Ezie hanya berkarya kerana hobi dan minat. Ezie suka bermain dengan ayat dan bahasa. Jadi kalau ada kekurangan maafkan Ezie ya dan harapnya sudi laa memberikan komen yang mampu membina Ezie untuk jadi lebih baik....

Sekian saja dari hamba ALLAH yang bernama Ezie Fazira, salam sayang penuh rindu, penuh bunga harum mewangi...see you soon!

Friday 16 August 2013

Pernah tak menghadapi situasi ini?

Asslammualaikum semua! Selamat sejahtera! Apa khabar? Harap sihatlaa hendaknya ya? Kali ini, Ezie nak tanya pernah tak anda semua menghadapi situasi seperti ini? Haa..nak tahu situasi yang macam mana? Meh laa teruskan bacaan anda ya?

Situasi 1

Anda berada di dalam tandas, pintu tandas dah elok-elok dah anda kunci. Tiba-tiba ada bunyi ketukan disusuli dengan soalan "ada orang tak?"

Pernah ke tidak? Hee...lain kali anda jangan laa jawab " ade" sebaliknya jawab laa macam ni "Tak ada orang, sekarang ni pun taik yang bercakap" =,=

Situasi 2

Jam telah pun menunjukkan angka 2 pagi, anda pulak tengah sodap-sodap tidur. Tiba-tiba hp anda berbunyi, dengan mata yang berat anda jawab telefon...rupa-rupanya kenalan anda yang telefon dan bertanya "wei, kau dah tidur ke?"

Jawab laa macam ni yer? "Pukul 2 pagi adalah waktu di mana mataku segar bugar mengalahkan burung hantu dan kelawar" halus je bunyi sindiran nye kan tapi mampu jugak nak buatkan orang sentap!

Situasi 3

Anda sedang berjalan menuju ke kedai makan. Terjumpa pulak kenalan di sana lalu dia bertanya kepada anda "eh? kau nak g mana ni?"

Chopp! Jangan jawab nak g makan (sbb dia sndri boleh nampak anda sedang berada di dalam sebuah kedai makan malah terserempak nya pun di dalam kedai makan) so, jawab je ape-ape yang sepatutnya...contohnya seperti ini...

"Aku...aku nak g johor. Boleh kan beli tiket kat kedai makan ni haa?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*Ini hanya gurauan semata-mata....hehe...peace =D
* Salam sayang penuh bunga daripada hamba,
* Ezie Fazira

Monday 12 August 2013

Sudi-sudi laa singgah ye?

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera ollz...

Rasanya masih tidak terlambat kalau Ezie nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang meraikan kedatangan syawal ya? Ezie nak mintak ampun kalau-kalau ade yang tersakit hati dengan Ezie ke, atau mungkin ayat Ezie terkasar ke, atau mungkin jugak Ezie ni membuatkan jiwa raga kome menggeledak ke, Ezie mintak maaf ya?

Anyway guys, Ezie buat blog baru! Blog ape? Haa...meh cnie datang dekat Ezie nak cerita....Seperti yang majoriti you guys sedia maklum, Ezie ni memang suka menulis (berimaginasi lalu menceritakannya dengan kaedah menulis)....dan atas sebab tu juga laa wujudnya blog kisah dongeng Ezie Fazira ni kan? Heee...tapi chop! Sekarang ni kita bukan nak bercakap tentang blog kisah dongeng tapi sebenarnya Ezie nak bercakap sekaligus memperkenalkan ruangkaryaezie.blogspot.com........

Apa yang ada di situ? Haa...inilah yang Ezie nak ceritakan! Bagi sesiapa yang suka membaca cerpen pendek, kome boleh laa singgah ke blog baru Ezie tu ya? Dekat situ Ezie akan muatkan semua karya Ezie (maybe majoritinya cerpen) atau mungkin Ezie akan selitkan jugak puisi... Ezie dengan senang hatinya nak share karya pendek Ezie (sharing is caring kan?) sebab Ezie nak tahu jugak tahap penulisan Ezie yang tak seberapa tu...nak tahu ape komen you ollz sume...so, feel free laa ya to drop some comments? =D

Ezie dengan rendah diri memohon kepada you guys semua untuk singgah ya? Jangan lupa komen tau... Ezie perlukan komen anda semua untuk Ezie perbaiki dan jadi lebih baik...=)
Selain tu jangan laa lupa follow Ezie sekali ya? Hehe...itu pun kalau anda sudi....(Ezie tidak memaksa) ikhlaskan hati laa ya...?

Akhir kata jangan lupa jenguk blog baru Ezie tu ya? Ezie promote sungguh-sungguh ni! Hahaha...jangan risau nak singgah, anda tak perlu bayar...jangan takut nak komen, Ezie tak marah...jangan teragak-agak nak follow, Ezie sentiasa terbuka hati menerima...=D

Sekian dulu ya awak yang comel? Ezie nak blah lu...jangan nakal-nakal nanti mak piat telinga baru tau....hee...=p


Feel free to visit ruangkaryaezie.blogspot.com
Feel free to comment
Feel free to follow
Ezie Fazira appreciate all very much
''\(^,^)/''