Wednesday 6 March 2013

Ezie Fazira pernah hanyut dalam dunia imaginasi yang telah menghasilkan sebuah cerpen

Salam and greetings to all of you! Well, kali ni Ezie sebenarnya nak kongsikan sebuah cerpen yang pernah Ezie coretkan dahulu. Semuanya bermula dari imaginasi Ezie yang terlebih had ini. Tajuk cerpen ni...hmm....ntah! Ezie pun tak tahu...Hehehe...jangan hairan kenapa cerpen ni tiada tajuk walaupun cerpen tu hasil karya Ezie sebab Ezie memang ade masalah untuk memikirkan tajuk...

Well, feel free to drop some comments. Cerpen ni Ezie buat beberapa tahun yang lepas. Ezie baru terjumpa balik. Cerpen ni ade beberapa pages so Ezie divide-kan kepada beberapa part laa ek? So, enjoy the moment for a while k? Chill....Ezie Fazira presenting....jeng jeng jeng!!!


PART 1


            Dia merenung tepat seraut wajah itu. Sebuah renungan redup penuh kasih dilontarkan. Tiba-tiba air matanya jatuh tanpa dipaksa. “Ayah, maafkan Kimi…” hanya itu yang mampu dimuntahkan dari bibirnya.

            Sekeping gambar bersaiz 4R itu sudah hampir renyuk didakapnya. Setiap kali dia merenung gambar itu, setiap kali itu jugalah air matanya jatuh tanpa mampu dikawal. Perasaan rindu yang menebal di relung hati menjadikan jiwanya lemah. Terasa diri begitu berdosa.

            Esakannya semakin lama semakin jelas. Semakin sayu dan meruntun jiwa sesiapa saja yang mendengarnya. “Ayah…Kimi minta maaf…” sekali lagi dia memuntahkan ayat yang mempunyai maksud yang sama. Anak matanya masih lagi merenung seraut wajah yang melakarkan sebuah senyuman indah.

            Timbul pula keinginan untuk mengucup pipi si pemilik wajah namun sayang hanya gambar yang dia ada. Sudah sekian lama dia tidak berjumpa dengan lelaki yang sedang tersenyum itu. Ahh…perlahan-lahan dia semakin hanyut. Dirinya tercampak ke alam nostalgia yang amat memilukan.

            Dia masih ingat. Suatu hari yang damai, perut berkeroncong menjadi tanda tengahari telah menjelma. Ibu masih di dapur. Menyediakan juadah untuk dijadikan santapan. “Ibu, Kimi lapar.” Dia mengadu kepada ibu.
            Ibu hanya tersenyum dan mengusap kepalanya penuh kasih. “Sabarlah, sayang. Kejap lagi ayah balik kita makanlah bersama.” Dia mendengus kasar lantas berlari-lari ke muka pintu. Dijenguknya keluar, kelibat ayah masih tiada. Hatinya mula panas. Tidak tahukah ayah bahawa dia sedang kelaparan di rumah? Kenapa lambat sangat nak balik?

            Tidak lama kemudiaan, kelihatan seorang lelaki sedang melangkah perlahan menuju ke halaman rumah. Oh…itupun ayah sudah pulang. Dia menunggu di depan pintu rumah sambil bercekak pinggang. Sesungguhnya dia benar-benar marah akan kelewatan ayah pulang.

            Kelihatan ayah tersenyum sambil mengesat peluh yang mengalir membasahi dahi. Baju ayah juga sudah lencun akibat peluh. Dia langsung tidak membalas senyuman yang dilemparkan oleh ayah.

            Sebaik sahaja kaki ayah menginjak anak tangga yang pertama, dia sudah mula membebel penuh lantang. “Ish…kenapa lambat balik? Ayah tahu tak Kimi hampir mati kebuluran tunggu ayah balik? Kimi lapar! Ayah ni jahatlah.”

            Ayah tersenyum cuma. Dia kehairanan. Kenapa ayah tersenyum bila kena marah? Dia bukannya bergurau dengan ayah. Dia sebenarnya sedang memarahi ayah. Tapi kenapa ayah tersenyum? Dia bukannya sedang membuat lawak mahupun sebarang hiburan. Kenapa ayah masih tersenyum?

            “Anak ayah lapar? Maaflah, nak. Ayah lambat balik hari ni. Kimi lapar ya? Jom makan.” Pujuk ayah lembut. Segaris senyuman masih terlakar indah buat tatapannya. Tapi dia masih lagi menayangkan wajah kelat.

            Ayah mendekati dia. “Sebagai hukuman ayah dukung Kimi, ya?” Dia mula tersenyum mendengarkan kata-kata ayah itu. Serta-merta dia melompat ke arah ayah yang masih bersisakan peluh.

            “Lain kali jangan lambat lagi! Kalau tak Kimi cubit-cubit ayah.” Ugutnya. Ayah masih lagi tersenyum malah kali ini kedengaran ayah tergelak kecil. Dia diserang dek hairan. Kenapa ayahnya kena ugut pun senyum? Adakah semua tentang dia menjadi penghibur kepada ayah? Ahh…dia tidak tahu. Betapa rumitnya orang dewasa.

No comments:

Post a Comment