Friday 21 February 2014

Adakah Kita Setia Atau Curang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua kawan-kawan yang segak bergaya
Cantik dan kacak, comel dan anggun
Baik dan ramah, menarik dan tertarik
Kalian memang daaa boommm!!!

Eh? Semacam terlebih pulak daa mukadimah Ezie pada kali ini ya?
Apa-apa jer laa yang penting ikhlas dari hati tuuu...
Hehehe!!!

Guys, kali ni Ezie nak borak pasal cinta...okay tak?
Menarik tak topik cinta untuk dibincangkan bersama ya?
Hurmm...tadi masa Ezie online FB...
Ada sesuatu yang menarik perhatian Ezie...
Sesuatu yang berkait rapat dengan diri kita iaitu....

AYAT 1
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
-Maknanya lebih baik blah daripada stay terus dengan orang yang tak cintakan kita-

Ataupun ini...

AYAT 2
"Aku setia engkau curang"
-Maknanya kita tak pandang pun orang lain tapi dia plak pantang tak tengok orang lain-

Agak jiwang ke topik Ezie kali ni?
Hahaha...Ezie tak kisah!
Ezie tetap nak teruskan jugak!
First of all, Ezie nak tanya adakah kita seorang yang setia?
Atau mungkin kita seorang yang tidak setia atau dalam erti kata lain curang?

Kalau "ya, saya setia" jawapan kalian...
Cuba renung sebentar...
Adakah jawapan itu hanya untuk sang kekasih?
Bagaimana pulak dengan sang Pencipta?
Adakah anda juga setia?

Apakah yang Ezie maksudkan dengan setia kepada DIA ya?
Rasanya kalian mesti sudah boleh teka...
Amalmu? solatmu? Ibadahmu?
Adakah anda setia?

Jom kita tengok AYAT 1 seperti yang di atas...
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Kalau dalam perhubungan kita dengan seseorang tak kisahlah gf/bf/bff/etc...
Mesti kita tak akan stay pada orang yang khianat pd kita kan?
Kalu dengan Bf/gf...mesti kita terfikir untuk tinggalkan dia...
Lebih baik carik yang lebih memahami, tahu menghargai dan tidak akan mengkhianati...
Baru laa berbaloi kalau nak setia...
Tidak laa terasa kita nih membuang masa kerana setia di balas cinta...
Dakk gtuu sume?

Tapi kenapa kita jarang setia pada DIA?
Ezie tak akan guna term "tak pernah setia" kerana Ezie yakin ada masanya kita akan setia...
Melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan...
Tapi persoalaannya kenapa kita sering curang?
Kita tahu DIA sentiasa cintakan kita...
Tapi kenapa kita masih tak setia pada DIA?

Bila keadaan ini berlaku...
Maka situasi AYAT 2 akan berlaku iaitu...
"Aku setia engkau curang"
Tatkala DIA setia memerhati, mendengar curahan kita yang kadang-kala datang dan pergi...
DIA masih setia berada di dekat kita...
DIA juga sentiasa ada untuk memujuk hati tatkala gundah, tatkala punah...
Tapi kenapa kita masih curang?
Kenapa masih tidak ada cinta?

Sedar tak sedar DIA tak pernah pergi...
Tidak pulak pernah DIA berkata "Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Hanya kita yang semakin menjauh...
Sedangkan DIA pula sebaliknya iaitu "Aku setia engkau curang"
Subhanaallah...tatkala kita kembali DIA sentiasa sudi menerima kemaafan kita...
Tatkala kita pergi DIA berharap kita untuk kembali...

Fikir-fikirkan...
Renung-renungkan...
Semoga kita adalah golongan yang bertuah...
Aminnnn ~~

<Jika cinta pasti setia, jika setia pasti ada cinta>

Salam sayang penuh debunga,
Ezie Fazira



Tuesday 18 February 2014

English Language Camp by Student Diploma in English UPSI

Assalammualaikum semua!
Minggu ini Ezie manyak cenyum wooo...
Maklumlah atas Izin Allah segalanya berjalan dengan lancar...

Hehehe...
Jika sebelum ini Ezie tak aktif berblogging...
Tapi selepas ini harapnya Ezie akan kembali aktif!!!
Yeaaaa!!!
Huh? Kenapa?
Well, of course laa di sbbkan English camp yang kami anjurkan sudaa pun selesai!

Pelbagai kenangan yang Ezie dapat...
Suka duka pahit manis sepanjang menjayakan program ini...
Sungguh bermakna bagi Ezie...
Mana taknya...
Ezie berpeluang untuk spend time masa dengan kengkawan...
Bukan satu dua orang tapi satu kelas!!!!!
Syukur sangat-sangat ke atas-Nya kerana mengizinkan program ini berjalan dengan lancar...
Maklum laa kita hanya mampu merancang, Dia jua yang menentukan...

Btw guys...
Ezie tak lokek pun nak share2 dgn kengkawan chumel nih semua...
Tentang aktiviti dan keriangan yang Ezie dapat...
Sebabnya Ezie dah standby daa nak upload gmbr bagi kome2 sume tengok...
Hahaha...so Enjoy guys! ^_^

I am a facilitator and this is my group (POLARIS) "Oh my, kenapa Ezie nampak gemuk sangat dekat sini?" -_-

Water splash!!! Hahaha... cantik jerrr air tuu kan?? Perfect pulak timing nak ambik gambar ni yaa? =D

Again with them (POLARIS) group members.... I already miss them badly... =(

Waaahhh!!! Again, that is me!!! Sooooo gemuk...

Big Family Picture! Cuba teka yang mana satu lecturer Ezie? hehehe....


Pada saat ini, sir yang dikelilingi pelajarnya yang majoriti perempuan pun berkata "I rasa selamat jeee kena keliling mcm ni" Hahahahaha....sir kami ni memang sporting habiss!!!

Again big family picture! Macam-macam gaya ada... bila nampak kamera semua jadi photo-gedik... -_-

Hahahaha!!! Yang ini lain cerita ya? kisahnya bermula apabila kami merindui zaman kanak-kanak maka kami pun menjadi seperti kanak-kanak...hehehe

Eh? Itu group zie lagi ke? Hahahaha... Werkkk... tengok muka Ezieeeee.... Kenapa begituuu baaa?? :O

Bila lensa kamera berjaya dikesan, maka kami semua mula beraksi... hahahah!!! Sungguh menghargai persahabtan ini Ya Allah... semoga dipanjangkan ukhwah ini...

Nak jugak panjat-panjat dekat taman permainan yang ada di MRSM tuuu... Heee... Best jadi budak hanya fikir mainnnn jeerrrr...

Eh? Banyak pulak gambar big family ni yer? Xpee laa kan? layan jerr...hehehe

Wahhh...again that is my kids? Ehh...nampak sangat Ezie niii bias...nak show group sendiri jee kan? Hahahaha

Penat sangat ke tuu dik sampai terbaring? Hehehe... gurau-gurau...sebenarnya ini salah 1 aktiviti yang ada dalam game ni...

Ni pulak kena hukum sebab kalah game... Tak pasal-pasal muka putih melepakkkk kena tepung tuuu...

Haaa....Nampak meriah tak kem kami ni?
Anda nak join tak?
Hehehe...Ezie pun nak wat lagiiii walaupun penat...
Budak-budak ni semua memang aktif...
EH? No no no....depa suma hyperactive!
Tapi ituu laa yang bestnyaaa... =D

Btw guys...
This camp was really awesome!
I really enjoyed my time there...
Semoga ALLAH berkati ukhwah yang terbina antara kami..
Student Diploma Bahasa Inggeris UPSI
Dan juga Pelajar-pelajar Tingkatan 2 MRSM Trolak...

Aminnnn....
Ingat dakuu dalam doamu...
Kenang daku dalam senyummu...
Assalammualaikum....




Wednesday 5 February 2014

Kalau laa Mati boleh di-postponed mentaa

Assalammualaikum guys... ^,^
Ada yang merindui Ezie x?
Hahaha...maklumlah Ezie lama dah tak muncul dalam dunia ber-blog ni...
Busy memanjang (Esaimen bertimbun mengalahkan bukit) =p
Ehehe...Gurau jer gurau...

Guys, sound weird jer tajuk entry pada kali ini kan?
Semacam tak comel dan semacam annoying je...
Ade ke kematian itu boleh dipostponed?
Mengarut betul laa Ezie nih!
Udah laa mengarut, mencarut pun ada!

Hah, ape cakap-cakap anda?
Memang tak bley langsung nak postponed pun kan??
Memang kita semua tahu pun tentang kenyataan yang satu ini kan?
Yang namanya ajal itu kalo nak datang depan muka pintu rumah
Dia x kan kabo kat kita dia nak mai...
Kita pon x tau dia dah mai...
Alih-alih dah keluar roh dari jasad....

Kawan-kawan mesti tahu yang malaikat Izrail itu akan datang menjenguk kita setiap hari kan?
Betul idakkk?
Izrail datang menjenguk bukan sekali dua tapi berkali-kali (70kali)...
Boleh tak bayangkan?
Masa dia datang menjenguk, kita tengah melakukan dosa?
Padahal dia datang bersama maut tapi kita masih lagi cool dan ilek2 saja buat maksiat?
Boleh jee kita tidur nyenyak tatkala azan subuh dah lama berkumandang?
Padahal kita x tau yang Izrail tengah dok jenguk kita dan tengok kita tidur...

Kita x tahu bila Izrail datang menjenguk sebab kita x nampak dia...
Kalau laa kita nampak dia mesti kita x nak buat jahat (dosa) dahh...
Sebabnya kalu sebanyak 70kali kunjungan dia tuu kita boleh nampak...
maknanya kita tahu sebanyak 70kali jugak maut datang kepada kita...
Sebab tuu laa orang kata perkara yang paling dekat dengan kita itu adalah MATI

Kita x bleh nak kata dekat Izrail "Postponed luu cabut nyawaku...tuuu si Polon2 dah lama sakit, apa kata p cabut nyawa dia luu? Dia dah nazak sangat dah...aku elok agi..sihat dan kuat!"
Kerna Izrail tuu tak macam kita (manusia)....
Bila Allah suruh jemput roh keluar dari jasad, dia akan p jemput...Even kita merayu meroyan sekali pun dia x kan ingkar pada suruhan Allah...
Padahal Izrail itu bersedih nak cabut nyawa umat manusia yang lalai semasa hidupnya...

Lain laa macam kita ni haa...
Allah suruh solat kita sengaja tinggalkan...
Allah suruh tutup aurat kita sengaja bukakkan...
Allah suruh jaga pergaulan kita pulak sengaja bertepuk tampar...

Guys, Ezie yakin jika mati itu boleh di postponed...
Maka akan ramailah yang mintak postponed...
Supaya diorang boleh berubah dan bertaubat...
Juga boleh engumpul bekal dibawa pergi...
Supaya boleh sujud kepadaNya dengan lebih lama...
Berdoa dosa diampunkan dan kebaikkan diterima...

Ezie x kan kata semua akan mintak postponed sebab Ezie juga yakin...
Ada di antara mereka sudah siap sedia bertemu dengan pencipta...
Malah rasa rindu sudah terbit di hati-hati mereka untuk bersama dengan pencipta...
Hidup di dunia hanya sekali...
Dan inilah saja peluang yang ada...
Alangkah indahnya kalau kita nanti bersedia seperti mereka yang lain...
Nak postponed mati memang mustahil...
Tapi mati itu pulak sesuatu yang pasti...

Guys, Ezie ni bukan laa orang yang baik...
Ezie juga selalu khilaf, lalai dan selalu sesangat buat salah (dosa)...
Ezie x pasti tentang kebaikkan yang Ezie buat...
Diterimakah kebaikkan itu sebagai satu pahala?
Tapi Ezie cuma yakin tentang satu perkara...
Setiap kejahatan atau laranganNya yang Ezie langgo tuu memang dikira sebagai dosa...
Atas sebab itulah Ezie suka memberi peringatan kepada diri sendiri...juga teman-teman sekalian...
Kerana memang indah kita bersahabat di sini (alam maya - blog) tetapi...
Lagi indah kalo persahabatan kita sampai ke syurga..=)

*AMIN*