Friday 21 February 2014

Adakah Kita Setia Atau Curang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua kawan-kawan yang segak bergaya
Cantik dan kacak, comel dan anggun
Baik dan ramah, menarik dan tertarik
Kalian memang daaa boommm!!!

Eh? Semacam terlebih pulak daa mukadimah Ezie pada kali ini ya?
Apa-apa jer laa yang penting ikhlas dari hati tuuu...
Hehehe!!!

Guys, kali ni Ezie nak borak pasal cinta...okay tak?
Menarik tak topik cinta untuk dibincangkan bersama ya?
Hurmm...tadi masa Ezie online FB...
Ada sesuatu yang menarik perhatian Ezie...
Sesuatu yang berkait rapat dengan diri kita iaitu....

AYAT 1
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
-Maknanya lebih baik blah daripada stay terus dengan orang yang tak cintakan kita-

Ataupun ini...

AYAT 2
"Aku setia engkau curang"
-Maknanya kita tak pandang pun orang lain tapi dia plak pantang tak tengok orang lain-

Agak jiwang ke topik Ezie kali ni?
Hahaha...Ezie tak kisah!
Ezie tetap nak teruskan jugak!
First of all, Ezie nak tanya adakah kita seorang yang setia?
Atau mungkin kita seorang yang tidak setia atau dalam erti kata lain curang?

Kalau "ya, saya setia" jawapan kalian...
Cuba renung sebentar...
Adakah jawapan itu hanya untuk sang kekasih?
Bagaimana pulak dengan sang Pencipta?
Adakah anda juga setia?

Apakah yang Ezie maksudkan dengan setia kepada DIA ya?
Rasanya kalian mesti sudah boleh teka...
Amalmu? solatmu? Ibadahmu?
Adakah anda setia?

Jom kita tengok AYAT 1 seperti yang di atas...
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Kalau dalam perhubungan kita dengan seseorang tak kisahlah gf/bf/bff/etc...
Mesti kita tak akan stay pada orang yang khianat pd kita kan?
Kalu dengan Bf/gf...mesti kita terfikir untuk tinggalkan dia...
Lebih baik carik yang lebih memahami, tahu menghargai dan tidak akan mengkhianati...
Baru laa berbaloi kalau nak setia...
Tidak laa terasa kita nih membuang masa kerana setia di balas cinta...
Dakk gtuu sume?

Tapi kenapa kita jarang setia pada DIA?
Ezie tak akan guna term "tak pernah setia" kerana Ezie yakin ada masanya kita akan setia...
Melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan...
Tapi persoalaannya kenapa kita sering curang?
Kita tahu DIA sentiasa cintakan kita...
Tapi kenapa kita masih tak setia pada DIA?

Bila keadaan ini berlaku...
Maka situasi AYAT 2 akan berlaku iaitu...
"Aku setia engkau curang"
Tatkala DIA setia memerhati, mendengar curahan kita yang kadang-kala datang dan pergi...
DIA masih setia berada di dekat kita...
DIA juga sentiasa ada untuk memujuk hati tatkala gundah, tatkala punah...
Tapi kenapa kita masih curang?
Kenapa masih tidak ada cinta?

Sedar tak sedar DIA tak pernah pergi...
Tidak pulak pernah DIA berkata "Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Hanya kita yang semakin menjauh...
Sedangkan DIA pula sebaliknya iaitu "Aku setia engkau curang"
Subhanaallah...tatkala kita kembali DIA sentiasa sudi menerima kemaafan kita...
Tatkala kita pergi DIA berharap kita untuk kembali...

Fikir-fikirkan...
Renung-renungkan...
Semoga kita adalah golongan yang bertuah...
Aminnnn ~~

<Jika cinta pasti setia, jika setia pasti ada cinta>

Salam sayang penuh debunga,
Ezie Fazira



No comments:

Post a Comment