Sunday 29 September 2013

Bila Jahat ingin menuju kebaikkan

Assalammualaikum semua!
Hai dan Hello serta salam sejahtera!

Kawan-kawan semua,
memang dah sekian lama kita tahu
bahawasanya manusia itu sering berubah
Dari jahat berubah jadi baik
Dari baik berubah jadi jahat pun ade

Tapi kali ni Ezie nak sentuh pasal berubahnya seseorang itu
Daripada jahat pergi ke baik....
Orang selalu kata yang jahat itu tidak akan selamanya jahat
kerana jika ALLAH membukakan hatinya
maka teranglah jalannya menuju kebaikkan

Namun begitu lontaran pandangan yang diberikan
Tidak sama dengan kata-kata yang dilontarkan
Persepsi yang kukuh tidak dapat diubah
Jika dikatanya Hitam itu buruk dan jahat
Maka buruk dan jahatlah ia

Baiklah, Ezie tak mahu membuatkan kawan-kawan semua berteka-teki lagi
Apa sebenarnya inti kepada bicara Ezie pada kali ini
Tapi sebelum Ezie berbicara dengan lebih lanjut
Ingin Ezie kongsikan sebuah kisah benar
Yang terjadi suatu ketika dahulu
Untuk membuatkan kalian lebih mudah faham
dengan apa yang Ezie cuba sampaikan

Ada seorang gadis yang selama ini tidak pernah menutup aurat
Bajunya ketat kadang-kala lengan putihnya ditayangkan sengaja
Rambut hanya disembunyi dengan tudung sekolah
Itupun hanya pada waktu persekolahan
Bila loceng sudah berbunyi maka terbanglah tudung itu

Suatu hari terdetik hatinya untuk berubah
Dinyatakan hasrat kepada sahabat namun dia terkedu

"Kau? Tudung? Hahaha!!! Tak payah...! Jangan buat lawak! Tak pernah-pernah kau bertudung, apsal buang tabiat pulak ni?" balas sahabat berulam tawa.

Niatnya dijadikan bahan jenaka
Namun dia nekad juga dan kerana bertudung
sahabat mula menjauh

Maka dalam mencari permata berharga (iman)
Dia mula mendirikan solat
Yang mana sudah belasan tahun dia hidup
Ditinggalkannya begitu saja

Dia mula mencapai Al-Quran
Terdetik di hati kali pertama dan terakhir dia khatam Al-Quran
Hanyalah ketika dia di sekolah rendah

Tapi, kerana masa silamnya dia jahat
Orang sering memandang serong kepadanya
Dengan mengatakan dia hanya berpura-pura baik
Orang katakan dia munafik
Orang kata dia tu bajett jerr baik tapi hampeh

Kawan-kawan sekalian,
Cuba tengok di sekeliling kita
Ada tak mereka yang masih tergapai mencari cinta hakiki?
Ada tak mereka yang bersendirian kerana dosa silam?
Ada tak mereka yang disisihkan kerana kejahatan yang pernah dilakukan?

Orang kata manusia itu akan berubah
Layak diberikan peluang untuk berubah
Tapi majoriti manusia pada hari ini
Hanya tahu melontar kata
Tapi tindakannya langsung tiada

Yang jahat kekal jahat
Yang baik dipandang mulia
Bila yang jahat ingin menuju kebaikkan
Yang jahat masih juga kekal jahat

Apa pendapat anda?
Tepuk dada tanya selera

Monday 23 September 2013

Manusia lebih takutkan manusia berbanding Tuhannya???

Assalammualaikum and hello everyone!
Bersua lagi kita pada kali ini...!
(Yeaayyy)

Ape pendapat korang dengan statement ini?
"manusia lebih takutkan manusia itu sendiri berbanding Tuhannya"
Betul ke?

Kalau bagi Ezie sendiri mungkin jugak ada betulnya...
Kenapa?
Okay, meh kita tengok sekeliling kita sekarang ni...

Untuk contoh yang pertama ni,
Ezie ambik contoh isu yang sentiasa hangat diperkatakan...
Bukannya apa sebab semua orang tahu tentang isu ini...
Well, isu apa lagi kalau bukan isu pembuangan bayi...

Pernah tak korang terfikir kenapa bayi-bayi  ini dibuang?
Dilempar, dibunuh dan ditanam?
Mungkin ada yang akan menjawab...
"Bayi haram sebab tu mereka buang"

Chopp!!!
Siapa kata bayi itu haram?
Mereka tidak haram malah mereka itu suci...
Yang haramnya ialah perbuatan si pembuang bayi...
So, tetttt...!!!
Secara automatiknya jawaban anda salah!

Mungkin akan ada jawaban lain pulak berbunyik seperti ini...
"Anak luar nikah biasalah tu..."

Atau jugak seperti ini...
"Lelaki tak nak tanggungjawab..."

Atau mungkin seperti ini...
"Entah ke manalah sifat keibuan mak bayi ni haa..."

Walau ape pun jawaban yang diberikan...
Ezie rasa statement tadi itu lebih sesuai...
Kerana pada pendapat Ezie 
manusia lebih takutkan manusia itu sendiri berbanding Tuhannya 
kerana...

  • Sifat manusia yang suka menghukum!     

- Ini kenyataan! Walaupun manusia tidak layak untuk menilai apatah lagi untuk menghukum manusia yang khilaf itu, namun mungkin sudah fitrah semula jadi manusia ini. So, kerana lebih takut dihukum oleh manusia-manusia ini, manusia yang berbuat salah akan sedaya-upaya menyembunyikan kesalahan yang dilakukan demi mengelakkan diri daripada dihukum oleh manusia-manusia tersebut dan secara automatiknya menjadikan manusia khilaf ini meletakkan rasa takutnya kepada Tuhannya di tempat yang kedua.

  • Risau dicemuh!
- Bertitik-tolak dari perkara yang kat atas ni, manusia khilaf risau akan dicemuh sekiranya kesalahan atau kesilapan mereka diketahui umum! Jika ini berlaku, sudah semestinya aib mereka akan terbukak! Jadi mereka simpan kesilapan mereka diam-diam tapi lupa Allah itu maha mengetahui. Mereka mungkin akan berbohong bagi menutupi aib mereka dan secara automatiknya dosa berbohong akan dicatit. Percayalah mereka akan terus berbohong demi menyelamatkan diri.

  • Risau dibuang keluarga!
- Semua orang tahu keluarga itu sangat penting. Pendek kata tanpa keluarga siapalah kita tapi manusia (kita) selalu terlupa tanpa Tuhan (ALLAH) siapalah kita? Tepuk dada tanyalah selera. 

Sebenarnya banyak lagi sudut yang boleh kita lihat...
Bukannya setakat isu buang bayi jee...
Mencuri pun sama jugak...
Kenapa?

Well, cuba fikir balik kenapa pencuri tutup muka dengan topeng?
Itu sebabnya mereka takut orang akan kenal mereka!
Mereka takut kalau identiti mereka terdedah!
Nanti mesti akan ada manusia kata...
"Tuuu laa anak Pak Mamat ada kebun, pencuri rupanya!"

Lepas tu mesti ada jugak desas-desus angin bertiup...
"Jangan kawan dengan si pencurik tu!"

Bila kelurganya dah tahu mesti drama melayu akan ditayangkan...
Free show tak perlu bayar tiket kat pawagam...
"Kau bagi malu keluarga! Keluar kau dari rumah ni...!"

Well, sama jugaklah kalau perogol...
Mereka tak kan merogol dpn orang ramai...
Amatlah mustahil mereka ini akan merogol di tengah jalan raya yang tengah sibuk!
Mesti mereka akan carik port luuu...

Port tak elok pun tak apa...
Asalkan takde orang boleh nampak..
Sebabnya nanti kalau orang nampak naya laa..
Kantoi laa!

So, ape pendapat korang sekarang?
Ada betulnya ke tidak statement di atas?

Tuesday 17 September 2013

Less talk, more act!

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera...
Apa khabar agaknya anda-anda semua ya?
Harapnya sihat walafiat...
Kalau ada yang demam atau berhingus sikit tu harapnya cepat sembuh!

Anyway guys, pernah tak korang mengalami situasi yang begini?
Apabila kita buat sesuatu tugasan secara ber-partner atau groupping,
ada tak sorang member dalam group tu atau mungkin partner korang,
yang bijak semacam dalam menutur kata...
memuntahkan ayat dan mengalirkan perkataan demi perkataan...

Kononnya itu adalah sumbangan yang dia berikan,
But tak bersangkut-paut langsung pun dengan tugasan korang...
Insan ini hanya akan petah dan lancar bercakap mengenai isu-isu seperti berikut...
Ehem-ehem....!!!

**********

Pasal artis...
Ahemmm- Ahemmm (adjust suara sikit)

"Eh? Kau tahu tak artis ni nak kawen dgn ketua kelas dia masa zaman sekolah dulu? Haaa...kau jangan tak tahu! Dia kapel dengan mamat hensem tu tapi kahwennya dengan orang lain!"

Menganyam Ketupat (MENGUMPAT)

"Siapa? Minah yang pakai make up tebal 5 inci tu ka? Arghh... dia memang hampeh! Memang dasar perampas! Dulu bukan setakat pakwe orang dia kebas, tapi ayam golek aku pun disambarnya!"

Naik profesion sikit jd Dr. Cinta

"Janganlah heartbroken sangat... kumbang banyak lagi di luar nun... Kau tangkap je mana-mana kumbang yang kau berkenan... kalau ade pape jgn malu share... bukankah sharing itu caring?"

Isu panas (jiran Sebelah)

"Aku dengar Peot tu dah kawen dengan si Pokpet tapi tak tahu lerr apa kisah sebenar... dengar-dengarnya depa dua tu kena tangkap basah...aku tak nak laa cakap lebih-lebih tentang hal ni... tapi kan hari tu Bla bla bla bla...."

Ish...katanya tak mahu cakap lebih tapi dia bercakap jugak.... huhuhu


Tiba-tiba jadi ketua kumpulan

"Aku rasa kalau nak jayakan tugasan ni, kita perlukan idea yang hebat dan bernas. Kita perlukan sesuatu yang lain dari lain. Jadi, dengan ini aku arahkan kau dengan kau jana idea yang betul-betul brilliant. Kau dengan kau pulak kena senaraikan seberapa banyak langkah atau cara untuk kita jayakan tugasan ini. Aku pulak duduk saja...well aku kan ketua?

**********

Seriously kadang-kadang Ezie pun pernah ter-group dengan orang-orang seperti di atas...
Bercakap lebih tapi kurang pada perbuatan...
Hanya satu je nasihat yang boleh diberikan...
Less talk, more act!

Tak perlu bercakap benda yang tak sepatutnya...
benda yang tiada kaitan abaikan saja...
benda yang tak penting lupakan saja...
betul tak? betul tak?

Jangan sampai suatu hari nanti orang dah tak nak grouping dengan kome...
So...andai paham BISA...!!!

Friday 13 September 2013

[Take Note] Kononnya nak tunjuk sporting tapi...

Sebelum bermula salam dihulur
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kawan-kawan,
Kali ini Ezie nak bercakap tentang sesuatu yang mungkin kita x sedar
Atau mungkin kita x nampak dalam kehidupan realiti ni
Tapi kita boleh nampak jika dalam dongengan
So, mari belayar sejenak ya?

Kawan-kawan sekalian,
Ingat tak lagi kalau dalam sesebuah cerita dongeng
Mak ayah depa mesti (kebanyakkannya) sporting terhadap anak-anaknya
kan?
Sporting yang bagaimana?
Baiklah...Kali ini kita lihat dari sudut hubungan istimewa ya?
(Pakwe/makwe)

Kita boleh tengok mereka biarkan je anak depa pi dating,
Pi jejalan berdua malah...
Jika mereka kelihatan tidak mesra atau sudah lama tidak berhubung...
Mesti mereka akan bertanya tentang hubungan tersebut kan?
Menampakkan bahawasanya mereka concern tentang anaknya
Kita yang melihatnya mungkin hanya akan berkata
"Alah...lakonan je pon! Maklumlaah kisah dongeng!"

Guys, sedar tak sebenarnya cerita dongeng ini turut terdapat dalam realiti?
Dalam drama melayu pun banyak memaparkan kisah macam ni...
Kononnya mak ayah sporting...
Sama saja mcm cerita dongeng tadi...
Tapi mari kita lihat dari sudur realiti pulak...

Bagi Ezie,
Sebenarnya apa yang ditayangkan dalam drama atau dongengan
Semua itu datang bersama dengan sindiran halus
sampaikan kita tak terasa langsung dengan sindiran itu
Sebabnya terlampau halus!
Dan kita ingatkan ia hanyalah biasa-biasa aja...
Tapi sebenarnya tidak...
Kenapa?

Sebabnya begini ya, guys?
Kononnya anda dah ada anak dan anak itu pulak ada special person/ tunang
Then bila kita lihat mereka jarang bersama
Jarang mesra atau berjumpa
Memang kita kena ambil berat tentang mereka
Apatah lagi kalau dah ada ikatan tunang
Sebabnya kalau putus di tengah jalan
Mesti malu sebab nanti orang kiri kanan mesti kata macam-macam kan?

Lalu akan terkeluarlah dialog yang lebih kurang macam ni bunyiknya...
"Mana tunang kau? Tak keluar gi jejalan ke? Lama dah tak nampak korang bersama...gaduh ke?"
Guys...memang baik kalo nak jadi parents yang mengambil berat tentang anaknya kan?
But at the same time jangan menggalakkan mereka menuju ke jalan yang x sepatutnya...

Kita kadang-kadang lupa...
"Tunang" itu bukanlah tiket untuk selalu keluar dating bersama...
Masih boleh jugak mendatangkan fitnah yang bernanah...
Jadi adalah lebih bagus jika dielakkan...ya dak?

"Tunang" bukan tiket untuk act macam laki bini...
Terutamanya jika hanya pakwe makwe...
Mesra tu kalau dah jadi legal life partner x pe laa...
Malah memang digalakkan but...
Jika belum ada lafaz akad yang sah...
Lebih baik kita elakkan...

Ada banyak cara lain untuk tunjukkan kita punya concern kepada anak-anak...
Jangan tersilap pulak...
Kerana secara tak sedar kita seolah-olah menggalakkan mereka...
Menuju ke jalan kemaksiatan...
Berhati-hati dalam mendidik...
Kerana anak itu amanah dan anugerah dari ALLAH...
Jangan nanti di akhirat kita disoal tentang amanah dan anugerah ini ya?

Semoga kita bijak
Semoga kita mampu mengelak...
Amin...~

Pameran Sempena Hari keamanan Sedunia... Kita aman tapi mereka?

Assalammualaikum w.b.t
Selamat sejahtera semua

Kawan-kawan ingat lagi tak post Ezie yang lepas?
Ezie ada berjanji nak kongsikan tentang saudara seislam kita di dunia sana, kan?
Apa? Tak faham?
Maksud Ezie ialah saudara kita yang berada di dunia penuh pergolakkan itu...
Dunia di mana tanahnya adalah darah merah pekat...
Burungnya adalah bom yang dasyat...
Kumbangnya pula peluru tak bermata...

Kebetulan pulak UPSI ada buat pameran sempena Hari Keamanan Sedunia...
Pameran di buat di Perpustakaan Tunku Bainun...
Tergerak hati Ezie untuk share dengan semua pulak...
So, Ezie siap ambik gambar masa pameran tersebut...
Dan buat keputusan untuk uploadkan di ruangan Kisah Dongeng Ciptaan Ezie ni...
Supaya kawan-kawan dapat melihat realiti ini...
Yang langsung tidak sama dengan keindahan dongeng...

Err... Walaupun di uploadkan di ruangan Kisah Dongeng Ciptaan Ezie...
But ini bukan dongengan...
Ini adalah betul-betul punya kejadian...
Ezie sebenarnya mengharapkan keindahan ala-ala dongeng akan terjadi...
Buat mereka ini...
Berdoa sajalah buat mereka...

Pameran Hari Keamanan Sedunia...! Kita memang aman di sini, tapi mereka...
Siapa lagi yang akan membantu mereka?
Ini kisah saudara kita...
What kind of products? Let's check out for more!

Products ini laa yang mereka maksudkan... Macam-macam reaksi dari kawan-kawan Ezie bila tengok senarai produk yang disenaraikan... Produk famous di tempat kita inilah yang menjadi penyumbang untuk menambah derita mereka! Nasib baik Ezie x makan McD sebab itu dalam carta teratas!

Kanak-kanak di sini di dera sampai mati... Kanak-kanak mereka dijadikan mangsa kerakusan kepada kekejaman juga.... Tapi dengan cara yang berbeza!

Kenapa mesti Palestin jadi Sasaran? Pertama, sebab Palestin Bumi Para NABI. Kedua, Rebutan 3 AGAMA. Ketiga, Rebutan Tamadun DUNIA dan yang keempat Petanda kuasa DUNIA
Siapa lagi yang akan membantu jika bukan kita? Tidak mampu dengan duit bantulah dengan doa... Berdoalah agar pertumpahan darah akan berhenti, pergolakkan menjadi kedaiman, Peperangan menjadi ukhwah yang utuh... Itulah yang Ezie harapkan dan Ezie percaya ada di antara kalian turut mengharapkannya...


 Hanya sedikit gambar yang Ezie boleh kongsikan...
Sebab tadi bateri hp dah low sangat...
Maklumlah teda kamera mahal guna kamera hp pun boleh...
Asalkan perkongsian itu tetap ada...

Guys, tahu tak apa pekerjaan mereka?
Sesungguhnya mereka berkerja di jalan JIHAD...
Jalan Allah yang maha kuasa...
Ezie berharap agar keindahan, kedamaian dan kesejahteraan yang selalu ada dalam kisah dongeng...
Turut menjadi realiti bagi mereka ini...

Jiwa mereka kental dan tabah...
Jihad mereka tinggi di jalan Allah...
Berdoa ya semua?
Semua iman mereka tidak goyah...

Amin...~


Sunday 8 September 2013

Salahkah cemburu?

Assalammualaikum...
Pernah tak dengar statement ini?
Cemburu itu tandanya sayang namun kerana cemburu cintaku melayang...
Jika itu terjadi dalam sebuah hubungan yang berlandaskan cinta seorang adam kepada hawa, siapakah yang harus dipersalahkan?
Salahkah cemburu?

Bagi Ezie...
Terbitnya perasan cemburu itu tidaklah salah...
Itu adalah lumrah atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai perkara normal...
Jika berakhirnya sesuatu hubungan kerana cemburu,
Bukanlah cemburu yang bersalah kerana cemburu hanyalah sebuah perasaan...

Bila timbulnya masalah kerana sebuah perasaan yang digelar cemburu...
Bukankah lebih elok andai kita melihat dan berfikir semula...
Kenapa cemburu itu hadir?
Andai jawaban sudah ada,
maka bukankah lebih elok andai kita susuli dengan perbincangan?
Bincanglah punca atau faktor yang mengundang cemburu itu hadir...
Agar cemburu itu tidak tumbuh tinggi dan akhirnya menjadi racun dalam hubungan...

Jika cemburu datang tanpa henti...
Cubalah renungkan kembali...
Apakah kesan yang akan berlaku dalam hubungan itu?
Fikirkan semula wajarkah kita cemburu jika kesannya akan meruntuhkan sebuah ikatan...

Ingat...
Cemburu itu hanyalah sebuah perasaan...
Kita manusia yang mengawal cemburu...
Kerana itulah kita dikurniakan akal supaya jangan tewas terhadap cemburu...
Jangan pula cemburu yang mengawal kita...

Pernah dengar pepatah menyebut...
Kecil api menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...
Begitu juga dengan cemburu itu sendiri..
Sedikit cemburu tampak sweet dipandang tapi bila cemburu jadi buta...
Bersiap sedialah...

Cuba kenangkan kembali kisah dongeng...
Tapi kisah dongeng ini bukanlah ciptaan Ezie...
Di luar sana terdapat banyak kisah dongeng yang boleh kita lihat...
Mari kita ambik kisah dongeng Bawang Merah dan Bawang Putih...
Cuba ingatkan kembali...
Kerana cemburu pelbagai kejahatan yang dilakukan...
Kerana cemburu retaknya sebuah hubungan kekeluargaan...

Itu baru dalam dongengan...
Kita sudah boleh melihat kesannya cemburu itu bukan?
Bahaya jika tidak dikawal...
Ingat...hidup ini realiti...
Jika sesuatu terjadi kita yang merana sendiri...


Saturday 7 September 2013

Ezie Bermain-main dengan Blog!

Assalammualaikum semua!
Apa khabar? Alhamdulillah kita bersua lagi...
Hahaha... Nampak tak perubahan pada blog Ezie ni?
Hehehe... Tolong laa kata yang korang boleh nampak perubahannya ya?
Hahaha!!!

Sebenarnya malam tadi Ezie mengalami masalah untuk tidur...
So, Ezie pun pergi laa "berborak" dengan Pak Cik Google...
Last-last Ezie pun search sana, search sini...
Tiba-tiba terfikir untuk meng-girlish-kan lagi blog Ezie ni...
Dipendekkan cerita, Ezie terlebih enjoy pulak dalam usaha tersebut...
Hasilnya seperti yang anda boleh lihat!
Hehehe...

kalau you all nak tahu, Ezie ni jarang sangat-sangat ada masa untuk menghias blog...
Semalam tu pun disebabkan tak boleh tidur...
But never mind sebab Ezie rasa puas! (lagipun boleh bangun lambat)
Hohoho!!!
I am lucky because today is Saturday!
So, Ezie tak perlu laa nak paksa mata untuk terbuka seperti hari-hari lain...
Hohoho...!!!

Untuk pengetahuan you all jugak, Ezie ni tak berapa arif dengan Blog...
Ezie buat blog pun sebab Ezie suka menaip...
Ezie suka bercerita dan Ezie suka bermain dengan ayat...
(Bukan ayat-ayat cinta ya?) Hehehe...
Kalau you guys ada kaedah atau cara untuk menjadikan Ezie ni arif dengan blog...
Sila laa share ya? Ezie dengan hati yang terbuka akan menimba ilmu dari kalian itu...
Well, bukankah Sharing is Caring...
Betul tak? (Ezie angguk-angguk sendiri)
Hee... sendiri tanya sendiri jawab!!!

Okay laa adik-adik kakak-kakak abang-abang sekalian,
Gadis Sarawak yang diberi nama Ezie Fazira ini memohon diri dulu ya?
Tata...bubbye...
Senyum tak perlu kata apa-apa... =D

Friday 6 September 2013

Masalah dan Masalah Lagi?

Assalammualaikum dan Hi guys...
Sebenarnya kali ni Ezie bukanlah nak berkongsikan tentang masalah but...
Ezie sebenarnya Curious dan teringin nak tahu...
Hmm... Okay! Meh Ezie terangkan lagi apa yang Ezie cube untuk sampaikan sekarang ni ekk?

Situasi 1

Seorang gadis mempunyai masalah yang berlambak-lambak, berbukit-bukit dan bergunung-ganang... Dumpp! Bamm!!! Punyer laa kuat bunyik masalah yang menghempasnya...

Ezie yakin air mata si gadis akan mengalir kerana terlampau banyak benda yang terpaksa dia hadapi dan kadang-kadang, saat dia memohon/berdoa kepada ALLAH, pasti air matanya tumpah juga...

So, Ezie terbuat simpulan mengatakan air mata memang dah jadi peneman hidup seorang wanita kot dan atas sebab itu laa orang selalu kata hati wanita itu lembut... Kalau pun ia keras, mungkin hanya sekeras kerak nasi... Betul tak?

Dannnn.... Ezie sebenarnya curious macam mana kalau lelaki juga berhadapan dengan situasi di atas? Masalah yang datang sudah tidak tertanggung... adakah seorang lelaki itu akan menjadikan air mata sebagai temannya jugak? Hmm... Bukannya apa, sebab Ezie pernah dengar / baca kalau ada masalah, menangislah andai itu mampu menenangkan anda... Kenapa? Sebabnya air mata yang keluar itu adalah salah satu cara untuk meluahkan rasa/ mengurangkan stress...  (x ingat pulak kat mana Ezie baca sebab dah lama)

Kalau bagi Ezie, memang agak menenangkan laa jugak bila lepas menangis.... Apa komen anda? Dan... setahu Ezie lelaki memang payah nak keluarkan air mata... kononnya tak macho laa, hati ada taman laa and banyak lagi...!!!

So, guys...
Bleh share x macam mana cara lelaki berhadapan dengan masalah? Adakah air mata mustahil untuk jadi peneman kaum adam?

Hehe....
Ezie tiba-tiba terfikir..
Sekian saja,
Salam Sayang Kalian,
Semoga terus dirahmati dan dikasihi...
=D

Wednesday 4 September 2013

Ezie Can't Wait Anymore

Assalammualaikum and Hi to everyone....
Alhamdulillah we meet again...
Guys...Ezie dah tak tahan laaa...
Seriously Ezie tak sanggup!!!

Heee....Suspen tak?
Hahaha...
Sebenarnya Ezie tak boleh tahan dah nak tunggu semester break!
Sakit dan perit sangatlaa yang Ezie rasakan pada semester ke-3 ni...

Guys....boleh x kalo Ezie nak tanya?
Pernah x kome berasa bosan atau kome teringin sangat nak akhiri sesuatu?
Kalau pernah...boleh x kome share kat Ezie sedikit sebanyak cara kome sume nyahkan rasa tu?
Seriously guys...Ezie rasa semester ni terlampau mencabar
Ezie akui diri ini sedikit lemah dan semangat pun dah lama hilang
Help Me? Anyone?

Cer kome fikir ek?
Sekarang ni baru semester 3...
Belum lagi semester 4...
Malah jauh lagi kalo nak menuju ke semester akhir...
Macam mana Ezie nak cari balik semangat tu?
Alahai....

Mungkin ada benarnya apa yang cikgu Ezie katakan dulu...
"Buatlah sesuatu yang kita suka, supaya walaupun kita asyik buat benda yang sama,kita x kan pernah rasa jemu sebab kita terlalu sukakan benda itu"
Kalau nak diikutkan, minat Ezie ni banyak tapi kalo bab kerjaya masa depan,
Sebenarnya Ezie teringin nak bukak Salon & Butik Andaman Pengantin...
Hehehe...(rasa-rasanya ini semua dongengan je ke?)

Dulu Ezie pernah kerja di salon dan Ezie memang enjoy sangat!
Ezie pun pernah ambik kursus untuk Pola Pakaian dan Membuat Pakaian...
Dan Ezie pun memang enjoy buat design baju terutamanya baju pengantin!
Oleh sebab tu laa Ezie muncul dengan idea seperti yang diatas...
Nak combine-kan kedua-dua tu....
Mesti best kan???
=D

Ezie memang minat gila dengan bidang penulisan ni...
Malah Ezie tak pernah berhenti menulis sejak dari kecik!
(ni bukan dongengan tau...tapi realiti tau!)
Kehkehkeh!!!Tapi kan...
Ezie tak pernah pulak terfikir untuk jadikan kerjaya sebagai seorang penulis tu sebagai kerjaya utama Ezie...
Sebabnya Ezie suka buat income banyak2...
So...boleh kumpul duit banyak2...
lepas tu beli rumah beli kereta...
Malah Ezie nak berikan duit bulan kat Mak Ezie banyak-banyak...
Memang laa duit tu tak menjamin kebahagian dia...
Tapi Ezie x mo tengok mak susah daa...
(Harapnya semua ni jadi realiti bukan sekadar angan Mat Jenin)

Alahai....
Ape-ape pun guys...
Doakan Ezie yang terbaik tau?
Doakan supaya Ezie terus tabah dan cekal sebagai seorang pelajar!
Keh keh...Oh ya!!! Lagi satu Guys...
Jangan lupa doakan saudara kita di sana ya? Hmm?
Apa?? Tak tahu kenapa harus doakan mereka? Tak apalah...
Next post Ezie akan share kan tentang saudara kita itu...

Sekian sahaja daripada hamba,
Salam sayang penuh kasih aliran debunga....
Ezie Fazira