Sunday 8 September 2013

Salahkah cemburu?

Assalammualaikum...
Pernah tak dengar statement ini?
Cemburu itu tandanya sayang namun kerana cemburu cintaku melayang...
Jika itu terjadi dalam sebuah hubungan yang berlandaskan cinta seorang adam kepada hawa, siapakah yang harus dipersalahkan?
Salahkah cemburu?

Bagi Ezie...
Terbitnya perasan cemburu itu tidaklah salah...
Itu adalah lumrah atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai perkara normal...
Jika berakhirnya sesuatu hubungan kerana cemburu,
Bukanlah cemburu yang bersalah kerana cemburu hanyalah sebuah perasaan...

Bila timbulnya masalah kerana sebuah perasaan yang digelar cemburu...
Bukankah lebih elok andai kita melihat dan berfikir semula...
Kenapa cemburu itu hadir?
Andai jawaban sudah ada,
maka bukankah lebih elok andai kita susuli dengan perbincangan?
Bincanglah punca atau faktor yang mengundang cemburu itu hadir...
Agar cemburu itu tidak tumbuh tinggi dan akhirnya menjadi racun dalam hubungan...

Jika cemburu datang tanpa henti...
Cubalah renungkan kembali...
Apakah kesan yang akan berlaku dalam hubungan itu?
Fikirkan semula wajarkah kita cemburu jika kesannya akan meruntuhkan sebuah ikatan...

Ingat...
Cemburu itu hanyalah sebuah perasaan...
Kita manusia yang mengawal cemburu...
Kerana itulah kita dikurniakan akal supaya jangan tewas terhadap cemburu...
Jangan pula cemburu yang mengawal kita...

Pernah dengar pepatah menyebut...
Kecil api menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...
Begitu juga dengan cemburu itu sendiri..
Sedikit cemburu tampak sweet dipandang tapi bila cemburu jadi buta...
Bersiap sedialah...

Cuba kenangkan kembali kisah dongeng...
Tapi kisah dongeng ini bukanlah ciptaan Ezie...
Di luar sana terdapat banyak kisah dongeng yang boleh kita lihat...
Mari kita ambik kisah dongeng Bawang Merah dan Bawang Putih...
Cuba ingatkan kembali...
Kerana cemburu pelbagai kejahatan yang dilakukan...
Kerana cemburu retaknya sebuah hubungan kekeluargaan...

Itu baru dalam dongengan...
Kita sudah boleh melihat kesannya cemburu itu bukan?
Bahaya jika tidak dikawal...
Ingat...hidup ini realiti...
Jika sesuatu terjadi kita yang merana sendiri...


No comments:

Post a Comment