Friday 12 December 2014

Kita Semua adalah Siswa/Siswi University of Dunia till Akhirat

Assalammualaikum dan salam sayang semuanya!
Sekali lagi Ezie berkesempatan mengetuk papan kekunci pada hari ini... =)
Congrats to myself!
Hahahaha....

Btw guys, girls...
Sepertimana yang anda semua sedia maklum...
Ezie merupakan seorang pelajar di sebuah IPT dan bakal graduate dalam tahun ni jugak (2015)...
Insyaallah dipermudahkan laa hendaknya...

Tapi....

Macam mana kalau Ezie kata sebenarnya kita semua adalah Siswa/Siswi di muka bumi ini?
Kome setuju tak?
Macam mana kalau Ezie kata kita ni sedang berada di sebuah Universiti yang sangat luas dan tempoh pengajiannya ada yang pendek dan ada yang panjang?
Ada yang hanya memakan masa beberapa saat dalam hidup mereka, kadang-kadang minit, Jam, hari dan tahun...
Tempoh seseorang untuk graduate tuu tak menentu...

Oh ya!
Lagi satu...
Universiti yang Ezie cakapkan ni banyak subjeknya!
Jam kreditnya tak mampu nak cakap...
Tapi apa yang pasti subjek-subjek inilah yang menentukan kita bleh graduate dengan jayanya ataupun tidak...

Alaa... sama je laa macam IPT biasa bukan?
Tapi sebenarnya tidak!
Sebabnya universiti ni bukan kerajaan mahupun swasta...
Tapi Universiti ini adalah milik Allah iaitu University of Dunia till Akhirat...

Cuba fikir-fikirkan...
Dan cuba hadam lalu faham-fahamkan...
Semasa di IPT, kita siswa/siswi bukan main lagi nak kekalkan pointer...
Nak dapat dekan semua tu bagai...
Tapi macam mana dengan pengajian kita di University of Dunia till Akhirat?
Macam mana dengan pointer keimanan kita ea?
Dapat "REDHA" ke tidak?

Ezie terfikir tentang semua ni dan...
Tiba-tiba malu sendiri...
Sebabnya????

Bila nak buat assgnmnets, bukak internet tanya pakcik google...
Tak cukup dengan tu, sanggup menapak p library untuk carik bahan rujukan...

Tapi...

Bila nak buat assgnments dari University yang lagi satu tu...
Kadang-kadang nak bukak Quran pun tak...
Macam mana nak graduate dengan jaya?
Menapak ke majlis ilmu/surau pun jarang...

Kawan-kawan macam mana?
Kalau ada yang mampu imbangkan dunia dan akhirat tu...
Teruskan ya?
Kalau ada yang masih terkial-kial macam Ezie...
Moh ler kita try lagi ya? =)
Mana laa tau kot-kot kita pun boleh seimbangkan kedua-duanya...

Sama ada kita mampu graduate atau tak...
Terpulang kepada yang Maha Kuasa...
Kita sendiri pun tak tahu di mana tapak kita...
Kerana itu Rahsia-Nya...

Graduate dengan pingat tertinggi insyaAllah syurga Firdaus...
Semoga kita semua dalam lingkaran Rahmat-Nya...
Amin... =)

NO! NO! NO! Jangan Galakkan!

Assalammualaikum sayang-sayang sekalian!
Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hari ini... =)
Meh kita buat senaman pernafasan sebentar ya?

(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, hembus nafas)
(Tarik nafas, jangan hembus)

EH??
Awat lain semacam jaa yang last sekali tu?
Hahahaha!!!
Cepat hembus nafas tu! Cepat!
Kang tak pasal-pasal biru pulak muka terpaksa tahan nafas lelama...
Muka ensem gorgeous cantik semua bertukar biru...
Al-maklum laa tak cukup oksigen...

Eh? Ada kawan upload gambar kat FACEBOOK laa...
Wahhhhhhhhhh!!!!!!
Gambar dia ngan kapel diaa laaa...!!!
Eeeeeeeee.....Sweetnya mereka berdua ni....!!!
Siap pegang-pegang tangan....
Jeling-jeling manja gitu...
Waaaaaa....nak komen laaa...!!!

"Kome dua niii sweet giler laaa...jeles I..."

Bwerrrkkkkk!
No! No! No! Guys, Girls!
Jangan! Jangan! Jangan!
Jangan galakkan mereka!
Jangan kata mereka sweet!
Tang mananya sweet kalo pegang-pegang tangan gitu?
Jeling-jeling manja gitu...
Kononnya Sweet kapel laa tu ek???

Ish, mana boleh gituuu...
Depa tu takat berkapel ajee...
Belum lagi halal....

Bukankah sepatutnya pandangan itu ditundukkan?
Mana boleh kalau menjeling sampai hampir terkeluar biji mata...
Bukankah haram berpegang tangan macam tu?
Mana boleh lagi kalau tak halal...

Tapi bila tengok BABI tau plak kata binatang tuu haram...
Dah tu perbuatan mereka tak haram ke?
BABI boleh lagi nak samak...
Perbuatan mereka boleh samak gak ke?

Guys, Girls...
Bila kita "puji" pasangan ini sweet...
Sebenarnya secara tidak langsung kita semakin menggalakkan mereka...
Galakkan mereka untuk terus berpegang erat seolah-olah dia tak mampu nak berdiri...
Galakkan mereka untuk terus bergesel manja seolah-olah mereka itu kucing lapar...

Ish, sedar tak sedar kita makin galakkan mereka buat maksiat!
Astaga!
Macam mana ni?
Tak mampu nak tegur kerana rasa serba salah?
Yelaaa... Kitew faham...
Sebabnya dia tuu bergelar kawan...
Nanti orang kecik hati x mo maafkan kita susah laa plak kn??

So, apa kata try untuk "Jangan Galakkan" dengan cara "Jangan Memuji"?
Tepuk dada tanya selera...

"CINTA adalah sesuatu yang suci tapi DIKOTORI oleh perbuatan manusia"



Sunday 23 November 2014

Last Semester Waiting For Me!

Assalammualaikum dan Hye semuaaaaa!!!
Allahu... Berhabuk sudah blog pink Ezie ni ya...
Maklum laa dah lama tak post entry...
Berbulan-bulan lamanya!!!

Maafkan Ezie kerana menghilang ya?
Maafkan Ezie kerana tidak bertanya khabar kengkawan semua...
Ezie kind of busy lately...
Eh? Bukan kind of busy...
Tapi memang busy sungguh pon.... (>.<)

Lepas berpraktikal hari tu...
Ezie berkesempatan balik Hometown nun jauh di Borneo...
Setelah hampir 3 bulan di Cameron Highland...
Akhirnya Ezie dapat melepak semula di rumah yang sememangnya Home Sweet Home!!!

Tapi semester break kini dah berakhir...
Last semester is waiting for Ezie now and...
As what I expect, it gonna be quite challenging...
Oh, bukan quite challeging tapi for sure it will be tough enough...
Maklum laa dah last semester daa kan?

Entry kali ini Ezie cuma nak ucapkan hye and hello kepada mereka yang merindui celoteh diri ini....
<PERASAN SEBENTAR>
Hahahahahahaha!!!!
Insyaallah Ezie akan kembali dengan celoteh yang lebih menarik di masa akan datang ya?
Ezie pon dah terlampau rindu untuk mengetuk papan kekunci lappy...
And share everything to the world...

Okay guys and girls...
Semoga bersua lagi!
Sayang awok sumeee.... (>,-)

Friday 30 May 2014

Baik Vs Jahat Siapa Menang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Kita bersua lagi di ruangan maya ini ya?
Ehehe... Kawan-kawan semua ada baik?
Harapnya everything is fine laa yaa?

Ezie tak lama lagi nak start praktikal daa...
Nervous laa plak!!!
Cuak pun ade.... err....
Hope kome sume sentiasa ada untuk support Ezie ek?
Maklum laa Ezie x pernah g Cameron tuu...
Nak praktikal di sana plak 9hb June ni...
Sebab tuu laa Ezie gementar resah dan gelisah...
=P

Apa-apa pun kita lupakan sebentar perihal Ezie ya?
Yuk kita pindah kepada isi kandungan entry kita pada kali ini...
Ehem-ehem...

Baik Vs Jahat?
Ezie rasa tak perlu laa Ezie ulas panjang-panjang..
Tentang apa itu baik dan apa itu jahat...
Ezie agak yakin yang kawan-kawan ensem dan gorgeous sekalian dah tahu apa itu baik dan jahat....

BTW pernah tak kome jumpa orang yang seperti ini?
Bila dia berbuat baik, siap ambik gambar upload fb and letak caption...
"Kesian Peah rumah terbakar x sempat nak call abam bomba, habis hangus langsir baru...so I pun bagi laa langsir baru sebelum pihak Bersamamu datang mai derma kat dia...langsir tu I nak pakai untuk raya tahun 2020 nanti tapi tak paa laa Peah lebih memerlukan"


Tak cukup dengan caption jerr...
Siap letak hashtag lagi tuu...

#Sharing_Caring #sedih #langsir

Alahai....

Walaupun sepatutnya tangan kanan memberi tangan kiri biarlah tidak tahu...
Tapi situasi di atas amatlah senang untuk kita lihat / jumpa...
Baik? Ya, dia memang baik sebab bagi derma kat peah sebelum ade pihak luaq yang datang mai huluq derma tapi...
Yang p upload kat fb tu pasai paa?

In addition itu daa banyak orang buat daa...
Cer try buat jahat terang-terangan...
Then ambik gambar upload fb...
Siap dengan caption lagi tu!
"I baru buang air besar x tarik flush sebab I suka dengar orang lepas I terjerit-jerit akibat geli"
Yuckss!!!


Haa...!!!
Ada berani ke nak buat lagu tu?
Hehehe...

Cuba kengkawan sekalian pikiq sejenak dua..
Antara Baik dan jahat...
Siapa yang sebenarnya menang?

Bagi Ezie...
Jika kebaikkan itu diwar-warkan...
Maka tewaslah Baik dan menanglah Jahat...
Tapi jika Baik itu ditunjukkan...
Maka tewaslah Jahat lalu menanglah Baik...

Apa pula kata anda?

*Buat baik x elok menunjuk-nunjuk, buat jahat pulak memang biasanya orang sembunyikan...
Cuma sekarangnya banyak yang buat baik...
Tapi saja nak tunjuk...
Buat jahat pulak kekal di tempatnya yg tersembunyi...* 

Tuesday 6 May 2014

Alamak! Saya Tak Sengaja Ter-umpat Awak!

Assalammualaikum semua...
Apa khabar para-para blogger sekalian?
Dah makan ke belum? Minum dah? Mandi?
Ber*k? Hehehe...melampau pulak soalannya...
Sorry lerrr...ter-sengajeeew!

Buat apa tu?
Oh ya! Ezie tau!
Mesti kome sekarang ni tengah baca entry Ezie nih kan?
Hahaha!!!
Jangan marah ye...Ezie tak laa risau kalo marah kena jual...
Tapi nanti muka kedut tampak tua sapa nak tanggung...
Tak pasal-pasal kurang chumel...kan?

Btw, Ezie nak tanya...
Korang penah x "ter-umpat" seseorang?
Terutamanya bila kita tak puas hati kat orang tu?
Okay!!
Contohnya bila Ezie rasa x puas hati...
Ezie mesti akan carik seseorang untuk dijadikan tempat curahan hati...
Lalu pada orang itu laa Ezie akan memulakan sesi "Terumpat"...

"Peah, kau tau tak si meon tu...ada ke patut dia kata aku cenggini cenggitu...macam laa dia tu perfect!"

Haaa...itu baru mukadimahnya saja!
Isi kandungannya tak masuk lagi tuu...

"Dulu masa dia cenggitu cenggini, dia lagi teruk...perasan bagus laa tu sebab tu judge aku cenggitu cenggini!"

Haaa...itu baru pengenalan nak masuk isi...
Bila daa masuk isinya nanti, perggghh!!! Dasyat wooo!!!

Nampak tak lagu mana istilah "terumpat" tu?
Tanpa lafaz niat pon!
Lalu mulalah pok pek pok pek...
Ish...macam mana nak ngelak kalo daa marah sangat kan?

Haaa...cer try cara ni... =)

1. Bear in your mind nobody perfect

= Seperti mana diri kita sendiri, semua orang pun tak sempurna...cuba belajar untuk menerima kelemahan orang lain...macam mana nak tahu kelemahan seseorang? Okay, berbalik kepada contoh, Meon kata cenggitu cenggini...ajar cara buat keje cenggini cenggitu lalu secara tak langsung mendatangkan rasa tak puas hati dalam diri kita... jika keadaan ini berlaku, anggap laa itu kelemahan Meon...Mungkin juga Meon tak berniat nak menjemput rasa tak puas hati tu mai kat hati kita... Jika cara Meon tuu bercakap dengan kita daa macam dia tuh bos padahal dia just cleaner , anggap saja itu kelemahan dia...iaitu lack of communication skills...Tak salah kiranya kita mencari kelemahan seseorang, yang salahnya bila kita jadikan kelemahan seseorang itu sebagai satu kesalahan lalu canag pasal kelemahan dia sana sini...

2. Ready to forgive and forget

= Sentiasa bersedia untuk memaafkan seseorang yang telah memusnahkan hati kita...walau sesakit sepedih mana pun hati, cer try cakap pada diri sendiri "Aku maafkan Meon" walaupun dalam hati masih dengan dendam penuh amarah...In Sha Allah hati kita dapat dibersihkan kerana dengan mengucapkan kata-kata maaf walaupun si Meon tak pernah minta maaf, well mungkin saja dia tak tahu dia daa buat salah...Maaf adalah kunci utama yang akan mendorong kita untuk melupa...well, mungkin saja kita x akan lupa pada peristiwa yang mendatangkan rasa sakit hati itu tapi sekurang-kurangnya kita akan lupa pada rasa sakit yang hadir daripada peristiwa tersebut...

3. Jangan lupa mengumpat itu berdosa!

=Kenapa Ezie letak dosa sebagai list yang ketiga? Sebabnya sekarang ni dosa pahala macam takdak...umat akhir zaman tak ambik pusing pon tentang dosa pahala daa...yang berdosa itu jugaklah yang orang suka buat...Eh? Jangan pulak kome marah sebab Ezie cakap cenggini...Ezie hanya meluah apa yang Ezie rasa...kalo Ezie salah tolong ajarkan ya? Okay, kalo kita daa ikut langkah pertama tapi tak berhasil, cer try ikut langkah kedua....tak berhasil jugak? Haa...barulah lihat pada langkah ketiga...Kalo anda ikut langkah satu dan dua, maknanya anda berusaha untuk mengelak daripada mengumpat. Jadinya tekankan dalam diri kenapa wujudnya langkah satu dan dua...kenapa? Lihat pula pada langkah yang ketiga... =) In Sha Allah dengan tiga langkah ini anda mampu mengelak daripada "Terumpat" ya? Bukan terompet tapi terumpat... (^_^)

Friday 18 April 2014

Kerana sayang hamba turutkan....

Assalammualaikum semua!!!
Wah, rindu giler Ezie pada cik abam dan cik akak sekalian...
Teringin giler nak berceloteh di sini cuma waktunya agak terhad...
Dan atas sebab itulah Ezie menghilang agak lama jugak laa yer...
Well, macam laa ada yang kesah...ye dok? hehehe <--- ( Ayat mengadeeewww...)
HOHOHO!!!

Ehem-ehem, rasanya lebih baik dilupakan saja ayat mengadeww di atas ya?
Hahaha...kang tak pasai-pasai pekena blusher percuma dkat pipi nih haa...
Andai paham bisaa.... (-_-) Urmmm....

Ezie menghilang sebab haritu pinal exam...
Lepaih tuu kena kemaih-kemaih barang bawak balik Sarawak...
Al-maklum laa cuti sem laa katakan...
Lepaih tu nak kena uruskan tempat praktikal untuk sem baru...
Alhamdulillah daa dapat daa tempat... (^_^)
Dan semalam plak dapat result untuk pinal exam tuu..
Sekali lagi syukur for the unexpected result...
Alhamdulillah!

Btw sayang-sayang sekalian,
Kita lupakan dulu pasal Ezie ya?
Ezie nak tanye sikit bleh x?
Soalannya mudah difahami iaitu...

Question number 1 = Do you have a boyfriend or girlfriend?
* Well, when it comes to boyfriend or girlfriend that I've mentioned here of course it is refer to your special one... Alaahhh...bak kata orang putih, pakwe-makwe tuu laa...

Question number 2 = If you do, do you love him/her?
*Love tuu sayang-menyayang...bercintan-cintunn...eh? tak kan laa taktau kan? impossible laa kan...heee...

Okay...terima kasih atas kerjasama semua ya?
Ezie juga tahu apa itu boyfriend or girlfriend A.K.A the special one...
Alhamdulillah bukan plural yaa...
Bukan Boyfriendsssss or girlfriendsss A.K.A pakwesss and makwesss...
Hohohoho!!!
Sesungguhnya Ezie pon tak terlepas dari pengalaman bercinta...
Menyayangi seseorang yang bergelar lelaki...

Biasanya kalo bf/gf kita ajak jumpa...
Kita pergi jgak jumpe...maklum laa rindu katenye...
Bila bf/gf suh p tdo awai...
Kononnya tak elok tdo lambat nanti sakit...
Kita pon tdo..
Baguih naa..dengaq kataa...
Bf/gf kata jgn main ujan nanti demam...
Kita pon dok umah je x main ujan walaupun dalam hati teringin gila nak main ujan...
Hehehehe...

Oh ya!
Sebelum tu ada satu lagi soalan yang Ezie nak tanya!
Hampir-hampir terlupa!
Soalannya ialah...

Kalian SAYANG ALLAH tak?

Kalau sayang korang ade tak buat apa yang ALLAH perintahkan?
Solat chantek x? Cukup 5 waktu?
Cukup masuk waktu terus solat ke atau lewat-lewatkan dulu?
Ibadah puasa okay tak?
Ke ade yang curi-curi makan waktu tengah hari? Heeeee...

Macam mana pulak dengan larangan ALLAH?
Ade tak yang tabur fitnah?
Pi gossip benda tak betui A.K.A sebarkan cerita?
Ade tak yang meleleh ayaq liuq tengok cik kak seksi jalan depan mata?
Eh? seksi? Tak tutup aurat ke?

Hurmmm....
Apa-apa pun pikiq laa sendiri..
Tepuk dada tanya selera...
Tanya iman tanya taqwa...
Akhir kata dari Ezie...

*Kita sayang bf/gf
*Bf/gf suruh buat itu ini semua kita buat
*Bila ditanya sayang Allah tak?
*Ya! Tapi apa yang Allah suruh/larang, kita buat tak?
*Hurm...katanya sayang Allah

Tuesday 18 March 2014

AURAT Bukan Hanya Untuk Kaum Hawa

Assalammualaikum...
Alhamdulillah kita bersua lagi...!!!
Apa khabar hari ini?
Harapnya semua sahabat Ezie yang chumel lagi kacak happyyyy jerr ye?

Topik kita pada kali ini ialah AURAT...
Bila bercakap pasal aurat...
Ezie selalu perasan satu perkara jer iaitu...
Perihal AURAT ini selalu sangat dikaitkan dengan perempuan (HAWA) atau bahasa lainnya wanita...
Malah terlampau banyak orang yang bercakap tentang aurat seorang wanita...
Terlampau banyak perbincangan tentang aurat mereka dan terlampau banyak teguran tentang aurat mereka...
Ya! Baguslah tu sebabnya kita menegur untuk kebaikkan...

Bila rambutnya tak disembunyikan...
Maka ada yang menegur...
"Rambut itu auratmu...maka simpanlah/sembunyikanlah daripada pandangan lelaki yang bukan muhrimmu"
Bila dia bertudung tapi berpakaian ketat...
Maka ada yang berkata...
"Memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan lekuk tubuhmu itu adalah sama sahaja seperti mendedahkan auratmu"
Bila dia bertudung tapi tidak sempurna (tudung tidak menutupi dada)
Maka ada yang memperbetulkannya...
"Tutupilah dadamu itu dengan tudungmu (labuhkan tudungmu sehingga menutupi dada) kerana ia boleh mendatangkan keburukkan"

Ya! Baguslah tuu sebabnya teguran itu untuk kebaikkan...
Malah tidak dapat kita nafikan jugak...
Terdapat banyak teguran-teguran yang sebegini di media sosial..
Laman facebook, tweeter dan lain-lain...
Baguslah tuu!

Tapi ingatlah tentang satu perkara...
Perihal AURAT bukan hanya untuk wanita malah lelaki juga!
Tapi perihal AURAT untuk lelaki jarang sekali didengar...
Terlampau sedikit perbincangan tentang aurat lelaki...
Sebabnya aurat mereka pun sikit!
Aurat mereka ringan jerr tak macam aurat perempuan...
Kerana keringanan tentang isu aurat bagi lelaki...
Jarang teguran yang diberikan...
Jarang ada perbincangan tentang isu itu...

Ringan-ringan mana pun aurat mereka...
Tetap jerr mereka susah nak tutup...
Opss! Para lelaki jangan marah yaa??
Tak ada isu pasal gender bias pun dalam post kali ni...
Jangan risau...Jangan salah faham...
Cuba tenangkan hati jangan panas dulu yaa?
Cuba baca sampai habis..... ^_^

Aurat lelaki hanyalah dari pusat ke lutut (tutup lutut)...
Tampak simple tampak sangatlah ringan jika dibandingkan dengan aurat wanita...
Tapi percaya atau tidak kalau Ezie kata mereka tetap berat untuk menutupnya?
Cuba tengok sekeliling...
Ramai jerr yang pakai seluar pendek atas lutut...
Mungkin ade yang pakai lebih dari lutut...
Tapi hanya akan lebih bila dia berdiri...
Meanwhile bila dia duduk lutut dia akan nampak jugak kan??
Tak pun ramai jerr yang suka tak pakai baju...
Alaaa... Bukannya dosa pun!
Tak bukak aurat!!!
Tapi ye kerr?
Cer check balik...tuuu bukan lobang pusat ke??
So? Bukak aurat ke tak? =)

Eh? Cik Kak jangan tersenyum pulak bila Ezie hanya tegur lelaki...
Cik Kak seharusnya sedar...
Bila seringan-ringan aurat lelaki pun mereka susah nak tutup..
Apatah lagi aurat Cik kak...
Ezie takde niat nak bela sesiapa...
Mahupun pihak Cik Kak ataupun pihak Encik Abang...
Cuba satu yang Ezie nak kita sama-sama ingat..

Wahai Encik Abang yang handsome...
Aurat anda memang ringan tapi janganlah anda memandang ringan tentangnya...
Manakala untuk Cik Kak yang gorgeous...
Aurat kita memang berat maka janganlah sesekali kita cuba untuk meringankannya...
Okay? ^_^
Tata....Assalammualaikum!

_Salam Sayang daripada Ezie Fazira_

Monday 17 March 2014

Jangan nilai seseorang hanya kerana dot dot dot

Assalammualaikum semua!
Salam sejahtera dan salam sayang menyayang!
Apa khabar agaknya para-para jejaka dan gadis-gadis chumel semua ya?
Ada baik? Ada okay? Ada cenyum?
Kalau semuanya ada baguslah!
Tapi kalau semuanya tiada jangan merungut ya?
Itu semua cobaan hidup... ^_^

Ezie pun sihat malah bertambah "sihat"!
Berat badan naik berkilo-kilo!
Badan pulak macam belon kena pam!
Malah lemak degil mula berumah tangga dalam badan!
Hahahahahaha!!! Semua ini poyo je...
Gurau jer laa... =p Weeeee....

Guys, masa Ezie study week hari tu...
Sempatlah jugak Ezie balik ke Sarawak...
Ade laa jiran yang menegur "Eh, makin kecik laa tubuh...tak makan ke?"
Wah, Ezie apa lagi!
Terkinja-kinja macam beruk jugak bila ada yang tegur tubuh makin kecik...
Tapi part tak makan tuu....err....hahaha...mustahil beb!
Sebabnya hobi Ezie ni makan dan makan dan makan je!

Tapi situasi Ezie berbeza dengan kawan Ezie...
Dia makin besar makin besar...
Maka ada yang mula kata "Kau ni hidup untuk makan ke makan untuk hidup?"
Tapi yang sebenarnya guys, dia x banyak makan pun...
Kesian dia bila orang kata macam tuu...

So, satu hari tu bile kami dok melepak...
Dia mula meluah perasaan...katanya...
Yang buruk atau hodoh selalunya jahat...
Yang cantik atau kacak selalunya baik...
Yang gemuk atau boroi selalunya lahap...
Yang kurus atau cekeding selalunya tak cukup makan...
Dan hanya satu soalan yang dia lontarkan pada Ezie
Iaitu KENAPA? WHY?

Ezie tak jawab terus tapi tanya dia balik...
Kenapa dia kata begitu?
Jawaban dia mudah...
Katanya tengok saja di tv...
Hero handsome kacak gagah...
Heroine cantik manis jelita...
Penjahat buruk muka parut...
Bigbosnya perut boroi pale botak...

Ezie mula membidas!
Ada jer penjahatnya handsome...
Ade jer bigbos yang cool giler...
Then dia lawan balik!!!
katanya itu baru dalam tv cuba tengok realiti hidup ini...

Ezie yang masih kurang paham berkerut-kerut dahi dibuatnya...
Then dia pun muncungkan mulutnya kepada seorang lelaki yang jauhnya hanya beberapa meter je..
Dia tanya Ezie pada yang Ezie nampak pada lelaki itu...
Sempat laa jugakEzie mengamati seminit dua sebelum kelibat lelaki tersebut menghilang...
Err...guys dia menghilang bukan sebab ade magic tau!
Tapi sebab masa tu dia tengah berjalan so makin lama makin jauh laa kelibat dia...
Hehehe... =p

Then Ezie pun dengan selambe jawab...
Ada rupa nampak baik, kulit putih bersih tak dak jerawat,
Body cun tinggi tapi kurus sikit laa...
Then dia tanya lagi...
Rasa-rasanya hati lelaki tadi tuu dah ada permaisuri tak yang duduk di atasnya?
Lalu Ezie pon jwb berkemungkinan besar ada sebab dia ada rupa...
Lagipun susah nak jumpa orang single sekarang...
Masing-masing laku tambahan lelaki tadi tuu rasa-rasanya dah masuk usia 26-28...

Tetiba dia gelak dan kata...
"Kau salah! Dalam hati dia tak dak permaisuri...permaisura ada laa kot! Dia tuu pondan sebab tu dalam hati ada permaisura jer...!"
Eh? terkezut sebentar Ezie dibuatnya! Ezie geleng pale tak caye!
"Alaa...engkau tuu kejap2 jee balik kampung, manalah kau kenal sangat orang-orang sini..."
Err...Ezie tak tau nak balas apa...
Hanya sayang seribu kali sayang Allah dah beri rupa tapi gtu pulak jadinya...
Dah elok-elok jadi teruna nak pulak jadi dara....sedihh!!!

Last petang tuu dia cakap...
"Don't judge a book by its cover dah tak leh pakai...sebabnya 1st appearance on how people sees us that is important...people will always simply do their judge because of our 1st appearance..."

Sampai hari nii Ezie masih ingat kata2 dia...
Betul ke apa yang dia cakap nih?
Ada masanya Ezie setuju laa jugak....
Tapi...bahaya jugak kalau kita hanya berpandukan 1st appearance ituu jer...
Sebabnya kita tak tahu bagaimana orangnya yang sebenar...
Masih sama jugak macam buku tadi tuu...
We can't say the book is boring because of it pale cover...we have to read it and only then we can decide weather the book is boring or interesting...

Hurmm...entah laa...
lain orang lain suara..
lain orang lain pendapat...
Akhir kata dari Ezie..
Yang cantik kacak tak semestinya baik tapi tak semestinya jgk jahat...
Yang buruk hodoh tak semestinya jht tak semestinya jgk...
Kenali seseorang sebelum menilai mereka...
Itu adalah yang sebaik-baiknya...

_Tepuk Dada Tanya Selera_

Friday 21 February 2014

Adakah Kita Setia Atau Curang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua kawan-kawan yang segak bergaya
Cantik dan kacak, comel dan anggun
Baik dan ramah, menarik dan tertarik
Kalian memang daaa boommm!!!

Eh? Semacam terlebih pulak daa mukadimah Ezie pada kali ini ya?
Apa-apa jer laa yang penting ikhlas dari hati tuuu...
Hehehe!!!

Guys, kali ni Ezie nak borak pasal cinta...okay tak?
Menarik tak topik cinta untuk dibincangkan bersama ya?
Hurmm...tadi masa Ezie online FB...
Ada sesuatu yang menarik perhatian Ezie...
Sesuatu yang berkait rapat dengan diri kita iaitu....

AYAT 1
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
-Maknanya lebih baik blah daripada stay terus dengan orang yang tak cintakan kita-

Ataupun ini...

AYAT 2
"Aku setia engkau curang"
-Maknanya kita tak pandang pun orang lain tapi dia plak pantang tak tengok orang lain-

Agak jiwang ke topik Ezie kali ni?
Hahaha...Ezie tak kisah!
Ezie tetap nak teruskan jugak!
First of all, Ezie nak tanya adakah kita seorang yang setia?
Atau mungkin kita seorang yang tidak setia atau dalam erti kata lain curang?

Kalau "ya, saya setia" jawapan kalian...
Cuba renung sebentar...
Adakah jawapan itu hanya untuk sang kekasih?
Bagaimana pulak dengan sang Pencipta?
Adakah anda juga setia?

Apakah yang Ezie maksudkan dengan setia kepada DIA ya?
Rasanya kalian mesti sudah boleh teka...
Amalmu? solatmu? Ibadahmu?
Adakah anda setia?

Jom kita tengok AYAT 1 seperti yang di atas...
"Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Kalau dalam perhubungan kita dengan seseorang tak kisahlah gf/bf/bff/etc...
Mesti kita tak akan stay pada orang yang khianat pd kita kan?
Kalu dengan Bf/gf...mesti kita terfikir untuk tinggalkan dia...
Lebih baik carik yang lebih memahami, tahu menghargai dan tidak akan mengkhianati...
Baru laa berbaloi kalau nak setia...
Tidak laa terasa kita nih membuang masa kerana setia di balas cinta...
Dakk gtuu sume?

Tapi kenapa kita jarang setia pada DIA?
Ezie tak akan guna term "tak pernah setia" kerana Ezie yakin ada masanya kita akan setia...
Melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan...
Tapi persoalaannya kenapa kita sering curang?
Kita tahu DIA sentiasa cintakan kita...
Tapi kenapa kita masih tak setia pada DIA?

Bila keadaan ini berlaku...
Maka situasi AYAT 2 akan berlaku iaitu...
"Aku setia engkau curang"
Tatkala DIA setia memerhati, mendengar curahan kita yang kadang-kala datang dan pergi...
DIA masih setia berada di dekat kita...
DIA juga sentiasa ada untuk memujuk hati tatkala gundah, tatkala punah...
Tapi kenapa kita masih curang?
Kenapa masih tidak ada cinta?

Sedar tak sedar DIA tak pernah pergi...
Tidak pulak pernah DIA berkata "Mengapa perlu setia andainya engkau tidak mencinta?"
Hanya kita yang semakin menjauh...
Sedangkan DIA pula sebaliknya iaitu "Aku setia engkau curang"
Subhanaallah...tatkala kita kembali DIA sentiasa sudi menerima kemaafan kita...
Tatkala kita pergi DIA berharap kita untuk kembali...

Fikir-fikirkan...
Renung-renungkan...
Semoga kita adalah golongan yang bertuah...
Aminnnn ~~

<Jika cinta pasti setia, jika setia pasti ada cinta>

Salam sayang penuh debunga,
Ezie Fazira



Tuesday 18 February 2014

English Language Camp by Student Diploma in English UPSI

Assalammualaikum semua!
Minggu ini Ezie manyak cenyum wooo...
Maklumlah atas Izin Allah segalanya berjalan dengan lancar...

Hehehe...
Jika sebelum ini Ezie tak aktif berblogging...
Tapi selepas ini harapnya Ezie akan kembali aktif!!!
Yeaaaa!!!
Huh? Kenapa?
Well, of course laa di sbbkan English camp yang kami anjurkan sudaa pun selesai!

Pelbagai kenangan yang Ezie dapat...
Suka duka pahit manis sepanjang menjayakan program ini...
Sungguh bermakna bagi Ezie...
Mana taknya...
Ezie berpeluang untuk spend time masa dengan kengkawan...
Bukan satu dua orang tapi satu kelas!!!!!
Syukur sangat-sangat ke atas-Nya kerana mengizinkan program ini berjalan dengan lancar...
Maklum laa kita hanya mampu merancang, Dia jua yang menentukan...

Btw guys...
Ezie tak lokek pun nak share2 dgn kengkawan chumel nih semua...
Tentang aktiviti dan keriangan yang Ezie dapat...
Sebabnya Ezie dah standby daa nak upload gmbr bagi kome2 sume tengok...
Hahaha...so Enjoy guys! ^_^

I am a facilitator and this is my group (POLARIS) "Oh my, kenapa Ezie nampak gemuk sangat dekat sini?" -_-

Water splash!!! Hahaha... cantik jerrr air tuu kan?? Perfect pulak timing nak ambik gambar ni yaa? =D

Again with them (POLARIS) group members.... I already miss them badly... =(

Waaahhh!!! Again, that is me!!! Sooooo gemuk...

Big Family Picture! Cuba teka yang mana satu lecturer Ezie? hehehe....


Pada saat ini, sir yang dikelilingi pelajarnya yang majoriti perempuan pun berkata "I rasa selamat jeee kena keliling mcm ni" Hahahahaha....sir kami ni memang sporting habiss!!!

Again big family picture! Macam-macam gaya ada... bila nampak kamera semua jadi photo-gedik... -_-

Hahahaha!!! Yang ini lain cerita ya? kisahnya bermula apabila kami merindui zaman kanak-kanak maka kami pun menjadi seperti kanak-kanak...hehehe

Eh? Itu group zie lagi ke? Hahahaha... Werkkk... tengok muka Ezieeeee.... Kenapa begituuu baaa?? :O

Bila lensa kamera berjaya dikesan, maka kami semua mula beraksi... hahahah!!! Sungguh menghargai persahabtan ini Ya Allah... semoga dipanjangkan ukhwah ini...

Nak jugak panjat-panjat dekat taman permainan yang ada di MRSM tuuu... Heee... Best jadi budak hanya fikir mainnnn jeerrrr...

Eh? Banyak pulak gambar big family ni yer? Xpee laa kan? layan jerr...hehehe

Wahhh...again that is my kids? Ehh...nampak sangat Ezie niii bias...nak show group sendiri jee kan? Hahahaha

Penat sangat ke tuu dik sampai terbaring? Hehehe... gurau-gurau...sebenarnya ini salah 1 aktiviti yang ada dalam game ni...

Ni pulak kena hukum sebab kalah game... Tak pasal-pasal muka putih melepakkkk kena tepung tuuu...

Haaa....Nampak meriah tak kem kami ni?
Anda nak join tak?
Hehehe...Ezie pun nak wat lagiiii walaupun penat...
Budak-budak ni semua memang aktif...
EH? No no no....depa suma hyperactive!
Tapi ituu laa yang bestnyaaa... =D

Btw guys...
This camp was really awesome!
I really enjoyed my time there...
Semoga ALLAH berkati ukhwah yang terbina antara kami..
Student Diploma Bahasa Inggeris UPSI
Dan juga Pelajar-pelajar Tingkatan 2 MRSM Trolak...

Aminnnn....
Ingat dakuu dalam doamu...
Kenang daku dalam senyummu...
Assalammualaikum....




Wednesday 5 February 2014

Kalau laa Mati boleh di-postponed mentaa

Assalammualaikum guys... ^,^
Ada yang merindui Ezie x?
Hahaha...maklumlah Ezie lama dah tak muncul dalam dunia ber-blog ni...
Busy memanjang (Esaimen bertimbun mengalahkan bukit) =p
Ehehe...Gurau jer gurau...

Guys, sound weird jer tajuk entry pada kali ini kan?
Semacam tak comel dan semacam annoying je...
Ade ke kematian itu boleh dipostponed?
Mengarut betul laa Ezie nih!
Udah laa mengarut, mencarut pun ada!

Hah, ape cakap-cakap anda?
Memang tak bley langsung nak postponed pun kan??
Memang kita semua tahu pun tentang kenyataan yang satu ini kan?
Yang namanya ajal itu kalo nak datang depan muka pintu rumah
Dia x kan kabo kat kita dia nak mai...
Kita pon x tau dia dah mai...
Alih-alih dah keluar roh dari jasad....

Kawan-kawan mesti tahu yang malaikat Izrail itu akan datang menjenguk kita setiap hari kan?
Betul idakkk?
Izrail datang menjenguk bukan sekali dua tapi berkali-kali (70kali)...
Boleh tak bayangkan?
Masa dia datang menjenguk, kita tengah melakukan dosa?
Padahal dia datang bersama maut tapi kita masih lagi cool dan ilek2 saja buat maksiat?
Boleh jee kita tidur nyenyak tatkala azan subuh dah lama berkumandang?
Padahal kita x tau yang Izrail tengah dok jenguk kita dan tengok kita tidur...

Kita x tahu bila Izrail datang menjenguk sebab kita x nampak dia...
Kalau laa kita nampak dia mesti kita x nak buat jahat (dosa) dahh...
Sebabnya kalu sebanyak 70kali kunjungan dia tuu kita boleh nampak...
maknanya kita tahu sebanyak 70kali jugak maut datang kepada kita...
Sebab tuu laa orang kata perkara yang paling dekat dengan kita itu adalah MATI

Kita x bleh nak kata dekat Izrail "Postponed luu cabut nyawaku...tuuu si Polon2 dah lama sakit, apa kata p cabut nyawa dia luu? Dia dah nazak sangat dah...aku elok agi..sihat dan kuat!"
Kerna Izrail tuu tak macam kita (manusia)....
Bila Allah suruh jemput roh keluar dari jasad, dia akan p jemput...Even kita merayu meroyan sekali pun dia x kan ingkar pada suruhan Allah...
Padahal Izrail itu bersedih nak cabut nyawa umat manusia yang lalai semasa hidupnya...

Lain laa macam kita ni haa...
Allah suruh solat kita sengaja tinggalkan...
Allah suruh tutup aurat kita sengaja bukakkan...
Allah suruh jaga pergaulan kita pulak sengaja bertepuk tampar...

Guys, Ezie yakin jika mati itu boleh di postponed...
Maka akan ramailah yang mintak postponed...
Supaya diorang boleh berubah dan bertaubat...
Juga boleh engumpul bekal dibawa pergi...
Supaya boleh sujud kepadaNya dengan lebih lama...
Berdoa dosa diampunkan dan kebaikkan diterima...

Ezie x kan kata semua akan mintak postponed sebab Ezie juga yakin...
Ada di antara mereka sudah siap sedia bertemu dengan pencipta...
Malah rasa rindu sudah terbit di hati-hati mereka untuk bersama dengan pencipta...
Hidup di dunia hanya sekali...
Dan inilah saja peluang yang ada...
Alangkah indahnya kalau kita nanti bersedia seperti mereka yang lain...
Nak postponed mati memang mustahil...
Tapi mati itu pulak sesuatu yang pasti...

Guys, Ezie ni bukan laa orang yang baik...
Ezie juga selalu khilaf, lalai dan selalu sesangat buat salah (dosa)...
Ezie x pasti tentang kebaikkan yang Ezie buat...
Diterimakah kebaikkan itu sebagai satu pahala?
Tapi Ezie cuma yakin tentang satu perkara...
Setiap kejahatan atau laranganNya yang Ezie langgo tuu memang dikira sebagai dosa...
Atas sebab itulah Ezie suka memberi peringatan kepada diri sendiri...juga teman-teman sekalian...
Kerana memang indah kita bersahabat di sini (alam maya - blog) tetapi...
Lagi indah kalo persahabatan kita sampai ke syurga..=)

*AMIN*

Monday 20 January 2014

Jangan Salahkan Tudungku

Assalammualaikum semua... =)
Bagaimana hari-hari anda?
Ada baik? Ada bagus? Muka ada manyak senyum ke tak?
Hahahaha!!! Alhamdulillah jika ada semuanya ya?
Tapi kalo yang tak ade tu pun x pe...
Jangan wat muke ketat...
Tak semua yang kita rancang itu berjaya...=)

Jangan salahkan tudungku?
Eh, apa yang Ezie cakap ni?
Adakah Ezie merapu ataupun mencarut??
Ataupun barangkali jari jemari Ezie tersalah taip?
Apa yang Ezie maksudkan dengan tajuk entry kali ini?

Haaa...begini kisahnya...
Biarlah Ezie berceloteh bagi memastikan kawan-kawan faham...
Dan juga bagi memudahkan kawan-kawan untuk digest ya?
Maklumlah...berbicara dengan bait-bait perkataan di alam blog ini...
Agak lain bila face to face...=)
Dalam blog x leh nak interrupt langsung...
Kalo x paham x leh nak angkt tangan dan tanya...
HAHAHA XD

Begini ya semua kesayangan Ezie...
Jika seorang perempuan (HAWA) bertudung (biasa)...
Buat perangai tak senonoh/tak elok..
contohnya dating touching sana sini...
Mesti ada yang akan kata...
"Kepala bertudung pun tak guna, buang jee laa tudung tuu..."
Atau seorang perempuan (HAWA) yang bertudung labuh...
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh, perangai macam @#$^*

Kawan-kawan nampak tak apa kesilapan kedua-dua HAWA ini?
Mesti nampak sangat-sangat kan?kan?
Yang pertama dia bebas touching sana touching sini
Yang kedua perangai dia macam @#$^*
Rasanya memang sudah terang dan perlu nak bersuluh daa...kan?

Tapi kawan-kawan nampak tak masalahnya di situ?
TUDUNG...itulah isunya...
"Kepala bertudung pun tak guna"
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh"
Guys...kenapa tudung?

Kenapa harus tudung yang dipersalahkan?
Kenapa bila ada seorang HAWA perangai bebas tapi bertudung...
Lalu ada yang kata lebih baik x payah bertudung?
Pernah tak terfikir sekurang-kurangnya dia cuba untuk bertudung...
Walaupun dia tidak menjaga hubungannya...
Jangan laa kita marah tudung yang menutup kepalanya itu...
Orang kata buat malu agama "ISLAM"
Tapi bila orang ISLAM yang freehair bergaul bebas...
Tak pulak banyak yang komen atau komplen...
Kenapa ya?
Bukankah bertudung itu lebih baik?
Memang perbuatannya masih salah dan haram...
Tapi sekurang-kurangnya dia terlepas satu dosa...
Sekurang-kurangnya kepala dia selamat daripada menggelegak...

Janganlah kata lebih baik tak payah bertudung kalau perangai macam tuu...
Doakanlah yang terbaik untuknya...
Kita sendiri boleh nampak perangainya dah memang tak baik..
Dah tuu kenapa kita nak suruh dia burukkan lagi perangainya?
Astaga!

(WALLAHU'ALAM)

Begitu juga dengan mereka (HAWA) yang bertudung labuh...
Guys, jangan salah faham ya?
Bertudung labuh bukan bermakna mereka sempurna imannya...
Tidak juga bermaksud mereka ini bebas dari dosa...
Jangan lupa satu perkara ya?
Mereka juga masih manusia...
Masih tidak pasti syurga atau nerakanya...

Bila pemakai tudung labuh buat salah...
Terus dikata harapkan tudung saja labuh...
Ish, jangan salahkan tudungnya...
Tudung itu tak salah...
Pemakainya yang khilaf dia yang salah...
Tapi jangan pernah kata...
"Pakai tudung labuh pun tak guna, perangai busuk memang tak leh sorok"

Hurmm...jangan ya? jangan dan jangan sesekali..!!!
Kerana ramai yang assume org yang bertudung labuh...
Adalah antara mereka yang tinggi iman...
Tapi adakah kita tahu?
Barangkali mereka terbuka untuk bertudung labuh...
Kerana tahu perangai memang x elok..
Jadi dengan bertudung labuh, akan mengingatkan mereka tentang hal lain...
Contohnya dari segi pemakaian...
Tak dak pulak yang bertudung labuh pakai pakaian (BAJU/SELUAR) ketat melekat kan?
Barangkali kerana mereka sering lupa...
Maka mereka gunakan kaedah ini untuk mengingatkan diri tentang perintah ALLAH
untuk menutup aurat seorang HAWA...
Maklumlah umat sekarang berpakaian tapi telanjang...

(WALLAHU'ALAM)

Jangan judge orang lain dengan buruk/busuk
Doakan kesejahteraan mereka walaupun yang salah/khilaf
Kerana kita semua hanyalah manusia biasa...
Tak dak pon sorg antara kita adalahTUHAN...
Jadi beringatlah...
Ezie ada kawan yang ingin bertudung labuh...
Tapi takut kerana imannya tidak tinggi...
Lalu menyatakan bahawa dia tidak layak untuk menyarungkan tudung itu ke kepalanya...
Padahal tudung itu hanyalah sekadar sehelai tudung...
Bukannya membawa pangkat atau nama...
Hurmm.... =(
So sad....kan?kan?kan?

Monday 13 January 2014

POSITIVE kerana jatuh cinta!!! (PART 2)

Assalammualaikum!!!
Salam sejahtera dannnnn....
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam!!!

Haaa...agak lama Ezie menyepi dan berdiam diri?
Iya dok?
Agak-agak ada tak yang menunggu next post dari Ezie ya? =)

*Ahakss...malu saya!! Perasannya diri ini!!!*

Ehem-ehem...!!!
Berbalik kepada last post...
Kita bercakap tentang positifnya jatuh cinta...
Di mana Ezie kata kuasa jatuh cinta tuu hebat...
Yang mana mampu menukarkan sotong jadi putera...
juga mampu menukarkan putera jadi duyung...
Hahaha...

Kalau kawan-kawan shomel sekalian ada baca tentang last post..
Pasti kalian dpt catch up post yang satu ini...
Sebenarnya guys bukan senang kawan Ezie nak berubah jadi Putera terakhir tu...
Cemuhan dan lemparan kata cacian tuu adalah hidangan setiap hari...
Antaranya ialah....

"Tak pakai make up ke hari ni?"
"Tak pakai skirt pendek ke?" -_- walaupun hakikatnya dia memang x pernah pakai pun skirt pendek!
"Awww...aura keperempuanan kau masih kuat laa you!"

Dannn...banyak lagilah!!!
Ada jugak yang bising macam langau walaupun dia sudah berubah
Dannn....
Kemucak bagi cemuhan dan lemparan kata cacian ini dia terima bila dia dah nak kawen...
Depa kata kat dia...

"Mampu ke nak bagi anak kat bini ko tuu nanti? Maklum laa selama ni ko tuu kan pmpuan"

"Eh, siapa yang akan beranak nanti? Engko ke bini ko? Kompius aku!"

Dannn ade lagi yang lebih kejam...
Tak sesuai rasanya untuk ditulis di sini...
Tapi kerana CINTA dia lahir sebagai insan yang baru...
Mengambil kata2 keji sebagai 1 cabaran untuk jadi lebih baik...
Dia positif kerana jatuh cinta guys...
Dan kerana cinta dia berjaya keluar dari dunia gelapnya!

Guys...sebenarnya Ezie bukan sengaja-sengaja nak bercerita pasal dia nih...
And Ezie tahu korang bukannya kenal dia pun...
Tapi Ezie nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak boleh?

Biasanya bila spesis nyah lalu depan mata...
Apa yang korg fikirkan?
Jijik? Geli? Menyampah?
Pernah tak terfikir apa akan jadi dgn hidupnya jika dia terus begitu???
Pernah tak terlintas untuk mendekati mereka?
EH...jangan pulak saja2 nak dekat dgn mereka semata-mata nak jadi macam mereka!!
Tapi bawaklah mereka keluar dari dunia itu...
Sesungguhnya kita x tahu..
Mungkin pada mereka itulah dunia bagi mereka..
Kerana mungkin matanya sudah dikaburkan oleh syaitan...

Dalam dunia ini...
Ezie rasa semua MANUSIA itu adalah baik...
Tapi SYAITAN laa yang menjadikan mereka jadi sebaliknya...
Kerana SYAITAN akhirnya MANUSIA membenci sesama sendiri...
Kerana SYAITAN akhirnya ada NYAWA terbang melayang (BERBUNUHAN)...
DAN kerana SYAITAN jugaklah mereka tersasar dari landasan hidup yang sebenar...

Memang...
Bukan senang hendak membawa masuk semula manusia-manusia yang tersasar dari landasan...
Sama laa jugak dengan keta api...
Ingat senang ke nak bawak keluar kereta api yang tersasar dari  landasan tuu??
Tapi kerjasama itu penting untuk memastikan sesuatu kejayaan...
Kalau sorang je yang try keluarkan keta api tusementara yang lain dok tengok saja...
Memang sah laa tahun dpn pon tak dapat!!!

Begitu juga laa dengan manusia yang khilaf...
Janganlah hanya seorang saja yang berdiri di sebelah mereka...
Sementara yang lain dok mengata dari kiri kanan depan belakangnya...
Kerana dia pasti akan berasa GELAP
Tiada sinar untuk berubah kerana dunia seolah-olah membencinya...
Bantulah mereka...
Sesungguhnya mereka ini hanyut di lautan dunia..
Mengharapkan ada tangan-tangan lain yang akan menggapai tangan miliknya...
lalu membawa keluar dia dari lautan menuju ke pantai...

Wallahu'alam....