Monday 20 January 2014

Jangan Salahkan Tudungku

Assalammualaikum semua... =)
Bagaimana hari-hari anda?
Ada baik? Ada bagus? Muka ada manyak senyum ke tak?
Hahahaha!!! Alhamdulillah jika ada semuanya ya?
Tapi kalo yang tak ade tu pun x pe...
Jangan wat muke ketat...
Tak semua yang kita rancang itu berjaya...=)

Jangan salahkan tudungku?
Eh, apa yang Ezie cakap ni?
Adakah Ezie merapu ataupun mencarut??
Ataupun barangkali jari jemari Ezie tersalah taip?
Apa yang Ezie maksudkan dengan tajuk entry kali ini?

Haaa...begini kisahnya...
Biarlah Ezie berceloteh bagi memastikan kawan-kawan faham...
Dan juga bagi memudahkan kawan-kawan untuk digest ya?
Maklumlah...berbicara dengan bait-bait perkataan di alam blog ini...
Agak lain bila face to face...=)
Dalam blog x leh nak interrupt langsung...
Kalo x paham x leh nak angkt tangan dan tanya...
HAHAHA XD

Begini ya semua kesayangan Ezie...
Jika seorang perempuan (HAWA) bertudung (biasa)...
Buat perangai tak senonoh/tak elok..
contohnya dating touching sana sini...
Mesti ada yang akan kata...
"Kepala bertudung pun tak guna, buang jee laa tudung tuu..."
Atau seorang perempuan (HAWA) yang bertudung labuh...
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh, perangai macam @#$^*

Kawan-kawan nampak tak apa kesilapan kedua-dua HAWA ini?
Mesti nampak sangat-sangat kan?kan?
Yang pertama dia bebas touching sana touching sini
Yang kedua perangai dia macam @#$^*
Rasanya memang sudah terang dan perlu nak bersuluh daa...kan?

Tapi kawan-kawan nampak tak masalahnya di situ?
TUDUNG...itulah isunya...
"Kepala bertudung pun tak guna"
"Tak sesuai gilerr nak bertudung labuh"
Guys...kenapa tudung?

Kenapa harus tudung yang dipersalahkan?
Kenapa bila ada seorang HAWA perangai bebas tapi bertudung...
Lalu ada yang kata lebih baik x payah bertudung?
Pernah tak terfikir sekurang-kurangnya dia cuba untuk bertudung...
Walaupun dia tidak menjaga hubungannya...
Jangan laa kita marah tudung yang menutup kepalanya itu...
Orang kata buat malu agama "ISLAM"
Tapi bila orang ISLAM yang freehair bergaul bebas...
Tak pulak banyak yang komen atau komplen...
Kenapa ya?
Bukankah bertudung itu lebih baik?
Memang perbuatannya masih salah dan haram...
Tapi sekurang-kurangnya dia terlepas satu dosa...
Sekurang-kurangnya kepala dia selamat daripada menggelegak...

Janganlah kata lebih baik tak payah bertudung kalau perangai macam tuu...
Doakanlah yang terbaik untuknya...
Kita sendiri boleh nampak perangainya dah memang tak baik..
Dah tuu kenapa kita nak suruh dia burukkan lagi perangainya?
Astaga!

(WALLAHU'ALAM)

Begitu juga dengan mereka (HAWA) yang bertudung labuh...
Guys, jangan salah faham ya?
Bertudung labuh bukan bermakna mereka sempurna imannya...
Tidak juga bermaksud mereka ini bebas dari dosa...
Jangan lupa satu perkara ya?
Mereka juga masih manusia...
Masih tidak pasti syurga atau nerakanya...

Bila pemakai tudung labuh buat salah...
Terus dikata harapkan tudung saja labuh...
Ish, jangan salahkan tudungnya...
Tudung itu tak salah...
Pemakainya yang khilaf dia yang salah...
Tapi jangan pernah kata...
"Pakai tudung labuh pun tak guna, perangai busuk memang tak leh sorok"

Hurmm...jangan ya? jangan dan jangan sesekali..!!!
Kerana ramai yang assume org yang bertudung labuh...
Adalah antara mereka yang tinggi iman...
Tapi adakah kita tahu?
Barangkali mereka terbuka untuk bertudung labuh...
Kerana tahu perangai memang x elok..
Jadi dengan bertudung labuh, akan mengingatkan mereka tentang hal lain...
Contohnya dari segi pemakaian...
Tak dak pulak yang bertudung labuh pakai pakaian (BAJU/SELUAR) ketat melekat kan?
Barangkali kerana mereka sering lupa...
Maka mereka gunakan kaedah ini untuk mengingatkan diri tentang perintah ALLAH
untuk menutup aurat seorang HAWA...
Maklumlah umat sekarang berpakaian tapi telanjang...

(WALLAHU'ALAM)

Jangan judge orang lain dengan buruk/busuk
Doakan kesejahteraan mereka walaupun yang salah/khilaf
Kerana kita semua hanyalah manusia biasa...
Tak dak pon sorg antara kita adalahTUHAN...
Jadi beringatlah...
Ezie ada kawan yang ingin bertudung labuh...
Tapi takut kerana imannya tidak tinggi...
Lalu menyatakan bahawa dia tidak layak untuk menyarungkan tudung itu ke kepalanya...
Padahal tudung itu hanyalah sekadar sehelai tudung...
Bukannya membawa pangkat atau nama...
Hurmm.... =(
So sad....kan?kan?kan?

No comments:

Post a Comment