Tuesday 23 April 2013

Accident di dapur...Ezie hampir membakar rumah!

"Api...!" hanya itu yang mampu Ezie jeritkan. Sesungguhnya jantung Ezie hanpir melompat keluar apabila dapur yang Ezie gunakan untuk memasak lauk pauk sebagai santapan tengah hari tiba-tiba meletup lalu apinya menyambar periuk yang hendak Ezie gunakan. Hasilnya api menyala dengan besar dan tinggi (hampir mencecah siling)

Ops...hai semua! Assalammualaikum! Hoho..terlampau teruja nak bercerita (sampaikan lupa nak bagi salam & greeting to all)...Sebenar kisah yang berlaku ini terjadi semalam (lebih kurang pkul 10.45 pagi)...seriously muka Ezie jadi pucat tiba-tiba bila tengok api yang sebegitu marak...kaki terus jadi kaku (maklumlah dapur meletup depan mata, nasib baik tak kena tangan Ezie)

Ezie hanya mampu menjerit dan memandang...dah tak tau nak buat apa...(panik laa katakan...) huhu... nasib baiklah putera datang menyelamat...hehe..terasa seperti puteri di kayangan, tiba-tiba sang putera datang membantu dalam kesusahan..

Sanggup mengambil risiko demi menyelamatkan sang puteri yang ketakutan. Pantas tangan Putera mencapai periuk yang sedang berapi lalu membalingnya ke dalam sinki sebelum menjurahkannya dengan air. Api yang marak ibarat ahli sihir jahat! Sebaik sahaja kena jirusan air sang putera, si ahli sihir cuba bangkit dengan memarakkan lagi jampi serapahnya (api semakin marak, tinggi, besar dan panas) namun tetap sahaja tewas di tangan putera yang menggunakan kuasa jirusan air...

Alahai..tak sangka sungguh! Sang puteri diberikan peluang ke-2 oleh yang Maha Berkuasa untuk terus bernafas...(tidak tewas dalam pertempuran dengan ahli sihir berkuasa api itu)...dikurniakan pula bantuan putera jirusan air...Akhirnya berakhir dengan gembira. Tiada sesiapa yang tercedera dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku...hee..

Sejenak Ezie terfikir, betapa dekatnya yang namanya kematian...bila-bila masa saja boleh datang merenggut nyawa tanpa sebarang amaran...sesungguhkan bukankah kematian itu adalah sesuatu yang pasti...hmm...syukur Ezie terselamat...

Tak terduga pula dalam realiti ini turut terselit kisah indah ibarat dongengan kayangan apabila Ezie terselamat oleh sang Putera...alahai...nampak gayanya hati Ezie bagaikan tersampuk! Hahaha...adush...jiwang pulak dah...hee...

Okaylah...jumpa lagi di lain kali...bubye...assalammualaikum...by the way, moral of the story live your precious life because death can comes in many ways...also always be careful because we accident come without warning...

Friday 19 April 2013

Adakah hidup tanpa masalah bukan hidup namanya?

Assalammualaikum and greeting to allz...ape kabar agaknye di sana? Harap sihat sejahtera, waras akal fikiran serta normal kelakuanlah ek?

Bertitik-tolak daripada tajuk post Ezie yang diatas, pernah tak korang sume mengharapkan agar masalah yang  korang hadapi akan pergi atau pernah tak korang mengimpikan hidup tanpa masalah? Tapi adakah hidup tanpa masalah adalah hidup yang sebenar?

Sebentar tadi Ezie tiba-tiba terfikir, kenapalah dalam hidup ini perlu ada masalah yang kadang-kala simpulan permasalahannya amat sukar untuk dirungkaikan. (sebenarnya Ezie terfikir benda ni selepas tengok sinetron Indonesia)...

Malah dalam realiti kehidupan kita sendiri pun sukar untuk kita menepis masalah yang datang. Yelah kan...sape yang nak mengundang masalah. Buat pening diri sendiri je kan? Hee...Well, Ezie pun tak terlepas dari ditimpa masalah...

Setiap kali masalah datang, Ezie selalu sembunyikannya disebalik sebuah senyuman...(sedekah laa katakan...)...sebab bagi Ezie hidup tanpa masalah bukan hidup namanya tapi itu hanyalah fantasi kerana di dalam dongengan pun turut terselit masalah atau lebih dikenali sebagai konflik...betul tak?

Wujudkah hidup yang sempurna bebas daripada masalah yang membelenggu? Apakah benar-benar ada orang yang hidupnya tidak pernah punya masalah? Sedangkan bayi pun mampu diserang masalah...contohnya seperti demam atau sebagainya...

Bagi Ezie, masalah perlu dihadapi dengan senyuman dan fikiran yang positif. Ezie pernah terbaca sebuah artikel (tajuk artikel Ezie tak ingat laa pulak!)...artikel tu tulis "senyuman adalah ubat yang paling mujarab bagi mengubat hati yang gundah, mereda hati yang marah dan menggembirakan hati yang sedih manakala berfikiran positif pula merupakan kaedah yang paling berfungsi bagi memotivasikan diri...

Anggaplah masalah adalahs sebahagian daripada pengalaman hidup. Bayangkan jika manusia bebas daripada masalah (atau dalam erti kata lainnya masalah itu tidak pernah wujud)...mesti hidup kita tak banyak pengalaman atau mungkin juga hidup kita tidak seindah yang disangka kerana masalah merupakan kejutan dalam kehidupan. Tiada kejutan hilanglah kehidupan...

Arrhhh...terlebih pulak jari jemari Ezie mengetuk papan kekunci laptop ni. Tak pasal-pasal post kali ni dah panjang...hahaha...well, Ezie sekadar berkongsi. Bukankah sharing itu adalah caring...hee...

Okay laa...Ezie nak chow dulu...ingat ya kawan-kawan? jangan mengeluh jika berhadapan dengan masalah ya? Daa...senyum selalu...(^,^)/-

Wednesday 17 April 2013

Jeritan sebenarku terpaksa dikawal bagi menjamin keamanan jiran tetangga...

Arggggghhhhhhhhhhhh!!! Ezie menjerit penuh emosi...kenapa dan mengapa? Semuanya kerana jarum penimbang menunjukkan angka yang tidak sepatutnya ditunjuk! Benarkah Ezie sudah mencecah  angka tersebut? Arghhh!!

Nak disalahkan alat penimbang pun tak guna...huhu...nampaknya Ezie sudah gemuk sekarang...(alhamdulillah masih dikurniakan rezeki)...hehe...tapi walau bagaimanapun Ezie tetap rindukan angka yang terdahulu...isk...isk...sedihnya...punyalah senang berat naik tapi kalo bab nak turun payah bebenor...kan?

Rasa macam tak nak percaya pun ada gak...hehe..kalau dalam kisah dongeng boleh je senang-senang Ezie mintak tolong buk peri (pari-pari laa...kalau lelaki plak para-para kot...hahaha)...tak pun mintak tlg dengan jin lampu aladdin...bila jin tu tanya apa 3 permintaan Ezie...then dengan senang hatinya Ezie akan kata...

1) Ezie nak berat badan maintain walaupun Ezie makan ape-ape aje yang Ezie nak tanpa menjejaskan bentuk badan...kihkih

2) Ezie nak ada kuasa magis yang hanya boleh digunakan untuk tujuan kebaikkan...(contohnya kalau malas nak masak, just sebut je nak makan apa, then tringgg makanan siap..) hohoho...

3) untuk permintaan yang ketiga Ezie nak gandakan permintaan supaya tak habis-habis...hahaha...supaya permintaan yang seawalnya hanya 3, boleh jadi 6 mahupun 9 atau 12...hehe..(tak aci giler laa Ezie ni kan?) hehe...

Haish...mencarut pulak dah...terlebih jauh Ezie hanyut dalam dunia fantasi yang hanya wujud di alam mimpi dan hanya akan berlaku di alam dongeng...hehe...okay laa...sampai di sini saja perkongsian Ezie...lepas ni Ezie akan kongsikan yang baru pulak yer?

Assalammualaikum dan take care everybodyszzs...=)