Thursday 1 September 2016

Pernahkah Manusia Puas?

Assalammualaikum!
Apa khabar kesayangan Ezie sekalian?
Ada baik? Ada bagus?
Hahaha!

Guys, for your information Ezie dah a month dah dapat keje =D
Yepieeeeyyy!
Well, maybe bukan seperti apa yang Ezie impikan,
Bukan juga apa yang Ezie bayangkan,
Malah nak dikatakan Ezie suka pon tidak laa jugak =(
Penat-penat nk dapatkan DIPLOMA
Buat hutang PTPTN semata-mata nak study
Tapi alih-alih Ezie mohon keje pakai Spm jugakkkk

Eh? Macam tak bersyukur plak Ezie kn?
Yelaaa kann dah dapat keje tu kejee jeee laa leklok
Nak bising-bising pasal x suka itu laa, x suka ini laa
Komplen itu buruk laa, ini baik bagus laaa
Alahai....

Dulu masa x de keje bukan main lagi nak kejee
Kononnya keje ape je pon sanggup terima
Asalkan halal
Tapi kenapa sekarang komplen?

Well, guys sebenarnya inilah masalah manusia
Persoalan tentang manusia ialah pernahkah manusia puas?
Lepas nak itu, dia nak ini plak...
Lepas dapat itu, nak yang lain plak...
Mohon yang itu, Tuhan bagi yang lain...
Merungut laa plak bukannya nak bersyukur

Allahu...
Guys, Ezie pon x terlepas dari benda ni
Dari masalah ni...
Well of course, I am also a human
I am not a superhero...
Cuma manusiaa biasa jadi macam mana Ezie boleh terkecuali daripada rasa x pernah puas ni?

Hurmm... Sebenarnya Ezie pun tiada jawapan =(
Bukannya x bersyukur tp orang kata kalo nak kerja tu better kita buat something yang kita betol-betol falling in lopppp punyaaa...
Sebabnya simple je!

"Bila kita buat something yang kita suka, kita akan rasa ikhlas dan seronok. Dalam mencari kerja (yang mana akan kita buat sepanjang hidup untuk menyara dan menampung kehidupan) adalah lebih baik kalau kita cari kerja yang kita bagus/sesuai/betul-betul jatuh cinta dengannya agar kita x rasa stress, x mudah tertekan dan x mudah rasa macam nak quit!"

Tapi kita hanya merancang
Yang Di atas jugak yang menentukan
Siapa kita untuk meminta lebih
Hirupan oksigen yang kita guna tiap-tiap hari ni Dia x mintak bayar pon
Dia atur jalan hidup kita
Dia lebih tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kita
Malah dia lebih tau siapa kita berbanding kita sendiri

Persoalan mengenai...
Kenapa kita diberi benda yang tidak selari/tidak seperti yang kita harapkan...
Barangkali Dia mahu melihat usaha kita untuk mencapai sesuatu itu...
atau mungkin barangkali ini adalah jalan terbaik umtuk kita...
Apa lagi nikmat yang ingin didustakan?
Sedangkan Dia masih memberi, kita tidak berhenti meminta...

Allahu tetiba rasa berdosa pulak
Ramai lagi orang diluar sana yang berebutkan peluang yang kita dapat
Semoga hati ini dapat menerima segalanya dengan hati yang senang dan terbuka
Tentang cita-cita itu?
Insyaallah jika diperkenankan =)
I'll be a baker one fine day
I'll have my own bakery
(Even in my dream)

Salam sayang,
Ezie Fazira - Bertabahlah hati, perjalanan masih jauh

No comments:

Post a Comment